omniture

Penyelesaian Storan serasi-S3 QNAP "QuObjects" Diperakui sebagai Veeam® Ready - Object with Immutability

QNAP Systems, Inc.
2024-05-23 14:00 25

TAIPEI, 23 Mei 2024 /PRNewswire/ -- QNAP® Systems, Inc., penginovasi penyelesaian pengkomputeran, rangkaian dan storan yang terkemuka, hari ini mengumumkan penyelesaian storan objek serasi-S3 "QuObjects" telahpun layak sebagai Veeam® Ready - Object with Immutability, terpakai untuk QNAP NAS dengan sistem pengendalian QTS dan QuTS hero. Pensijilan ini menekankan keandalan QuObjects sebagai penyelesaian sandaran objek selamat untuk perusahaan, lalu meningkatkan kecekapan pengurusan data dan keselamatan tertinggi.

QNAP NAS is the ideal on-prem object storage for Veeam backups
QNAP NAS is the ideal on-prem object storage for Veeam backups

QuObjects ialah penyelesaian storan objek S3 untuk QNAP NAS, yang mempunyai kelajuan baca/tulis 20 kali lebih pantas berbanding perkhidmatan awan konvensional, berserta seni bina yang sangat fleksibel dan boleh diskala untuk memastikan penghantaran yang cekap dan kefleksibelan dalam storan objek. Bermula daripada pembangunan perkhidmatan objek hingga beban kerja yang mencabar seperti pembelajaran mesin dan tasik data, QuObjects membantu perusahaan mencapai keperluan aplikasi yang pelbagai dengan keberkesanan kos yang lebih tinggi.

QuObjects menyokong Object Lock (Kunci Objek) bagi menjamin ketidakubahan data, melindungi selanjutnya daripada ancaman perisian tebusan, serangan siber atau kesilapan manusia. Digandingkan dengan kawalan akses serta ciri-ciri pengesahan, ia menyediakan perlindungan yang komprehensif untuk keselamatan data objek.

Jimmy Tam, Pengurus Produk QNAP, menyatakan, "Keselamatan data adalah amat penting untuk perusahaan. Dengan QuObjects yang diperakui oleh Veeam Ready - Objek with Immutability, kami memperkasa organisasi-organisasi yang memanfaatkan penyelesaian Veeam untuk memilih dengan yakin QNAP NAS bagi storan dan sandaran objek S3 atas-premis, menikmati penghantaran pantas, kebolehskalaan yang meluas dan keselamatan yang teguh."

QNAP ialah rakan kongsi pilihan untuk penyelesaian sandaran objek Veeam. Ketahui lebih lanjut melalui Rakan Kongsi Objek Veeam Ready dan Storan Objek QuObjects- S3 QNAP.

Untuk maklumat lanjut dan untuk melihat barisan penuh QNAP NAS, sila kunjungi www.qnap.com.

Source: QNAP Systems, Inc.
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Data Analytics Cloud Computing / Internet of Things