omniture

LiuGong Membuat Kemunculan Sulungnya di CSPI-EXPO 2024

LiuGong
2024-05-24 14:54 72

CHIBA, Jepun, 24 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Mulai 22 hingga 24 Mei 2024, LiuGong mempamerkan 6 mesin elektrik di Ekspo Peningkatan Produktiviti Pembinaan & Tinjauan (CSPI-EXPO), termasuk mesin pengorek 9027FE & 922E, lif gunting LS0607E & LS0808E, pemuat roda 856HE & 870HE. Susulan penampilannya yang mengagumkan di INTERMAT, Perancis dan pameran Vei og Anlegg di Norway, LiuGong sekali lagi menggamit perhatian global menerusi teknologi inovatifnya tatkala syarikat ini mempamerkan produk semua-elektrik di pameran ini.


YouTube: https://youtu.be/NIMcA5WMQ2Y 

Pada hari pertama pameran, LiuGong mengadakan pelancaran Produk Elektrik di reruainya. Media industri dari Jepun dan Xinhua News Agency mengadakan wawancara eksklusif bersama Zeng Guang'an, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LiuGong. "Sejak memulakan pembangunan teknologi elektrik pada tahun 2014, LiuGong telahpun meraih pencapaian yang penting dalam bidang kecerdasan elektrik sepanjang sedekad usaha dan inovasi tanpa henti. Peralatan elektrik LiuGong berjaya dipromosikan di China, ASEAN, Eropah, Amerika Utara dan India. LiuGong telahpun menjual lebih 5,000 mesin elektrik di seluruh dunia, menandakan kehadiran kukuh kami dalam pasaran global. Dengan membawa LiuGong ke Jepun, kami memulakan sebuah perjalanan baharu. Kami bermatlamat untuk membantu Jepun mengurangkan emisi karbon, menyokong inisiatif hijau dan mengurangkan jumlah kos pemilikan untuk pelanggan melalui rangkaian penuh peralatan elektrik kami. Dalam masa yang sama, kami akan menghormati budaya dan peraturan industri Jepun serta komited untuk menyediakan penyelesaian yang komprehensif kepada pelanggan Jepun menerusi peralatan yang telah diuji dan disahkan dengan teliti di seluruh dunia," kata Zeng Guang'an semasa wawancara.

Dengan warna khusus hijaunya yang tersendiri, enam produk yang dipamerkan di pameran ini berkongsi DNA reka bentuk LiuGong yang memenangi Red Dot Award dan menjadikan pengendali benar-benar sebagai aspek utama mesin, seraya menunjukkan kepimpinan LiuGong dalam teknologi BEV.

Pada masa depan, LiuGong akan bekerjasama erat dengan peniaga Jepun tempatan bagi menggalakkan pembangunan pembinaan pintar dan membantu Jepun dalam mencapai sasaran emisi karbonnya. Di samping itu, LiuGong akan menyediakan penyelesaian yang komprehensif dan cekap kepada pelanggan Jepun melalui perkhidmatan yang pantas dan cekap serta sistem alat ganti yang lengkap, seterusnya mewujudkan lebih nilai.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.liugong.com/en/

Source: LiuGong
Related Stocks:
Shenzhen:000528
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals New products/services Trade show news