omniture

Loyalty Juggernaut Menerima Paten AS untuk Teknologi Berinovatif Mendayakan Pengalaman Individu dengan Jumlah yang Besar

Loyalty Juggernaut, Inc.
2024-05-21 16:05 53

Anugerah Paten ke-3 Menambahkan Portfolio IP yang Semakin Berkembang dan Memperkukuh Komitmen kepada Inovasi 

CHICAGO, 21 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Pameran CRMC - Loyalty Juggernaut, Inc. (LJI), platform teknologi natif awan pertama dalam industri kesetiaan untuk Program Kesetiaan, Ekosistem Kesetiaan dan Pemasaran Digital, pada hari ini mengumumkan di pameran CRMC bahawa Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat telah menganugerahkan paten (#11978082) untuk penggunaan rintisan AI LJI. Teknologi yang dipatenkan ini membolehkan jenama menyampaikan tawaran secara individu kepada ahli program dengan jumlah yang besar.

"Ciri transformatif ini membolehkan kempen kesetiaan tunggal diperibadikan dan disesuaikan di seluruh pangkalan ahli, dengan mudah mencapai perkara yang kita panggil sebagai 'pengindividuan secara besar-besaran,' merupakan misi yang dinyatakan dan keutamaan #1 program kesetiaan di seluruh dunia," kata Shyam Shah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Loyalty Juggernaut. "Paten ini menandakan pencapaian penting bagi kami dan memperkukuh visi kami tentang cara program kesetiaan menarik minat pelanggan dengan menyampaikan pengalaman yang diperibadikan 1:1."

Ini menandakan paten ketiga untuk LJI, menjadikan platform GRAVTY® syarikat itu satu-satunya teknologi kesetiaan pada peringkat global dengan paten untuk tiga keupayaan penting yang diperlukan untuk merealisasikan masa depan program kesetiaan dan ekosistem hari ini. Dua lagi paten ialah untuk:

1.Peraturan Visual GRAVTY (GVR): Satu-satunya enjin peraturan "tanpa kod" yang dipatenkan dalam industri teknologi kesetiaan, memperkasa ahli profesional kesetiaan dengan menggabungkan kecanggihan lampau dengan kesederhanaan luar biasa (saksikan GVR beraksi di sini).

2. Penjejakan Tingkah Laku Berbilang Dimensi (data pihak pertama): Ciri ini amat penting dalam era pengguna tanpa kuki pada hari ini, kerana pergantungan pada data pihak pertama yang berkualiti tinggi semakin meningkat dalam memacu pengalaman pelanggan secara individu dan memaksimumkan keberkesanan pemasaran digital dan inisiatif yang dipacu data.

"Pemasar kesetiaan sentiasa mencari cara menarik minat pelanggan pada skala 1:1. Inovasi ini merupakan rintisan dalam penggunaan AI untuk memacu pemperibadian secara besar-besaran, sesuatu yang amat penting bagi program kesetiaan tetapi sukar untuk dicapai," kata Bill Hanifin, Ketua Pegawai Eksekutif, Wise Marketer Group.

Hubungan Media: media@lji.io

Maklumat Tentang Loyalty Juggernaut

Beribu pejabat di Silicon Valley, Loyalty Juggernaut, Inc. ialah perusahaan penyelesaian keterlibatan pelanggan dan kesetiaan generasi akan datang yang membantu jenama mengubah program kesetiaan sedia ada kepada perniagaan yang diterajui data bagi memaksimumkan nilai pelanggan dan bersaing secara besar-besaran. Platform GRAVTY® LJI memperkasa lebih 40 ekosistem kesetiaan di seluruh dunia, melibatkan 4,000+ jenama yang mengambil bahagian dalam 12 industri termasuk Peruncitan, CPG, Hospitaliti, Syarikat Penerbangan, BFSI, Telco dan konglomerat perniagaan berbilang jenama. Pelanggan termasuk Majid Al Futtaim, Liverpool, Global Hotel Alliance, Deutsche Telekom, Viva Aerobus.

#loyaltymarketing #loyaltyprograms #customerengagement #CX #individualization #personalization

Ikuti kami di LinkedIn. Banyak lagi di www.lji.io

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2251954/4350951/Loyalty_Juggernaut_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Loyalty Juggernaut, Inc.
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics New products/services Patent Law