omniture

FESTIVAL KANAK-KANAK GARDENS BY THE BAY SINGAPORE KEMBALI DENGAN INSIDE OUT 2 DISNEY DAN PIXAR

Gardens by the Bay
2024-05-23 12:03 34

Kanak-kanak boleh berkenalan dengan emosi mereka dengan bermain di satu-satunya karnival luar bertemakan-Inside Out 2 Asia Tenggara dengan pemasangan berskala besar

SINGAPURA, 23 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Bersiap sedia untuk menyelami dunia emosi yang mempesonakan apabila Festival Kanak-kanak Gardens by the Bay Singapore kembali untuk edisi ke-10 – kali ini, membawakan kolaborasi yang menarik bersama Inside Out 2 Disney dan Pixar!

Benar-benar dapat dirasai: Inside Out 2 Disney dan Pixar berada di Festival Kanak-kanak Gardens by the Bay Singapore Mei ini
Benar-benar dapat dirasai: Inside Out 2 Disney dan Pixar berada di Festival Kanak-kanak Gardens by the Bay Singapore Mei ini

Bermula pada 25 Mei di Supertree Grove yang ikonik, ini akan menjadi satu-satunya karnival luar bertemakan-Inside Out 2 di Asia Tenggara dengan pemasangan berskala besar. Kanak-kanak boleh belajar tentang perasaan mereka dengan bermain di pelbagai kawasan interaktif yang diilhamkan oleh watak-watak Inside Out 2 yang digemari, seperti Joy, Anger, Sadness, Fear  dan Disgust – bersama-sama Emosi baharu iaiatu Anxiety, Envy, Ennui dan Embarrassment! Kenali emosi anda menjelang pelancaran Inside Out 2 (13 Jun: Malaysia, Singapura dan Thailand, 14 Jun: Indonesia).

Gardens by the Bay ialah tempat tarikan hortikultur ulung dan Festival Kanak-kanaknya merupakan sebuah acara yang istimewa ketika cuti sekolah. Kebanyakan aktiviti adalah percuma dan edisi pada tahun ini berlangsung hingga 22 Jun.

Inside Out 2 Disney dan Pixar kembali ke minda Riley yang baru melangkah ke alam remaja dan akan memulakan sekolah menengah,tatkala ibu pejabat yang sedang mengalami perobohan secara tiba-tiba untuk memberi ruang kepada sesuatu yang sama sekali tidak diduga: Emosi baharu! Turut menyertai Emosi teras ialah sekumpulan pendatang baharu yang sangat sesuai untuk zaman remaja!

Ketua Pegawai Eksekutif dari Gardens by the Bay Felix Loh berkata, "Kita semua mahu anak-anak kita berasa gembira dan sihat. Tahun ini kami teruja untuk berganding bahu dengan Disney sempena Festival Kanak-kanak Gardens by the Bay edisi ke-10. Kanak-kanak boleh belajar tentang tekanan dan emosi dengan cara yang menyeronokkan melalui watak-watak berkaitan dan kisah yang menyentuh hati seperti cerita-cerita daripada Disney dan Pixar. Lebih penting lagi, acara ini akan membolehkan keluarga menjalin hubungan yang erat dan menghabiskan masa yang bermakna bersama-sama."

Pengarah Pembangunan Konsep Tarikan, Hiburan dan Pelancongan Lembaga Pelancongan Singapura Ashlynn Loo berkata, "Kami berasa teruja untuk menyokong Festival Kanak-kanak Gardens by the Bay – satu-satunya tempat di Asia Tenggara yang melaluinya, keluarga boleh menikmati karnival luar bertemakan-Inside Out 2 dengan pemasangan berskala besar. Kami berharap pengunjung akan dapat menikmati pengalaman yang segar dan menawan dengan meneroka pelbagai zon yang diilhamkan oleh Emosi-emosi Inside Out 2. Ketika kami terus mengalu-alukan lebih ramai pengunjung untuk kembali ke Singapura, kami berharap dapat membawakan pengalaman riadah lebih mengujakan yang akan menarik minat baik pengunjung tempatan mahupun antarabangsa, sebagai sebahagian daripada kolaborasi berterusan kami bersama Disney, bagi memperkukuh kedudukan kami sebagai destinasi riadah dan hiburan yang meriah."

