omniture

Casio Persembahkan Pernyataan Jenama Baharu untuk Alat Muzik Elektronik mereka Iaitu: "Bunyi untuk Gaya"

CASIO COMPUTER CO., LTD
2024-05-20 22:20 22

TOKYO, 20 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mendedahkan pernyataan jenama terkini mereka "Sound for Style" ("Bunyi untuk Gaya") semasa acara JAPAN NIGHT yang diadakan bersempena Festival Filem Antarabangsa Cannes, bagi menyampaikan dengan jelas visi bersama jenama alat muzik elektronik Casio.

"Bunyi untuk Gaya" merangkumkan dedikasi berpanjangan Casio untuk membawakan keriangan muzik kepada semua orang dengan menawarkan pendekatan terperibadi bagi menikmati muzik yang bersepadu secara lancar dengan pelbagai jenis gaya hidup. Menerusi akar umbinya yang berasaskan kepada etos inovasi dan kebolehcapaian Casio, pernyataan jenama baharu ini menandakan misi berterusan Casio untuk memupuk budaya muzik bertenaga yang senada dengan individu di seluruh dunia dan dari semua lapisan masyarakat. Memandang menuju masa depan, Casio bersedia untuk memulakan satu siri inisiatif strategik yang berasaskan kepada pernyataan jenama baharu ini, termasuk:

  • Menerajui pembangunan alat elektronik revolusioner yang meningkatkan gaya hidup melalui pengalaman muzik mereka yang imersif.
  • Memupuk perkongsian kolaboratif bersama artis-artis tersohor pada skala global, mencakupi wilayah-wilayah seperti Jepun dan Amerika Utara, bagi tujuan untuk memupuk wacana kreatif dan meluaskan pertukaran budaya.

JAPAN NIGHT yang mewujudkan suasana untuk memperkenalkan "Bunyi untuk Gaya", berfungsi sebagai bukti kepada komitmen kami untuk memaparkan kesenian dan inovasi Jepun pada skala global. Berperanan sebagai sebagai petunjuk bagi ketukangan yang unggul, Casio dengan bangganya menampilkan piano digital utamanya, PX-S7000HM, daripada siri Privia terkemuka, yang disambut secara meluas atas persembahan muziknya yang luar biasa serta estetika yang sofistikated.

PX-S7000HM
PX-S7000HM

PX-S7000HM menjadi tumpuan semasa persembahan secara langsung yang menawan, menampilkan artis yang dikagumi Jeanne Cherhal, yang mendapat sanjungan ramai atas sumbangan beliau kepada genre chanson Perancis. Menggambarkan dengan teliti kualiti PX-S7000HM, beliau menyatakan, "Privia merupakan alat kreativiti tiada tandingan, yang mencetuskan keterujaan dan memberi inspirasi menerusi bunyi dan reka bentuknya yang indah." Persembahan beberapa buah lagu oleh beliau yang menjadi sebahagian daripada sejarah sinematik, memukau penonton, termasuk tokoh-tokoh dalam industri filem antarabangsa serta wakil-wakil media.


 


  • JAPAN NIGHT

https://www.youtube.com/shorts/CAqCR1b40Q0

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Music New products/services