omniture

Sungrow FPV Menyerlah di Solar & Storage Live Philippines 2024

Sungrow FPV
2024-05-23 17:38 14

HEFEI, China, 23 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 20 Mei, Sungrow FPV mempamerkan penyelesaian sistemnya di Solar & Storage Live Philippines 2024. Acara yang terkemuka dalam sektor tenaga boleh baharu ini diadakan mulai 20 hingga 21 Mei di Pusat Konvensyen SMX di Manila, Filipina.


Sungrow FPV memperkenalkan penyelesaian sistem tersuai yang dikhususkan untuk pasaran Filipina. Penyelesaian yang inovatif ini menawarkan kecekapan penjanaan kuasa dipertingkat, keserasian yang kukuh, kestabilan yang tinggi dan penyelenggaraan yang lebih mudah, bagi menangani cabaran penggunaan sistem PV terapung dalam keadaan angin kencang dan berombak di wilayah ini.

Senator Win Gatchalian melawat reruai Sungrow FPV semasa berlangsungnya pameran ini. Beliau mendengar pembentangan mengenai ciri-ciri inovatif sistem PV terapung dan membincangkan trend dalam teknologi PV terapung serta prospek pasaran tempatan bersama pasukan Sungrow FPV.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran PV terapung di Filipina telahpun berkembang dengan mantap. Menurut Pelan Pembangunan Filipina (PDP), negara tersebut menyasarkan 50% daripada penjanaan kuasa datangnya daripada sumber tenaga boleh baharu menjelang tahun 2040. Sungrow FPV komited terhadap pendekatan berpusatkan pelanggan, bermula daripada reka bentuk produk hinggalah perkhidmatan selepas jualan, memanfaatkan secara berterusan teknologi termaju bagi meningkatkan nilai pelanggan serta menyokong Filipina dalam mencapai masa depan rendah karbon.

Source: Sungrow FPV
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Trade show news