-- Organisasi Khusus untuk Menggalakkan Keselamatan Pesakit Menyeru Sokongan dan Perubahan terhadap Undang-undang Global
NEW YORK, 5 November 2014 /PRNewswire/ -- Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) telah mengeluarkan amaran kepada semua individu yang ingin menjalani prosedur pembedahan kosmetik yang lebih murah, terutamanya di luar negara asal mereka, khususnya melibatkan para pengamal perubatan tanpa lesen yang beroperasi tanpa perakuan lembaga. Berikutan dua kematian individu warganegara UK baru-baru ini yang melakukan perjalanan ke luar negara bagi menjalani prosedur kosmetik yang dilakukan oleh pengamal perubatan tanpa lesen, ISAPS turut menyeru perubahan global terhadap undang-undang bagi menangani kes kematian yang tragik dan sepatutnya tidak berlaku sebagai usaha untuk memastikan tahap keselamatan pesakit yang lebih tinggi.
Video - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/patient_safety.mp4
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141103/156357LOGO
"Pembedahan kosmetik di luar negara boleh menjadi sangat berisiko kerana standard yang ditetapkan adalah berbeza-beza dari satu negara ke negara yang lain. Memang penting untuk para pesakit mencari pakar bedah plastik yang diperakui oleh lembaga, tanpa mengira lokasi pembedahan tersebut dilakukan," ujar Susumu Takayanagi, MD, Presiden ISAPS. "Keselamatan pesakit ialah keutamaan tertinggi kami. Keahlian ISAPS adalah eksklusif untuk pakar bedah plastik yang diperakui oleh lembaga yang harus menjadi anggota semasa persatuan pembedahan plastik kebangsaan."
Lebih lima tahun lalu, ISAPS mewujudkan simbol untuk keselamatan pesakit, berlian yang terdiri daripada empat faktor yang amat penting untuk amalan pembedahan plastik estetik yang selamat:
"Para pesakit menjadi mangsa kepada doktor tanpa lesen atas tanggapan salah bagaimana sesiapa yang mempunyai MD boleh menjalankan apa-apa prosedur pembedahan dengan selamat. Terdapat tuntutan agar negara menetapkan peraturan yang ketat bagi mengawal pihak yang boleh menjalankan prosedur pembedahan plastik dan tempat melakukan pembedahan dengan tujuan mengurangkan komplikasi pembedahan serta kematian," ujar Michael C. Edwards, MD, pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pesakit ISAPS dan juga presiden Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Amerika.
Nigel Mercer, MD, presiden Persatuan Pertubuhan Pembedahan Plastik Estetik Eropah (EASAPS), timbalan presiden Persatuan Pakar Bedah Plastik Estetik dan Pembentukan Semula British, serta mantan presiden Persatuan Pakar Bedah Plastik Estetik British menyatakan, "Sebarang pesakit yang merancang untuk melakukan perjalanan jarak jauh bagi tujuan menjalani pembedahan estetik perlu diberitahu mereka bakal menanggung risiko yang lebih tinggi berbanding risiko yang perlu mereka hadapi bagi mendapatkan pakar bedah plastik bertauliah yang berdekatan. Jika mereka tetap mahu melakukan perjalanan ke negara lain, adalah penting untuk mereka memilih pakar bedah plastik berlesen yang dapat menyediakan khidmat, penjagaan lepas pembedahan serta nasihat, bukan sekadar pembedahan. Satu-satunya cara untuk mencari pakar bedah plastik dengan perakuan lembaga pada peringkat antarabangsa ialah melalui laman web ISAPS. Para pesakit juga dinasihatkan untuk bertanya kepada pengamal perubatan tentang jaminan insuran pakar bedah itu sekiranya pesakit menghadapi sebarang komplikasi selepas prosedur yang mereka jalani."