MILAN, 5 November 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini, Campari® secara rasminya memperkenalkan citraan penuh bagi Kalendar 2015, bertajuk 'Mythology Mixology'. Kalendar ikonik tahun ini, yang dibintangi pelakon kelahiran Perancis yang jelita Eva Green, adalah edisi ke-16 dalam koleksi ini dan dikhususkan untuk meraikan sejarah tersendiri dan memukau Campari serta kisah dalaman yang berkait rapat dengan dua belas koktel klasiknya yang paling digemari.
Untuk melihat Siar Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/71400577-Campari-Calendar-2015/
Daripada koktel klasik Negroni, yang dicipta oleh Count Camillo Negroni sendiri pada tahun 1919, sehinggalah campuran Orange Passion Campari yang moden, olahan sezaman untuk Campari Orange klasik, Kalendar itu meraikan resipi yang tidak luput dimakan zaman dan masih digemari dalam dunia moden hari ini. Heroin mempesonakan, Eva Green, menzahirkan sifat ikonik, klasik dan juga bergaya Campari dalam siri pakaian yang memukau rekaan pereka terkemuka termasuk Vivienne Westwood, Versace, Alaia serta Christian Louboutin, antara lainnya.
Ketika bercakap tentang peranan beliau sebagai bintang Kalendar Campari 2015, Eva Green memberi komen, "Bagi saya, projek ini adalah untuk menceritakan siri kisah dalam cara yang kreatif, cantik, dan berimaginasi tinggi – dan itulah apa yang kami berjaya capai. Kalendar 2015 ini ialah bukti sebenar Campari sebagai jenama dan melihatkan semua kisah digandingkan bersama dalam satu koleksi, berjaya membuktikan Campari akan sentiasa menggenggam kedudukan yang kukuh dalam dunia kontemporari kita."
Berkenaan penglibatan beliau dalam projek itu, Julia Fullerton-Batten memberi komen: "Saya gembira kerana diberi peluang untuk menangkap gambar bagi Kalendar Campari 2015 dengan dibintangi Eva Green. Bagi saya, Kalendar ini benar-benar meraikan sifat keabadian Campari sebagai jenama dan saya harap semua orang akan sukakannya sebagaimana saya sukakannya."
Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari memberi komen: "Kami mempunyai hubungan yang sangat peribadi dengan Kalendar Campari tahun ini kerana ia direka bagi meraikan jenama itu sendiri. Temanya, Mixology Mythology, memimpin para peminat Campari dalam pengembaraan menguja dan menarik agar mereka bukan sekadar dapat melihat sejarah kami, tetapi ia turut menyerlahkan jenama ini ke masa hadapan dan bersama-sama membayangkan destinasi pengembaraan hebat kami ini kelak."
Kalendar Campari, dengan hanya 9,999 salinan sahaja dicetak, tidak akan dijual kepada umum tetapi akan diedarkan pada peringkat antarabangsa kepada rakan Campari seluruh dunia. Para peminat Campari juga boleh mengikuti perkembangannya di media sosial dan turut terlibat dalam aktivitinya melalui #CampariCalendar di Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest.