omniture

Hisense Mengalu-alukan Ikon Penjaga Gol Iker Casillas untuk Kempen 'BEYOND GLORY' UEFA EURO 2024™

Hisense
2024-05-21 13:11 40

QINGDAO, China, 21 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Syarikat perkakas rumah bertaraf global, Hisense menggandingkan bekas penjaga gol antarabangsa Sepanyol dan Madrid yang menjadi legenda, Iker Casillas dengan seorang lagi kapten yang memenangi Piala Dunia Manuel Neuer sempena kempen 'BEYOND GLORY' UEFA EURO 2024™ Hisense.

Icon Iker Casillas partners with Hisense as Global Brand Ambassador
Icon Iker Casillas partners with Hisense as Global Brand Ambassador

Terkenal dengan kebolehan beliau menghasilkan aksi penyelamatan yang hebat, Iker Casillas dianggap sebagai salah seorang penjaga gol yang paling hebat sepanjang zaman. Dengan menyertai Manuel sebagai Duta Jenama Global Hisense, beliau akan menambah sokongan kepada kempen 'BEYOND GLORY' Hisense dan barisan produk ikoniknya, meraikan pencapaian sukan bola sepak terunggul dalam memenangi pengiktirafan EURO.

"Saya berasa gembira dapat bekerjasama dengan Hisense dan menyertai kempen 'BEYOND GLORY' yang memberi tumpuan untuk meraikan penjaga gol terbaik di dunia," jelas Iker Casillas. "Reputasi kemenangan penjaga gol adalah berdasarkan kepada keandalan mereka. Saya berbesar hati diundang oleh Hisense menjadi Duta Global, mewakili sebuah syarikat yang diharapkan oleh pelanggannya untuk mencipta teknologi inovatif yang dapat meningkatkan kehidupan mereka."

Dengan negara tuan rumah Jerman yang sibuk semasa pertandingan, Hisense selaku rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™ menyertai keterujaan ini menerusi 'Hisense BEYOND GLORY Tour', memaparkan teknologi paparan inovatifnya yang memberikan pengalaman menonton permainan TV yang sempurna serta perkakas rumah kehidupan-pintar yang terkini.

Peminat yang melawat jerayawara, yang menjelajah lima bandar tuan rumah, berpeluang untuk menguji kemahiran menjaga gol mereka terhadap beberapa siri cabaran menjaringkan gol dan dalam masa yang sama turut meninjau pameran produk TV dan perkakas rumah termaju daripada Hisense.

Melalui peranan beliau sebagai Duta Global, Iker akan menyertai keseronokan dalam sukan bola sepak menerusi penampilan peribadi untuk bertemu peminat di hentian Frankfurt 'Hisense BEYOND GLORY Tour' semasa kejohanan ini.

Kempen 'BEYOND GLORY' Hisense menonjolkan komitmen tidak berbelah bahagi syarikat ini bagi mempelopori teknologi dengan kualiti yang tiada tandingan dalam mengejar kehidupan yang lebih baik. Kempen ini merupakan UEFA European Championship™ ketiga berturut-turut yang mendapat kerjasama Hisense untuk acara ini yang memberi peluang besar untuk terus menghubungkan jenama Hisense dengan pengguna di serata dunia.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense mencakupi produk multimedia (dengan fokus kepada TV Pintar), perkakas rumah dan maklumat pintar IT. Hisense Mengekalkan Kedudukan No. 2 Secara Global bagi Penghantaran TV pada tahun 2023. Hisense telah berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Licensing/marketing agreements