omniture

The AI Summit Singapore Bersedia Menyemarakkan Generasi Teknologi Seterusnya Di Asia 29 - 31 Mei Ini

Informa Tech
2024-05-21 14:23 29

Pemimpin industri bersidang di Singapura dan mengambil pentas untuk mendalami strategi AI yang boleh diambil tindakan yang membentuk masa depan perniagaan di Asia 

SINGAPURA, 21 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada AI Summit Series yang terkemuka di peringkat global, The AI Summit Singapore bakal membuat kemunculan sulungnya yang menarik di The Singapore EXPO pada 29 - 31 Mei 2024. Dilancarkan sebagai acara utama pengukuh bagi ATxEnterprise, sebahagian daripada Asia Tech x Singapore, pakar industri terkemuka, penginovasi dan pemimpin perniagaan akan berhimpun untuk membincangkan perkembangan dan aplikasi terkini dalam kecerdasan buatan (AI) serta teknologi baru muncul dalam Asia.

Dengan 79% pelabur Singapura mencari peluang pendedahan dalam bidang-bidang seperti AI, Singapura bukan sahaja mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hab perniagaan, tetapi juga menjamin kedudukannya sebagai pusat kuasa AI di Asia. The AI Summit Singapore bermatlamat untuk menyokong dan memupuk selanjutnya komitmen negara kepada inovasi dalam kecerdasan buatan, termasuk membina kepakaran dalam bidang AI dalam kalangan perniagaannya, tenaga kerja serta melalui pendidikan, dengan memupuk kolaborasi ke arah pandangan yang boleh diambil tindakan serta memperkasa penggunaan teknologi AI.

"Singapura berada di barisan hadapan revolusi AI di Asia, menawarkan landskap dinamik yang melaluinya perniagaan dapat memanfaatkan AI untuk memacu pertumbuhan dan daya saing di rantau ini. Ketika kami bersidang di AI Summit Singapore pada tahun ini, kami akan meninjau pelbagai topik utama, bermula daripada penyelesaian strategik yang diperlukan untuk penyepaduan AI yang berjaya merentas industri-industri dan memastikan amalan AI yang selamat, hinggalah mempelopori inovasi dan kemajuan dalam AI pada hari ini," kata Jingjing Virgo, Pengurus Portfolio dan Penerbit Persidangan untuk The AI Summit Singapore. "Masa terbaik untuk melabur dalam AI ialah semalam; masa kedua terbaik ialah sekarang. Kami mengundang semua pemimpin berpandangan jauh untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada usaha untuk membentuk masa depan."

Hadirin boleh menantikan pandangan daripada pakar AI seperti Pravat Sutar, Naib Presiden Arkitek Penyelesaian Data & AI di Great Eastern, membincangkan kepentingan menskalakan AI demi kemampanan. Graham Drake, Penasihat Dasar Kanan daripada Tony Blair Institute for Global Change akan meninjau hubungan antara AI dan manusia, menumpukan kepada peluang dan cabarannya. Di samping itu, Lian Jye Su, Ketua Penganalisis di Omdia, akan meneliti trend AI baru muncul dan impaknya ke atas perniagaan, masyarakat dan ekonomi global.

"Kecerdasan buatan merupakan suatu fenomena global yang merevolusikan setiap vertikal perniagaan dan membentuk semula landskap sosial dan ekonomi kita. Sangat mustahak untuk pemimpin dalam kesemua industri untuk berhimpun, bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan berkolaborasi bagi mencipta hasil yang boleh diambil tindakan. The AI Summit Singapore merupakan peluang yang penting untuk memanfaatkan kuasa AI, memacu inovasi dan memupuk pertumbuhan yang mampan. Kita dapat bersama-sama menyerlahkan potensi penuh AI untuk memberi manfaat kepada perniagaan dan masyarakat di Asia serta seluruh dunia," kata Rory Crone, Pengarah Pemasaran The AI Summit Series.