Mulakan perjalanan penemuan diri yang diilhamkan oleh watak-watak Inside Out 2

Di Festival Kanak-Kanak pada tahun ini, keluarga boleh menantikan pelbagai pemasangan dan aktiviti yang diilhamkan oleh kedua-dua Emosi-emosi teras dan baharu Inside Out 2.

Kaleidoscope of Memories
Kaleidoscope of Memories

 

Emotion Mirrors
Emotion Mirrors

  • Kaleidoscope of Memories

Pemasangan teras ini diilhamkan oleh kemudahan penyimpanan Memori Jangka Panjang yang menempatkan berjuta-juta kenangan Riley dalam cerita Inside Out.

Festival Kanak-kanak menghidupkan adegan ini dengan Memory Orbs yang berwarna-warni dan bercahaya di Supertree Grove. Pengunjung boleh mencipta Memory Orb mereka sendiri dengan mengimbas kod QR di pemasangan dan melengkapkan tiga langkah mudah: memilih watak yang paling mencerminkan emosi seseorang, bergaya untuk bergambar dan muat naik Memory Orb anda sendiri ke Kaleidoscope of Memories, yang melaluinya ia akan ditayangkan berserta detik-detik kenangan orang lain pada dinding animasi pemasangan ini.

  • Mood Swings

Emosi Kegembiraan merupakan tema pemasangan ini, menampilkan buaian yang pastinya akan menggembirakan kanak-kanak dan semua yang berjiwa muda.

  • Expression Doodles

Menghadapi emosi yang kompleks diterokai di pemasangan ini. Dengan reka bentuk bertemakan Sedih dan Malu, kanak-kanak boleh "melukis" dengan berus air dan melihat contengan pada pemasangan yang muncul depan mata mereka.

  • Emotion Mirrors

Bolehkah anda kekal tenang di pemasangan yang penuh helah ini? Diilhamkan oleh Emosi Ketakutan dan Kebimbangan, cuba selesaikan pagar sesat cermin dan permainan wayar bunyi baz yang amat besar dalam cabaran masa yang sangat mendebarkan.

  • Fort Pillowtown

Diilhamkan oleh Enui, kanak-kanak boleh berbaring dan bersantai di pemasangan Fort Pillowtown, atau membiarkan imaginasi mereka meliar di dalam kubu bantal selesa yang boleh mereka bina.

  • Memory Orb Mountain

Emosi mendadak yang dialami sepanjang perjalanan yang membangkitkan perasaan ini memuncak dengan keharmonian dan keseimbangan di kawasan pemainan bola yang boleh kembung besar, melambangkan penerimaan dan keseimbangan kesemua emosi-emosi kita. Kunjungi pada waktu malam untuk menangkap bola yang bercahaya!

Pengunjung juga boleh menantikan edisi khas pertunjukan cahaya dan bunyi Garden Rhapsody setiap malam sepanjang tempoh Festival Kanak-kanak ini. Garden Rhapsody merupakan pertunjukan malam istimewa di Supertree Grove, di mana lampu pada Supertrees menari mengikut runut bunyi muzik setiap malam pada 7.45 malam dan 8.45 malam. Edisi khas ini, bertajuk The Medley of Emotions, akan menyaksikan lampu pada Supertrees serta Memory Orbs dalam pemasangan Kaleidoscope of Memories menyegerakkan pencahayaannya dan bertukar-tukar warna berharmoni dengan runut bunyi Inside Out.

Aktiviti bertemakan Disney dan Pixar percuma, tayangan filem dan banyak lagi

Buku kecil jejak aktiviti percuma telah disediakan, dengan cadangan aktiviti seperti mengumpul setem untuk memastikan kanak-kanak terhibur. Pengunjung yang melengkapkan buku kecil mereka dan mengumpul semua setem boleh menebus helaian pelekat Inside Out 2 yang eksklusif untuk Festival Kanak-kanak Gardens by the Bay.

Pengunjung dengan set setem yang lengkap juga boleh menebus rantai kunci cenderamata dengan reka bentuk eksklusif Gardens by the Bay, yang boleh disesuaikan dengan hiasan kecil yang diilhamkan oleh Inside Out 2, sementara stok masih ada. Lawati kaunter penebusan untuk mengetahui lebih lanjut.

