SHANGHAI, 24 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 22 Mei, Pylontech membuka ibu pejabat globalnya secara rasmi, menandakan suatu pencapaian penting untuk penyedia sistem storan tenaga yang terkemuka dalam industri ini
Ditubuhkan pada tahun 2009, Pylontech telahpun menjadi pengusaha utama dalam industri storan tenaga, menguasai teknologi teras dalam sel bateri, modul serta Sistem Pengurusan Bateri (BMS), penyepaduan sistem dan sebagainya. Produk dan penyelesaiannya memenuhi rangkaian luas aplikasi termasuk projek kediaman, komersial & perindustrian (C&I) serta projek berskala utiliti. Pada tahun 2013, Pylontech menyediakan sistem storan tenaga pertamanya kepada pasaran antarabangsa dan kini mempunyai pengalaman selama lebih sepuluh tahun menawarkan perkhidmatan kepada pasaran luar negara, dengan penghantaran kumulatif melebihi satu juta unit. Hasil daripada inovasi teknologi yang berterusan serta produk dan perkhidmatan yang cemerlang, Pylontech mendapat pengiktirafan daripada pelanggan di seluruh dunia.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pylontech menambah baik susun atur domestik dan antarabangsanya. Ia menubuhkan pangkalan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan di Yangzhou, Jiangsu dan Hefei, Anhui. Sementara itu, Pylontech mempercepatkan pengembangan globalnya dengan menubuhkan cawangan di Belanda, Jerman, Itali, Amerika Syarikat dan negara-negara lain, bagi membina keupayaan tempatan yang komprehensif untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan mudah kepada pelanggan global.
Ibu pejabat global yang baru dibuka ini, terletak di Kawasan Baharu Pudong di Shanghai, menjangkau keluasan lebih 20,000 meter persegi dengan jumlah luas bangunan melebihi 50,000 meter persegi. Ia menyepadukan R&D, pengeluaran serta pejabat untuk menyokong sepenuhnya keperluan pertumbuhan Pylontech yang berterusan.
Geoffrey Song, Naib Presiden Pylontech, menyatakan, "Penyiapan dan penggunaan ibu pejabat global kami merupakan detik yang penting dalam sejarah Pylontech, menyuntik tenaga baharu ke dalam syarikat kami. Kami berharap dapat mempererat kerjasama dengan rakan kongsi global, meneroka secara bersama aplikasi dan pembangunan teknologi storan tenaga serta menyumbang kepada peralihan tenaga global dan pembangunan mampan."
Latar Belakang Pylontech
Pylontech (kod saham: 688063) ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai penyedia sistem storan tenaga bateri khusus dan menjadi syarikat disenaraikan secara terbuka yang pertama di China pada tahun 2020 dengan tumpuan utama kepada storan tenaga sebagai perniagaan terasnya. Pylontech menyepadukan rantaian industri dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunannya yang mantap serta kepakaran pembuatan yang komprehensif, bermula daripada sel, sistem pengurusan bateri dan penyepaduan sistem. Produk dan penyelesaiannya mengukuhkan kehadiran di lebih 80 negara dan wilayah, dengan lebih sejuta sistem storan tenaga dioperasikan dengan jayanya.