omniture

Wartawan Eropah Terokai Inovasi Mengubah-Industri di Makmal EV Terbaik Dunia

Yutong Bus
2024-05-27 23:37 25

Yutong Anjur Lawatan Media Dedahkan Statistik Makmal Terkini

ZHENGZHOU, China, 27 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Sekumpulan wartawan daripada 23 organisasi berita yang berpangkalan di Eropah memulakan lawatan selama dua hari di Pusat Pengalaman Jenama Yutong Bus (SHA:600066), Pangkalan Pembuatan Tenaga Baharu dan Pusat Ujian Kejuruteraan, salah sebuah makmal terbaik di peringkat global yang dikhususkan untuk meningkatkan dan menilai prestasi, keselamatan dan inovasi teknologi bas. Lawatan ini membolehkan delegasi media merasai pengalaman secara dekat dengan inovasi EV bertaraf dunia Yutong, kemudahan pembuatan termaju, penyelesaian kenderaan elektrik, pemanduan autonomi, teknologi pengecasan dan sistem pengurusan kumpulan EV yang menampilkan bas pintar menghantar dan masuk ke dalam petak letak kenderaan, yang memperbaharui standard dalam sektor pengangkutan awam.

"Kami mengundang golongan profesional media Eropah dan rakan kongsi industri untuk mengalami sendiri penyelesaian pengangkutan hijau yang inovatif daripada Yutong, membuka perbincangan mengenai masa depan trafik bandar memandangkan kami menyasarkan untuk mewujudkan pengangkutan bandar yang lebih lestari demi memberi manfaat kepada semua warga Eropah," kata Jack Li, Ketua Pegawai Eksekutif Yutong Europe.

Semasa pameran, penyelesaian e-mobiliti Yutong berjaya dalam satu siri ujian yang dijalankan dalam keadaan ekstrem, membuktikan prestasi keselamatan dan kestabilannya yang luar biasa dalam cuaca sejuk -30°C, kemudian api 1300°C yang merebak dengan pantas dan 2 meter di bawah air. Penyelesaian yang mengujakan penonton termasuk:

Sistem perlindungan nitrogen yang utama dalam industri daripada Yutong, yang dibangunkan untuk memastikan pek bateri dilindungi oleh nitrogen. Perlindungan kebakaran tiga lapisan meningkatkan keupayaan bateri untuk menahan nyalaan luar dan mencegah perebakan dalam persekitaran 1300℃/2j, lalu membuat pengurangan ketara kebarangkalian bateri terbakar dan letupan sekiranya berlaku kemalangan.

Peneraju bagi penyelesaian kenderaan komersial dan e-mobiliti, Yutong, dengan kedudukan globalnya didorong oleh pusat teknologi kejuruteraan kenderaan baharu yang disokong oleh pelaburan sebanyak 1 bilion RMB dan 4,316 paten. Telahpun menjual lebih 190,000 bas elektrik, pengurangan dalam emisi karbon sebanyak 16 juta tan, bersamaan dengan menanam pokok di kawasan seluas 130,000 hektar. Yutong melengkapkan kumpulan EVnya dengan pelbagai teknologi terkemuka global yang dibangunkan untuk meningkatkan kecekapan dengan ketara, termasuk pengawal domain kuasa silikon karbida, gandar pemacu elektrik generasi baharu dan pam haba suhu ultra-rendah, digandingkan dengan platform awan pintar yang membolehkan pengguna mencapai pengurusan kitar hayat. Dengan pelaburan yang konsisten sebanyak lebih 5% daripada pendapatan tahunannya dalam penyelidikan dan pembangunan, Yutong bermatlamat untuk menumpukan secara berterusan untuk mencapai kejayaan dalam teknologi penting buat kenderaan komersial tenaga baharu, seterusnya mempermudah langkah industri pengangkutan menuju kelestarian.

Butiran lanjut di https://en.yutong.com/.

23 European Journalists to Explore Industry-Transforming Innovation at the World's Top EV Laboratory in Zhengzhou, China.
23 European Journalists to Explore Industry-Transforming Innovation at the World's Top EV Laboratory in Zhengzhou, China.

Source: Yutong Bus
Related Stocks:
Shanghai:600066
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities