omniture

Datacolor® Mengumumkan Pengemaskinian Utama kepada Tawaran Perisian, Pelan Sokongan Penyelenggaraan Perisian Baharu Plus

Datacolor
2024-05-22 00:42 69

LAWRENCEVILLE, N.J., 22 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Datacolor, peneraju global dalam penyelesaian pengurusan warna, telah mengeluarkan pengemaskinian portfolio perisian yang penting, termasuk penyepaduan sokongan dan penambahbaikan Colibri® kepada alat pemadanan warna dan kawalan kualiti (QC).

"Sejak pemerolehan matchmycolor dan penyelesaian perisian Colibri Mei lalu, pasukan kami telah berusaha bersungguh-sunggh untuk menyelaraskan dan meningkatkan perisian dan perkhidmatan formulasi dan pengurusan warna terkini kami. Matlamat kami adalah untuk memberikan penyelesaian yang mudah digunakan menggunakan teknologi terkini yang boleh disepadukan sepenuhnya ke dalam aliran kerja pelanggan dalam pelbagai industri. Hasilnya adalah beberapa peningkatan perisian dan perkhidmatan sokongan baharu yang kami komited untuk terus berkembang," kata Albert Busch, presiden dan CEO Datacolor.

Versi terkini perisian aliran kerja Colibri (versi 24.1), yang dikeluarkan hari ini, merangkumi banyak ciri baharu, termasuk peningkatan keselamatan, pembetulan resipi yang lebih baik dan peningkatan prestasi.

"Kami juga telah memperkemaskan proses naik taraf supaya ia tidak memerlukan latihan tambahan dan mencegah kehilangan data," kata Yazid Tohme, CTO di Datacolor. "Pada masa yang sama, kami memperluaskan penggunaan keupayaan awan, analisis dan perkhidmatan integrasi untuk menambah nilai dan meningkatkan kemudahan penggunaan."

Datacolor juga menaik taraf penyelesaian perisian Match Pigment, Match Textile dan Tools QC, dalam usaha meningkatkan kelajuan, keselamatan dan kebolehpercayaan. 

Semua aplikasi Datacolor tidak lama lagi akan mendapat manfaat daripada pelan sokongan penyelenggaraan yang sama seperti Colibri. Ia akan memberikan akses mudah kepada peningkatan perisian dan perkhidmatan sokongan khusus, memastikan sistem pelanggan sentiasa terkini dengan peningkatan prestasi terkini. Pelanggan akan dapat memanfaatkan tawaran baharu ini mulai bulan Jun.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan sokongan penyelenggaraan perisian baharu, lawati di sini.

Maklumat Tentang Datacolor 
Datacolor, peneraju global dalam penyelesaian pengurusan warna, menyediakan perisian, instrumen dan perkhidmatan untuk memastikan ketepatan warna bahan, produk dan imej. Jenama, pengilang dan profesional kreatif terkemuka di dunia telah menggunakan penyelesaian inovatif Datacolor untuk mencapai warna yang betul secara konsisten selama lebih daripada 50 tahun. Syarikat ini menyediakan jualan, perkhidmatan dan sokongan kepada lebih 100 negara di seluruh Eropah, Amerika dan Asia. Industri yang menikmati perkhidmatan ini termasuk tekstil dan pakaian, cat dan salutan, automotif dan plastik, serta fotografi, reka bentuk dan videografi. Untuk maklumat lanjut, layari: www.datacolor.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2078194/Datacolor_Logo.jpg?p=medium600

Source: Datacolor
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services