BEIJING, 25 Mei 2024 /PRNewswire/ -- inter airport China, pameran ulung Asia untuk sektor infrastruktur dan perkhidmatan lapangan terbang, menggamit perhatian global apabila pendaftaran diterima dengan banyaknya. Dianjurkan secara bersama oleh RX Greater China dan China Aviation Supplies, acara penting ini dijadualkan berlangsung mulai 4 hingga 6 September di Beijing CIEC (Lokasi Chaoyang). Direka bentuk untuk memupuk kolaborasi dan inovasi, acara ini mengundang golongan profesional dan pembekal industri lapangan terbang global untuk meninjau peluang perniagaan baharu dan berkongsi pandangan.
Penyertaan Global dan Kecemerlangan Industri
Kami dengan gembiranya mengumumkan bahawa ahli-ahli profesional dari lebih sepuluh negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Jerman, UK, Perancis, Turki, Thailand, Singapura, Pakistan, Oman, Nepal dan Brazil, sudahpun mendaftar. Penyertaan antarabangsa yang pelbagai ini menonjolkan daya tarikan dan kepentingan global acara ini sebagai platform untuk kolaborasi antarabangsa.
Selain daripada minat yang tinggi daripada hadirin antarabangsa, inter airport China 2024 akan turut membawakan barisan peserta pameran yang mengagumkan. Jenama-jenama antarabangsa seperti SIEMENS, Vanderlande, ADB SAFEGATE, Outsight, Efla, Goldhofer, Vestergaard, vosla (NARVA GmbH) dan Smith Detection akan mempersembahkan inovasi terkini mereka, menawarkan gambaran tentang masa depan infrastruktur dan perkhidmatan lapangan terbang. Di samping itu, jenama-jenama Cina yang terkemuka seperti Airsafe, HDK, CIMC, Sinotruck Liuzhou, Jowoo, Yongli, CHIM, Sealtech, Nanhua dan Prosperity akan mempamerkan produk termaju mereka, menonjolkan pengaruh China yang semakin meningkat dalam industri lapangan terbang global.
Bidang Tumpuan Baharu dan Perbincangan Bertema
Tahun ini, inter airport China akan menjadi tuan rumah kepada Forum Pertukaran inter airport ke-4 di tempat yang sama, memfokuskan kepada topik-topik industri yang penting di bawah tema utama "Kepimpinan Hijau, Tanggungjawab Bersama: Amalan dan Inovasi ESG dalam Lapangan Terbang." Tema ini akan diterokai melalui pelbagai format, termasuk forum terbuka, mesyuarat tertutup dan acara rangkaian, yang meliputi tiga sub-tema yang berikut:
Di samping itu, melalui kolaborasi bersama CAMIC, inter airport China akan menjadi tuan rumah kepada Forum Pembangunan Digital Penerbangan Awam. Forum ini akan meneliti pembinaan lapangan terbang pintar dan aplikasi teknologi seperti AI generatif dan kembar digital dalam industri lapangan terbang. Penganjur bersama kami, China Aviation Supplies, akan turut menyampaikan sesi forum yang menarik semasa berlangsungnya acara ini.
inter airport China kini mengalu-alukan baik pakar industri domestik mahupun antarabangsa untuk berkongsi pandangan terkini dan kes amalan terbaik mereka di forum. Proses pencarian penceramah berjalan lancar, bagi memastikan barisan pakar dan individu berwawasan yang mantap. Ini merupakan peluang unik untuk golongan profesional menyumbang kepada perbincangan mengenai masa depan pembangunan lapangan terbang dan bertukar-tukar idea bersama rakan setara dari seluruh dunia.
Penglibatan Global Dipertingkat dan Pengalaman Eksklusif
Menerusi pelaksanaan proses visa Cina yang diperkemas dan dasar bebas visa baharu untuk beberapa negara, inter airport China memperkenalkan Program Faedah Pengunjung Antarabangsa. Inisiatif ini dibangunkan untuk meningkatkan pengalaman pengunjung antarabangsa dengan menawarkan bantuan perjalanan serta faedah eksklusif. Negara-negara yang mendapat manfaat daripada dasar ini termasuk Switzerland, Ireland, Hungary, Austria, Belgium, Luxembourg, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol, Singapura, Malaysia dan Thailand.
Hadirin akan dapat menikmati pelbagai acara di lapangan, termasuk ruang istirahat eksklusif, sesi pemadanan perniagaan dan lawatan kilang. Acara ini dirancang untuk memberikan perkembangan terkini mengenai pasaran, meningkatkan prospek perniagaan dan mempamerkan penyelesaian lapangan terbang termaju.
Jamin Penyertaan Anda
Kami mengundang semua ahli profesional industri untuk mendaftar bagi menyertai inter airport China 2024 dan memanfaatkan peluang yang tiada tandingan untuk berhubung, belajar dan berinovasi.
Untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar, sila kunjungi www.interairportchina.com
Hubungi:
Penny Pei
Emel: penny.pei@rxglobal.com
Latar Belakang inter airport China:
inter airport China ialah pameran ulung untuk peralatan, teknologi dan perkhidmatan lapangan terbang di China. Diadakan dua tahun sekali, acara ini menghimpunkan golongan profesional industri yang terkemuka, pembuat keputusan dan penginovasi dari seluruh dunia untuk mempamerkan kemajuan terkini dalam infrastruktur, operasi dan pengurusan lapangan terbang. Menerusi rangkaian pameran komprehensif yang meliputi segala-galanya bermula daripada peralatan sokongan darat hingga operasi terminal, inter airport China berfungsi sebagai platform penting untuk perangkaian, pertukaran ilmu pengetahuan dan pembangunan perniagaan dalam industri lapangan terbang.