omniture

Hollyland Umum Pyro S, Sistem Penghantaran Video 4K Tanpa Wayar Baharu untuk Pembikin Filem

Hollyland Technology
2024-05-22 21:00 204

Tanpa wayar loncat frekuensi dwijalur memastikan kejelasan pada empat penerima sehingga 400M (1300 kaki)

Sorotan Berita

  • Hollyland mengumumkan Pyro S: Penyelesaian video tanpa wayar
  • 1 pemancar kepada 4 penerima
  • Jarak sehingga 400M (1300 kaki)
  • Video tanpa wayar 30fps yang lancar
  • Kejelasan pemantauan 4K yang amat terang
  • Teknologi Loncat Dwijalur Auto (ADH) Baharu
  • Ideal untuk pembikin filem dan ahli profesional video
  • Tahan lasak dan ringan

SHENZHEN, China, 22 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hollyland Technology dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran siri Pyro, sistem penghantaran video tanpa wayar baharu. Rangkaian Pyro, yang terdiri daripada Pyro H, Pyro S dan Pyro 7, membawakan penyelesaian penghantaran dan pemantauan imej tanpa wayar mudah alih berbilang individu yang inovatif kepada pasukan penggambaran komersial dan televisyen kecil atau sederhana.

Dengan satu pemancar menyokong sehingga empat penerima, sistem Pyro yang ringan menjadikan penghantaran dan pemantauan lebih fleksibel, stabil dan profesional. Teknologi tanpa wayar Loncat Dwijalur Auto (ADH) 2.4GHz dan 5GHz yang diciptakan sendiri oleh Hollyland menyediakan keupayaan antigangguan dipertingkat sekali gus mengurangkan jeda dan meningkatkan jarak. Teknologi baharu yang inovatif ini mempunyai kelebihan penting yang membolehkan Pyro S memberikan kualiti video tanpa wayar yang cemerlang kepada empat monitor bebas pada jarak jauh yang diperlukan oleh pembikin filem mahupun pencipta video profesional yang mendesak.

Jarak sehingga 400M (1300 kaki) dengan video lancar dan kejelasan terang

Teknologi tanpa wayar ADH Hollyland memastikan agar Pyro H dan Pyro S menyediakan video tanpa wayar yang stabil pada 4k/30fps, dan jarak sehingga 400M apabila mod siaran diaktifkan, bagi memberikan kejelasan, perincian dan realisme yang unggul – menjadikan Pyro ideal untuk aplikasi profesional. Teknologi ini membolehkan prestasi dan kecekapan penghantaran isyarat yang lebih baik, menjamin pemantauan rakaman masa nyata dengan kependaman minimum untuk semua kru (contohnya pengarah, penerbit, kakitangan pencahayaan dan kakitangan audio) yang terlibat dalam pemantauan.

Pengguna boleh mengonfigurasi, untuk disesuaikan dengan sebarang senario

Pengguna boleh mengoptimumkan prestasi pemantauan video bergantung kepada keperluan mereka. Antara muka pemilihan mod yang mudah membolehkan pengguna mengalami kadar bingkai yang lancar dan kependaman rendah, atau kejelasan video yang dipertingkat. Pengguna boleh memilih mod Lancar atau mod HD, bergantung kepada senario penggambaran mereka. Dalam mod Lancar, Pyro akan memastikan penghantaran video lancar, dengan kadar bit dilaraskan secara dinamik bagi mencapai kependaman hanya 50ms untuk penghantaran jarak amat jauh. Mod HD memberikan kualiti imej yang unggul, dengan kadar bit stabil 8-12 Mbps walaupun pada jarak 1,300 kaki (400m), lalu menjamin visual yang jelas. (Jarak penghantaran ialah garis tampak, berdasarkan kepada ukuran makmal tanpa gangguan).

Sambungan fleksibel: HDMI, SDI, Loopout

Siri Pyro menawarkan penyelesaian yang sempurna untuk penggambaran profesional dan projek komersial yang lebih kecil, termasuk Kelas Video USB (UVC) dan Protokol Pemesejan Masa Nyata (RTMP) untuk ketersambungan dan keserasian peranti yang mudah serta penstriman yang senang.

Pyro H menyediakan Input/Output HDMI dan Loopout, membolehkan pengguna menyambungkan kamera dan pemancar serta menghantar isyarat kepada penerima dan dalam masa yang sama memantau pandangan dari port loopout. Pyro S membawakan kedua-dua HDMI dan Input/Output SDI, sesuai untuk penggambaran profesional dan projek komersial yang lebih kecil. Pyro 7 menyokong Input/Output HDMI dan SDI serta Loopout, membolehkan pengguna memilih sambungan terbaik berdasarkan keperluan dan peralatan penggambaran mereka.

Mudah digunakan, tahan lasak dan mudah alih

Cangkang aloi magnesium-aluminium gred-aeroangkasa yang ringan memastikan kemudahalihan yang senang dan keteguhan fizikal untuk pencipta video yang menuntut dan bergerak pantas. Pyro H dan Pyro S membawakan paparan kawalan LCD berwarna terang, pada kedua-dua pemancar dan penerima, menyediakan akses mudah dibaca kepada antara muka pengguna yang intuitif dan pemilihan tetapan yang pantas. Pyro 7 merupakan monitor tanpa wayar penghantar-terima semua-dalam-satu 7-inci yang sedia dilancarkan dalam bulan Julai tahun ini.

Harga dan Ketersediaan

Pyro S dilancarkan secara global pada 22 Mei 2024 dan boleh didapati melalui pengedar tempatan dan di kedai Amazon. Ketahui lebih lanjut mengenai sistem penghantaran video tanpa wayar Pyro S baharu di: https://www.hollyland.com/product/pyro-s?utm_source=pr&utm_medium=media&utm_campaign=pyros

Sistem Penghantaran Video Tanpa Wayar Pyro S: $699

Amazon US: https://hollyland.info/amazon
Amazon UK: https://hollyland.info/44GSX5c
Amazon AU: https://hollyland.info/44G6iux
Amazon UAE: https://hollyland.info/3UExaXd 

Latar Belakang Hollyland Technology

Shenzhen Hollyland Technology Co., Ltd. (Hollyland) memperkasa pelanggan global menerusi penyelesaian profesional untuk penghantaran data, audio dan video tanpa wayar serta interkom tanpa wayar sejak tahun 2013. Hollyland menawarkan perkhidmatan kepada banyak pasaran, termasuk pembikinan filem, penggambaran televisyen, penghasilan video, siaran, acara langsung, pameran, media penyiaran, produksi, teater, rumah ibadat dan rumah sewa. Kunjungi https://www.hollyland.com/, Facebook Hollyland, Instagram Hollyland.

Source: Hollyland Technology
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Telecommunications Wireless Communications New products/services