omniture

WCIFIT ke-6 Tarik Minat Pemimpin Global dan Syarikat Fortune 500

iChongqing
2024-05-24 14:54 28

CHONGQING, China, 24 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada iChongqing - Pada 23 Mei, Pameran Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China Barat (WCIFIT) kali ke-6 dibuka secara rasmi di Chongqing.

The hot and spicy theme inside the Chongqing hotpot booth. (Photo/ Chongqing Daily News Group)
The hot and spicy theme inside the Chongqing hotpot booth. (Photo/ Chongqing Daily News Group)

Acara ini menarik minat peserta dari 39 bandar di lebih 25 negara, termasuk gabenor dan datuk bandar. Syarikat-syarikat Fortune 500 global seperti Qualcomm, Walmart, Continental AG, Air Liquide dan Amazon turut hadir, berserta 958 perusahaan dari 40 negara dan wilayah serta lebih 20 wilayah, kawasan perbandaran dan bandar di China.

Pameran pada tahun ini, diadakan mulai 23 hingga 26 Mei dan bertemakan "China Barat Baharu, Pembuatan Baharu, Perkhidmatan Baharu," memfokuskan kepada perkhidmatan pengeluaran moden serta membawakan aktiviti dan pameran bertema. Belarus ialah negara tetamu kehormat, manakala Wilayah Sichuan ialah wilayah tetamu.

"Kami berbesar hati dapat mengambil bahagian dalam pameran pada tahun ini sebagai negara tetamu kehormat, menandakan kali pertama kami memegang peranan ini dalam pameran yang paling berpengaruh di China Barat," kata Turchyn Aliaksandr, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Wilayah Minsk, Belarus, dalam ucapan beliau. "Kami bermatlamat untuk memperlihatkan potensi kerjasama Belarus merentas pelbagai bidang secara sepenuhnya di pameran ini."

"Peranan Chongqing dan Sichuan dalam memacu pembangunan yang berkualiti tinggi di wilayah barat semakin jelas," kata Zuo Yongxiang, Naib Gabenor Kerajaan Rakyat Wilayah Sichuan.

Zuo menambah bahawa pada tahun 2023, skala ekonomi Zon Ekonomi Chengdu-Chongqing mencapai 8.19 trilion yuan, menyumbang sebanyak 6.5% daripada jumlah keluaran ekonomi biarpun hanya menempati 2% daripada kawasan tanah negara.

Sunny Chai, Pengerusi Hong Kong Science & Technology Parks Corporation, berkata Hong Kong menawarkan perkhidmatan teknologi kewangan yang mantap seperti AI dan kenderaan autonomi. Firma-firma Chongqing, terutamanya dalam bidang pembuatan dan teknologi, dapat meneroka penyenaraian Hong Kong. Perkhidmatan profesionalnya menawarkan sokongan kewangan, bagi membantu pengembangan global.

Susulan majlis perasmian, 196 projek telah ditandatangani, termasuk 124 dalam bidang pembuatan dan 58 dalam perkhidmatan moden.

Pengantarabangsaan dan pengaruh pameran ini telahpun meningkat, dengan 12 projek pelaburan asing berjumlah 26.7 bilion yuan ditandatangani. Projek-projek ini melibatkan 12 negara dan wilayah, termasuk Rusia, Sepanyol dan Jepun.

Pameran pada tahun ini membawakan dewan dalam empat bidang: imej komprehensif, perkhidmatan moden, pembuatan moden dan kerjasama antarabangsa. Ia memfokuskan kepada perisian industri, AI, internet satelit, pemeriksaan, pengujian serta perdagangan logistik, bertujuan untuk menarik projek-projek yang berkualiti tinggi dan mencapai hasil yang ketara.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini.

Source: iChongqing
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Transportation General Manufacturing Supply Chain/Logistics