Hadirin The AI Summit Singapore juga akan mendapat akses selain daripada pembentangan pentas dengan ciri-ciri yang direka bentuk untuk meneroka, menonton dan mengambil bahagian di ATxEnterprise. Sebagai pasaran pameran dan persidangan ulung dalam Asia Tech x Singapore (ATxSG), ATxEnterprise menawarkan gabungan yang dinamik antara ucaptama, panel daripada pakar industri merentas pelbagai industri.

Tumpukan sepenuh perhatian anda dalam arena teknologi yang lebih luas di ATxEnterprise

Hadirin ATxEnterprise boleh menantikan peluang untuk terlibat dalam perbualan yang membentuk industri merentas trek dan acara yang berbeza dalam pameran ini, termasuk:

  • BroadcastAsia: Meninjau strategi dan masa depan penyiaran, serta memahami impak ekosistem media yang semakin berkembang bersama pakar media dan hiburan Asia dan mendalami teknologi termaju, seperti Realiti Maya, Realiti Terimbuh dan inovasi baharu lain yang mencipta pengalaman kandungan baharu.
  • CommunicAsia: Menyertai pengubah pasaran, penyedia awan dan pihak berkepentingan maklumat dan komunikasi penting yang lain untuk berbincang dan membentuk secara aktif ekosistem syarikat telekomunikasi (telco) yang semakin berkembang di Asia dan berinteraksi dengan pemimpin pemikiran berhubung kemajuan terkini dalam ketersambungan 5G yang akan memacu generasi telekomunikasi yang seterusnya.
  • TechXLR8Asia: Memperoleh pandangan dan berkolaborasi bersama pakar terkemuka dalam bidang AI, Keselamatan Siber, IoT, Awan, Data dan Teknologi Kuantum, serta Blok Rantai bagi memanfaatkan teknologi disruptif dan memacu transformasi dalam perniagaan di APAC serta menjalin perkongsian bersama syarikat pemula, pelabur dan organisasi yang inovatif dalam ekosistem ini.
  • InnovFest x Elevating Founders: Menjadi sebahagian daripada acara syarikat pemula rasmi Asia Tech x Singapore, dirancang untuk memupuk pertumbuhan syarikat pemula dan memacu pertumbuhan keusahawanan di rantau ini. Selain daripada menyatukan ekosistem yang pelbagai di seluruh APAC dan dunia, terokai teknologi baharu dan idea rintis.
  • Perangkaian: Berhubung dengan rakan sealiran dan rakan kongsi pada masa akan datang, daripada pengalaman perangkaian berkod-warna yang dipermudah hingga ATxEnterprise Happy Hour.

Melalui AI Summit dan pentas acara sepanduk yang lain, ATxEnterprise bersedia untuk menyambut era baharu dalam teknologi yang melaluinya inovasi dan kolaborasi bersatu bagi membentuk semula masa depan digital dan mewujudkan standard industri yang baharu.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada acara sulung ini! Dapatkan pas anda sekarang di https://asiatechxsg.com/registration untuk mendapatkan tempat anda di The AI Summit Singapore atau untuk menaik taraf kepada ATxEnterprise Premium All Access Pass. Untuk sentiasa mengetahui perkembangan terkini mengenai penceramah, peserta pameran dan berita mutakhir, kunjungi https://asiatechxsg.com/aisummitsingapore/ untuk maklumat lanjut.

LATAR BELAKANG THE AI SUMMIT SINGAPORE 

Yang Melaluinya AI Komersial Direalisasikan! The AI Summit Singapore di ATxEnterprise merupakan sebahagian daripada Asia Tech x Singapore – festival teknologi utama wilayah ini. Sidang Kemuncak ini menghimpunkan pembuat keputusan eksekutif dan pelabur bersama-sama vendor teknologi serta pakar data dari seluruh dunia untuk berhubung, belajar dan menjalin perkongsian demi kejayaan pelaksanaan teknologi AI dalam perusahaan.

LATAR BELAKANG ASIA TECH X SINGAPORE (ATXSG)

ATxSG 2024 ialah acara teknologi terkemuka Asia yang dianjurkan secara bersama oleh Infocomm Media Development Authority (IMDA) dan Informa Tech, disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Acara ini terdiri daripada dua segmen utama, ATxSummit dan ATxEnterprise. 

Source: Informa Tech
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Future Events Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things