omniture

CGTN: Meninjau pemodenan Cina, China gandakan usaha untuk memperdalam lagi reformasi pada segenap aspek

CGTN
2024-05-27 21:12 48

BEIJING, 27 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Dibina selepas reformasi dan keterbukaan China, Pelabuhan Rizhao di Wilayah Shandong, timur China merupakan hab global yang penting untuk pemindahan tenaga dan bahan mentah pukal ke kapal.

Melalui inovasi teknologi yang terkini, pelabuhan ini dinaik taraf menjadi pelabuhan moden, berfungsi sebagai nod utama untuk Jambatan Tanah Eurasia Baharu dan hab penting untuk Inisiatif Jalur dan Jalan.

Pelabuhan Rizhao, bersama-sama Pelabuhan Qingdao, Pelabuhan Yantai dan Pelabuhan Teluk Bohai, membentuk Shandong Port Group Co., Ltd. lima tahun lalu. Tahun lalu, jumlah pemprosesan kargo bagi empat pelabuhan ini melebihi 1.7 bilion tan, menduduki kedudukan pertama di dunia.

Sebagai sebahagian daripada peringkat pertama lawatan pemeriksaan beliau di Wilayah Shandong mulai hari Rabu hingga Jumaat, Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), melawat pelabuhan tersebut, mengiktiraf pencapaiannya dan menggesa wilayah berkenaan untuk membina platform peringkat-tinggi untuk pertukaran dan kerjasama antarabangsa yang utama.

"Reformasi merupakan daya penggerak untuk pembangunan," tegas Xi pada hari Khamis semasa mempengerusikan simposium di ibu kota Shandong, Jinan, dihadiri oleh wakil-wakil daripada bidang perniagaan dan dunia akademik.

Bagi memperdalam lagi reformasi dalam segenap aspek, usaha harus ditumpukan kepada matlamat yang komprehensif untuk menambah baik dan membangunkan sistem sosialis dengan ciri-ciri Cina dan memodenkan sistem dan kapasiti tadbir urus China, tegas beliau.

Memperdalam reformasi yang bertumpukan kepada pemodenan Cina

Lawatan Xi ke Shandong merupakan pemeriksaan tempatan pertama yang dibuat oleh beliau sejak Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC mengadakan mesyuarat pada 30 April, yang memutuskan bahawa sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat CPC ke-20 akan diadakan di Beijing pada bulan Julai dan sesi berkenaan akan meneliti terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan memperdalam lagi reformasi secara komprehensif dan memajukan pemodenan Cina.

Selama bertahun-tahun, reformasi sistem ekonomi China telahpun ditambah baik secara berterusan manakala reformasi terhadap sistem politik dan budayanya dimajukan dan diinovasikan dengan mantap.

Sementara itu, reformasi sistem tamadun ekologi telahpun dipercepatkan manakala reformasi terhadap pertahanan negara dan ketenteraan mencapai kejayaan yang bersejarah.

Memperdalam reformasi secara komprehensif meletakkan pembinaan sistem tadbir urus negara dan keupayaan tadbir urus pada kedudukan yang lebih menonjol. China mengadakan kira-kira 40 mesyuarat bagi Kumpulan Peneraju Pusat untuk Memperdalam Reformasi Secara Komprehensif dan 30 mesyuarat Suruhanjaya Pusat untuk Memperdalam Reformasi Secara Komprehensif bagi menambah baik reka bentuk reformasi peringkat atasan.

Bermula dengan melaksanakan Undang-undang Pelaburan Asing dan membina zon perdagangan bebas rintis hingga menganjurkan sejumlah besar ekspo utama dan mempercepatkan pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, China memperdalam reformasi secara tidak berbelah bahagi dan memperluaskan keterbukaan peringkat tinggi, menyuntik tenaga positif ke dalam pembangunan global dan membawa faedah-faedah ketara kepada orang ramai di seluruh dunia.

Di simposium pada hari Khamis, Xi berkata China harus mengambil langkah-langkah yang tegas untuk menghapuskan halangan ideologi dan institusi yang menghalang kemajuan pemodenan China serta menggandakan usahanya untuk menangani cabaran institusi dan isu struktur yang sudah berakar umbi.

Reformasi sistem ekonomi harus bermula dengan memenuhi keperluan realistik dan menangani hal-hal yang paling mendesak dan ia harus memajukan inovasi teori dan institusi dalam proses untuk menyelesaikan masalah praktikal, tambah beliau.

Kehidupan lebih baik untuk rakyat

Xi telahpun menegaskan bahawa reformasi harus memfokuskan kepada perkara yang dipedulikan dan paling diharapkan oleh rakyat. Matlamatnya, kata beliau, adalah untuk memberikan rasa kepuasan yang lebih kuat kepada rakyat.

Memfokuskan untuk menyelesaikan masalah paling praktikal yang menjadi kebimbangan paling besar dan paling langsung kepada rakyat, China terus memajukan reformasi utama dan pembinaan sistem dalam bidang mata pencarian rakyat untuk membolehkan hasil reformasi memberi manfaat kepada semua orang secara sama rata dan menggalakkan pembangunan mereka yang komprehensif.

Kanun Sivil, yang dijangkakan selama beberapa dekad, akhirnya diwujudkan dan diterima pakai pada tahun 2020, menonjolkan penghormatan dan perlindungan terhadap kebebasan, kemuliaan, kepentingan dan hak individu.

Sejak Kongres Kebangsaan CPC kali ke-18, negara ini membina sejumlah lebih 59 juta unit pelbagai jenis perumahan mampu milik dan diubah suai di kawasan melarat, membantu menempatkan lebih 140 juta orang ke rumah baharu.

"Aspirasi rakyat Cina kepada kehidupan yang lebih baik merupakan matlamat yang kami usahakan dan tujuan utama memajukan reformasi dan menggalakkan pembangunan adalah untuk meningkatkan mata pencarian rakyat," kata Xi.

Menekankan keperluan untuk merancang dan memajukan reformasi berdasarkan kepada kepentingan keseluruhan, asas dan jangka panjang rakyat, Xi menggesa usaha untuk mengenal pasti bidang-bidang utama reformasi dan mencapai kejayaan berdasarkan kepada kebimbangan dan aspirasi masyarakat umum, termasuk pekerjaan, pertumbuhan pendapatan, pendidikan, penjagaan kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan, penjagaan kanak-kanak, penjagaan orang tua, keselamatan diri dan keselamatan harta benda.

https://news.cgtn.com/news/2024-05-24/Eyeing-Chinese-modernization-China-doubles-efforts-to-deepen-reform-1tRFe7yRTUY/p.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service