Orang ramai juga dijemput untuk menikmati tayangan luar percuma filem-filem kegemaran Disney dan Pixar seperti Coco, Elemental, Finding Dory dan Incredibles 2 pada dua hujung minggu pertama iaitu 25 Mei dan 26 Mei, serta 1 Jun dan 2 Jun.

Pengunjung yang mencari pengalaman berbeza boleh memakai tali pinggang dan menaiki Train of Emotions bagi menikmati perjalanan kereta api berpemandangan indah melalui Supertree Grove. Caj berasingan dikenakan untuk menaiki kereta api.

Persembahan sampingan dan permainan karnival

Persembahan sampingan seperti meniup buih, menjugel dan pertunjukan silap mata akan dibawakan pada malam tiga hujung minggu pertama untuk dinikmati oleh semua.

Akan terdapat juga permainan karnival untuk mereka yang aktif dan juga untuk mereka yang menyukai aktiviti praktikal, bengkel kraf untuk mencipta Memory Orbs mereka sendiri, kotak muzik, gelang persahabatan dan banyak lagi. Caj berasingan dikenakan untuk aktiviti-aktiviti ini.

Jadi antara yang pertama membawa pulang barangan bertemakan-Inside Out 2 di Singapura

Festival Kanak-kanak Gardens by the Bay juga akan menjadi salah satu tempat pertama di Singapura yang melaluinya pembeli-belah boleh mendapatkan barangan bertemakan-Inside Out 2 di kedai sementara runcit khas. Diilhamkan oleh watak-watak Disney dan Pixar yang digemari oleh peminat, temui rangkaian yang menarik untuk semua peringkat umur, mencakupi pakaian, topi 'bucket' boleh terbalik, beg jinjing, peralatan minuman, kusyen, alat tulis dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.gardensbythebay.com.sg/childrensfestival

Festival Kanak-kanak 2024 Gardens by the Bay
Tarikh
: 25 Mei - 22 Jun 2024
Masa: 10.00 pagi - 9.00 malam*
Lokasi: Supertree Grove di Gardens by the Bay (Masuk percuma, caj dikenakan untuk aktiviti terpilih)
*Pemasangan The Inside Out 2 akan ditutup pada 7.00 malam, kecuali Kaleidoscope of Memories yang akan terus dibuka hingga jam 9.00 malam serta aktiviti Festival Kanak-kanak selebihnya.

Imej resolusi tinggi boleh dimuat turun melalui pautan ini.

Latar Belakang Gardens by the Bay

Bahagian penting daripada visi "City in Nature" ("Kota dalam Alam Semula Jadi") Singapura, Gardens by the Bay ialah sebuah taman negara dan tempat tarikan hortikultur ulung yang memaparkan kesenian taman dan bunga terbaik untuk dinikmati oleh semua. Menjangkau keluasan 101 hektar di tengah-tengah pusat bandar Singapura Marina Bay, ia merangkumi tiga taman tepian air – Bay South, Bay East dan Bay Central. Bay South, yang terbesar dengan keluasan 54 hektar, dibuka secara rasmi pada 29 Jun 2012.

Berpandukan kepada visi untuk menjadi dunia taman untuk dimiliki, dinikmati dan dihargai oleh semua, koleksi tumbuhan yang luas, paparan bunga yang sentiasa berubah-ubah dan pelbagai program yang menarik daripada Gardens ini mencetuskan imaginasi ramai, manakala inisiatif komuniti Gift of Gardens, dengan En. Tharman Shanmugaratnam, Presiden Republik Singapura sebagai Penaung, mendekati orang ramai dari semua lapisan masyarakat.

Sejak dibuka, Gardens by the Bay telahpun menerima lebih daripada 100 juta pengunjung dan memperoleh pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Tempat Tarikan Tema Terbaik di TTG Travel Awards 2022 dan 2023, anugerah perak untuk Destinasi Membangun Kembali Lebih Baik Pasca Covid di World Responsible Tourism Awards 2021, Pengalaman Tempat Tarikan Terbaik di Singapore Tourism Awards 2019 dan Anugerah Pelancongan Lestari ASEAN yang disampaikan oleh ASEAN Tourism pada tahun 2018. Gardens terus memperbaharui dan memperhalusi tawarannya, bagi menjadi sebuah tempat yang boleh dinikmati oleh semua orang – sebuah taman di mana keajaiban mekar.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.gardensbythebay.com.sg

Source: Gardens by the Bay
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Children-related news Licensing/marketing agreements