omniture

Pameran Produk Hasil Hutan Antarabangsa Yiwu China ke-7 Berjaya Diadakan

Information Office of Yiwu City
2014-11-05 09:35 147

YIWU, China, 4 November 2014 /PRNewswire/ -- Pameran Produk Hasil Hutan Antarabangsa Yiwu China ke-7 ("Pameran Hasil Hutan") telah diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Yiwu pada 1 hingga 4 November. Pameran itu, bertemakan "kewujudan bersama yang harmoni dan pembangunan mampan", dianggarkan bakal menarik 1,322 peserta pameran dari hampir 30 negara dan wilayah bagi mempamerkan produk mereka di 3,240 gerai pameran di ruang pameran seluas 70,000 meter persegi.

Sorotan acara:

1. Kreativiti dan inovasi

Sepanjang pameran itu berlangsung, Pertandingan Produk Hutan Kreatif China ke-3 dan Forum Pembangunan Industri Hutan Kreatif China ke-3 turut diadakan. Bagi kedua-dua acara itu, penyertaan 2,000 rekaan dan 500 hasil yang telah siap dipamerkan di 100 gerai pameran khas bagi produk hutan yang kreatif.

2. Integrasi pasaran dalam talian dan luar talian

Pameran Hasil Hutan ke-7 memanfaatkan Internet mudah alih, e-dagang, mikroblogging, Wechat dan lain-lain teknologi maklumat baharu bagi memastikan kejayaan jangka panjang pada platform "Pameran Hasil Hutan Dalam Talian."

3. Beraneka sumber makanan hutan

Pameran tahun ini menyaksikan penyertaan 682 pembekal makanan hutan dari China dan luar negara yang membuka 1,336 gerai pameran bagi mempamerkan lebih seribu jenis produk, termasuk kulat yang boleh dimakan, buah-buahan kering, tumbuh-tumbuhan liar yang boleh dimakan, produk kesihatan dan juga makanan haiwan yang boleh dimakan.

4. Acara pertukaran antarabangsa yang kerap berlangsung

Memandangkan populariti dan pengaruh Pameran Produk Hasil Hutan Antarabangsa Yiwu China semakin meningkat, semakin banyak negara memanfaatkan platform itu untuk mengadakan pertukaran antarabangsa. Tiga acara sedemikian telah diadakan sepanjang Pameran tahun ini, termasuk mesyuarat pertukaran kerjasama Sino-Kanada untuk seni bina berasaskan kayu yang diadakan oleh Pembangunan Sumber Mampan dan Alam Sekitar Alberta, Kanada; sidang akhbar Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan ASEAN yang diadakan oleh Pusat ASEAN; serta perjanjian "kerjasama dan pertukaran ramah" yang ditandatangani antara bandar Hebron di Palestin dan Yiwu. Polisi yang ditetapkan oleh negara ASEAN bagi menarik modal asing, dengan tujuan untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan melalui sumber Pameran Produk Hasil Hutan Antarabangsa Yiwu China, akan diumumkan pada sidang akhbar berkenaan.

5. Pameran produk pertanian dan hasil hutan dari 28 negara dan wilayah di seluruh dunia

Para peserta pameran di Pameran Hasil Hutan tahun ini berasal dari 28 negara dan wilayah, termasuk Korea, Malaysia, Thailand, Fiji, Sepanyol, Vietnam serta Taiwan, antara lain, dengan 154 gerai pameran yang mempamerkan produk pertanian dan hasil hutan yang diimport.

Source: Information Office of Yiwu City
Keywords: Paper/Forest Products/Containers Trade show news