omniture

MING lancar 37.09 Bluefin, jam tangan selam 600m baharu dengan muka jam nilam putar dalam

Horologer MING SA
2024-05-23 21:00 39

LA CHAUX-DE-FONDS, Switzerland, 23 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, Horologer MING mengeluarkan 37.09 Bluefin baharu, membawakan bahasa reka bentuk generasi ketiga mereka. Ia merupakan jam tangan pertama mereka dengan muka jam waktu nilam berkilauan, berputar satu arah yang menggantikan bezel selam konvensional. Ia berfungsi dengan menggunakan galas dan ditetapkan oleh mahkota khusus. Bekas jam keluli Bluefin adalah kalis air sehingga 600m, tetapi bersaiz selesa pada 38x12.8mm. Ia dikuasakan oleh Sellita SW300-1 tersuai dengan simpanan kuasa selama 50 jam dan pemutaran automatik dua arah.

37.09 Bluefin meneruskan tradisi reka bentuk MING dengan skala minimalis dari segi grafik yang mudah dibaca dan diindeks. Proses pelogaman baharu menghasilkan warna biru tua pada muka jam nilam, yang mana bersama-sama jarum jam tangan, dirawat secara ekstensif dengan Super-LumiNova X1 demi ciri mudah baca optimum di bawah semua keadaan.

Jam tangan akan disediakan dengan tali jam getah FKM teracu baharu yang juga serasi dengan kesemua jam tangan lug 20mm terdahulu daripada MING. Bentuk semula jadi tali jam sepadan dengan kelengkungan pergelangan tangan biasa dan ia juga tidak memerlukan penjaga dan ditiruskan dalam ketebalan bagi meningkatkan lagi keselesaan. Ia juga akan tersedia sebagai aksesori mandiri.

MING 37.09 Bluefin berharga CHF 4,950, dengan 500 jam tangan dikeluarkan bagi tahun 2024. Ia boleh didapati secara eksklusif di www.ming.watch mulai jam 1 PTG GMT pada 24 Mei 2024, dengan penghantaran dijangka bermula pada Oktober 2024.

Spesifikasi MING 37.09 Bluefin

  • Bekas jam: keluli tahan karat 316L, diameter 38mm, ketebalan 12.8mm,interlug 44.5mm 
  • Kristal nilam berkubah dengan salutan antipantul berganda
  • Penandaan Super-LumiNova X1
  • Kalis air 600m
  • Sellita untuk MING SW300.M1 dengan jambatan rangka antrasit; automatik dengan simpanan kuasa 50 jam
  • Tali jam getah FKM teracu
  • Jaminan 2-tahun terhadap kecacatan
  • Dibuat di Switzerland

Latar Belakang MING: 

Horologer MING ialah jenama jam tangan bebas dengan matlamat untuk mengembalikan semula perasaan keterujaan dan penemuan dalam kalangan peminat jam tangan. Kami menumpukan perhatian kepada estetika diperhalusi dan menerobos sempadan bahan, mekanik dan kejuruteraan. Hal ini membolehkan kami memenangi banyak anugerah termasuk Horological Revelation Prize di Grand Prix d'Horlogerie de Genève 2019. Produk MING tersedia secara eksklusif dalam talian di www.ming.watch. Langgan surat berita kami dan ikuti Instagram kami untuk mendapatkan perkembangan terkini daripada MING.

MING ialah tanda dagangan berdaftar di peringkat antarabangsa bagi Horologer MING SA, Switzerland.

Source: Horologer MING SA
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services