Menghimpunkan 1000 Syarikat untuk Mempamerkan Penyelesaian bagi Pengeluaran Makanan Jepun
TOKYO, 23 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Masakan Jepun menjadi semakin popular berbanding sebelum ini di seluruh dunia, bermula dengan hidangan tradisional seperti onigiri dan ramen hinggalah kepada makanan kegemaran seperti nasi kari, katsudon dan gyoza. FOOMA JAPAN 2024 bersedia untuk untuk menjadi pameran B2B yang menarik, menampilkan sekitar 1000 syarikat dan 5000 penyelesaian inovatif yang berkaitan dengan teknologi serta peralatan pembuatan makanan.
Tatkala perjalanan global disambung semula pasca pandemik, FOOMA JAPAN 2024 menjangkakan untuk mengalu-alukan kira-kira 100,000 pengunjung sepanjang operasinya selama empat hari. Ini termasuk lebih 5000 hadirin antarabangsa dari sekitar 50 negara. Peningkatan dalam penyertaan global berbanding tahun 2022 (92,000 pengunjung, 390 antarabangsa) serta tahun 2023 (100,000 pengunjung, 320 antarabangsa) menonjolkan minat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap pembuatan makanan Jepun.
Ulasan daripada peserta luar negara di acara 2023
"Di sinilah tempat anda akan menemukan jentera pembuatan makanan Jepun."
"Setiap kali saya menghadapi masalah, saya berkunjung ke FOOMA JAPAN kerana segala-gala yang berkaitan dengan pembuatan makanan ada di sini."
"Apabila saya ingin memulakan perniagaan makanan baharu, FOOMA JAPAN sangat bermanfaat."
Sorotan daripada FOOMA JAPAN 2024
Pengalaman Unik: Alami jentera pembuatan makanan Jepun dengan cara yang tiada tandingan di mana-mana sahaja di dunia.
Penyelesaian Komprehensif: Dengan 21 kategori pameran, termasuk pembuatan/pemprosesan makanan, pembungkusan/pengisian, penyejukan/pembekuan/pencairan, robot/IT/IoT, AI, sensor pengesanan bendasing dan teknologi makanan, FOOMA JAPAN mempunyai segala-gala yang diperlukan bagi pembuatan makanan.
Zon Syarikat Pemula Inovatif: Dibangunkan untuk syarikat pemula, syarikat usaha niaga dan institusi penyelidikan untuk berinteraksi dengan bakal rakan usaha sama serta pelabur, zon ini akan membawakan 30 syarikat, termasuk 15 peserta pameran baharu. Nantikan kemajuan automasi canggih yang menggabungkan AI, IT dan jentera makanan.
Web (Bahasa Inggeris): https://www.foomajapan.jp/int/?stt_lang=en
Web (Bahasa Cina): https://www.foomajapan.jp/int/?stt_lang=zh-CN
Filem Rasmi: https://www.youtube.com/@foomajapanmovie
Rangka FOOMA JAPAN 2024
Nama: FOOMA JAPAN 2024
EKSPO TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN 2024
Tarikh: 4 (Selasa) - 7 (Jumaat) Jun 2024 (4 hari) 10:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Tokyo Big Sight, Dewan Pameran Timur (Dewan 1-8)
3-11-1 Ariake, Koto-ku, Tokyo 135-0063, Jepun
Saiz: 982 peserta pameran / (35,479 m2) *Peserta pameran termasuk peserta pameran bersama
Bilangan pengunjung: 106,104 (angka sebenar pada tahun 2023)
Kemasukan: Prapendaftaran diperlukan (¥1,000 (termasuk cukai) bagi mereka yang masih belum mendaftar)
Tema: FOOMA Rintis
Penganjur: Japan Food Machinery Manufacturers Association
Laman Web Rasmi: https://www.foomajapan.jp/int/?stt_lang=en