omniture

Geespace Perluas Jangkauan Global dengan Buruj Satelit LEO

Geespace
2024-05-27 10:20 45

SHANGHAI, 27 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Starlink SpaceX baru-baru ini mengumumkan secara rasmi buruj internet berkelajuan tinggi mereka kini menghubungkan lebih 3 juta orang dengan internet berkelajuan tinggi merentas hampir 100 negara, wilayah dan banyak pasaran lain.

Buruj satelit orbit Bumi Rendah (LEO) menawarkan perkhidmatan rangkaian masa nyata kepada orang ramai di persekitaran yang melampau dan kawasan dengan infrastruktur yang kurang maju. Apabila penggunaan satelit LEO melonjak di peringkat global, perusahaan aeroangkasa komersial menjadi pengusaha utama.

Di China, Geespace, sebuah syarikat aeroangkasa komersial di bawah Geely, membina dan mengendalikan Geely Future Mobility Constellation. Buruj ini telahpun menyelesaikan penempatan dua satah orbit. Satah ketiga dijadualkan untuk dilancarkan dalam separuh kedua tahun ini, seterusnya menandakan permulaan perkhidmatan aplikasi global. Satah keempat akan membawakan muatan komunikasi satelit terus-ke-sel, menawarkan perkhidmatan kepada banyak telefon mudah alih sedia ada. Geespace merancang untuk melengkapkan fasa pertama buruj dengan 72 satelit dalam tempoh dua tahun, bagi menyediakan perkhidmatan komunikasi data masa nyata global.

Iridium mencapai jumlah hasil sebanyak $203.9 juta dan pendapatan bersih sebanyak $19.7 juta pada suku pertama tahun 2024. Sejarah pembangunan Iridium mengetengahkan dua cabaran kritikal dalam industri satelit LEO: mengurangkan kos pembinaan dan mencari model perniagaan yang berjaya.

Geespace menangani cabaran ini dengan tiga langkah:

  1. Pembuatan Satelit: Geespace memanfaatkan teknologi pemasangan automatik Geely dan model pengurusan pengeluaran besar-besaran untuk mewujudkan barisan pengeluaran satelit yang pintar dan fleksibel. Ini memendekkan kitaran pemasangan, penyepaduan dan ujian (AIT) satelit serta mengurangkan kos pengeluaran sebanyak 45%, dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 500 satelit.
  2. Aplikasi Satelit: Geespace mencapai aplikasi berskala besar komunikasi satelit dan penentududukan dengan kejituan tinggi berasaskan satelit pada tahun 2023. Beberapa model Geely, termasuk Zeekr dan Geely Galaxy, dilengkapi dengan fungsi komunikasi satelit dua hala Geespace.
  3. Model Perniagaan: Menyediakan perkhidmatan komersial global telahpun menjadi trend arus perdana antara syarikat-syarikat seperti SpaceX, Iridium dan Geespace.

Di Asia Tenggara, Geespace menandatangani perjanjian dengan pengendali telekomunikasi Malaysia Altel bagi mempercepatkan penyelesaian pelabuhan pintar dan pertanian pintar. Di Timur Tengah, Geespace bekerjasama dengan syarikat komunikasi satelit Oman Azyan Telecom bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan Geely Future Mobility Constellation, termasuk komunikasi satelit terus-ke-sel, di Timur Tengah dan Afrika.

Dengan duluan yang mencapai kejayaan seperti Iridium dan SpaceX, pengembangan global Geespace bukan sahaja strategik tetapi turut bersedia untuk membawa nilai komersial yang besar.

 

Source: Geespace
Keywords: Aerospace/Defense Broadcast Technology Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Corporate Expansion