omniture

JETOUR Tembusi Pasaran RHD Global Perluas Lagi Strategi "Travel+"

JETOUR AUTO
2024-05-24 10:24 2

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 21 Mei, JETOUR Auto memperkenalkan buat julung kalinya produk RHD global di Malaysia Auto Show, yang menandakan JETOUR menembusi secara rasmi pasaran RHD global menerusi strategi 'Travel+'. Tetamu, rakan media dan rakan kongsi di Malaysia berhimpun di pameran auto ini bagi menyaksikan era baharu JETOUR dalam pasaran RHD.

JETOUR Malaysia RHD Launch Event
JETOUR Malaysia RHD Launch Event

"Pelancaran model RHD menunjukkan barisan produk JETOUR menjadi lebih pelbagai, mampu memenuhi keperluan pengguna di negara dan wilayah yang berbeza. Dengan pemahaman yang mendalam tentang trend dan permintaan pasaran, JETOUR mempercepatkan susun atur strategik globalnya," kata Kevin Xu, Naib Presiden JETOUR International.

Model-model DASHING dan X70 PLUS RHD yang dilancarkan di Malaysia bukan sahaja mengekalkan ciri-ciri popular daripada siri produk ini tetapi turut menyepadukan unsur tempatan, lantas meningkatkan lagi keselamatan dan keselesaan bagi memenuhi keperluan golongan muda Malaysia dan pengguna berkeluarga.

Sebagai salah satu ekonomi yang penting dan pasaran automotif kedua terbesar di Asia Tenggara, Malaysia merupakan pasaran RHD yang strategik untuk JETOUR. Sepanjang lima tahun akan datang, JETOUR merancang untuk membangunkan 80 rangkaian jualan di Malaysia dan mencapai sasaran jualan 150,000-unit, lalu menjadi jenama auto arus perdana di Malaysia.

Menurut Kevin Xu, JETOUR akan membina seluruh rantaian industri di Malaysia, termasuk pemasaran, perkhidmatan, kewangan, pembuatan tempatan dan penyetempatan alat ganti serta akan mengeksport ke pasaran-pasaran lain di Asia Tenggara.

"Malaysia menyaksikan pertumbuhan yang signifikan dalam industri automotif, dengan hampir 800,000 unit terjual pada tahun 2023. Sebagai jenama auto yang baharu, JETOUR meraih pencapaian yang luar biasa dengan lebih 1.1 juta unit terjual hanya dalam tempoh 68 bulan. Kami yakin dengan prestasi JETOUR di Malaysia. Pada tahun 2025 dan 2026, kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model, termasuk kenderaan ICE tradisional, PHEV dan BEV, bagi memenuhi permintaan pengguna terhadap perjalanan yang menjimatkan dan mesra alam di Malaysia," kata Nor Kamalah Binti Hashim, Pengarah JETOUR Auto Malaysia.

Pada separuh kedua tahun ini, JETOUR akan menembusi pasaran seperti Indonesia, Thailand dan Afrika Selatan. Meneruskan siri perjalanan keluarga yang diwakili oleh DASHING dan X70 PLUS, JETOUR merancang untuk melancarkan model-model RHD daripada siri T perjalanan luar-jalan dalam suku pertama tahun 2025.

JETOUR Auto telahpun meliputi lebih 50 negara dan wilayah, termasuk Timur Tengah, Amerika Tengah dan Selatan, Afrika serta Asia-Pasifik, dengan lebih daripada 600 rangkaian jualan dan perkhidmatan. Memfokuskan kepada globalisasi, JETOUR turut mencadangkan "Strategi Jutaan Antarabangsa": menjelang tahun 2030, ia dijangka mewujudkan lebih 1,600 rangkaian pengedaran dan 10 kilang pemasangan KD untuk lebih daripada 80 pasaran di seluruh dunia dan mencapai jualan sebanyak lebih 1 juta unit serta hasil sebanyak 100 bilion yuan.

Dengan penempatan JETOUR dalam pasaran RHD, strategi "Travel+" akan terus dibangunkan dan diinovasikan baik ke atas produk mahupun pemasaran, seterusnya mengukuhkan kedudukan JETOUR sebagai jenama ulung dalam pasaran auto "Travel+" global.

 

Source: JETOUR AUTO
Keywords: Auto Transportation Trade show news