omniture

FSP Group bakal Pamer Penyelesaian AI Pinggir, Komunikasi Rangkaian dan Kuasa USB PD di Computex 2024

FSP Technology Inc.
2024-05-28 10:26 33

TAIPEI, 28 Mei 2024 /PRNewswire/ -- FSP Group, peneraju global bagi penyelesaian bekalan kuasa, bersiap sedia untuk memperkenalkan inovasi terkininya di Computex 2024. Fokus pameran pada tahun ini akan tertumpu kepada penyelesaian AI Pinggir, Komunikasi Rangkaian dan kuasa USB PD yang canggih.

Kecekapan Revolusioner dalam Penyelesaian AI Pinggir

FSP mendemonstrasikan penyelesaian bekalan kuasa generasi seterusnya yang disesuaikan untuk aplikasi pengkomputeran AI pinggir. Penyelesaian ini memenuhi keperluan kuasa yang mendesak daripada enjin inferens AI, rangkaian neural dan peranti pinggir.

Reka bentuk produk siri FSP3250-20HM daripada FSP mencapai tahap kecekapan tenaga 80PLUS Titanium yang sangat tinggi, yang bererti sekurang-kurangnya 96% pada beban biasa. Dengan ciri-ciri pengurusan kuasa termaju, penyelesaian FSP mengupayakan pemprosesan yang cekap, mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan prestasi dalam persekitaran pengkomputeran AI pinggir.

Penyelesaian Komunikasi Rangkaian Komprehensif

FSP Group menyediakan penyelesaian kuasa yang komprehensif untuk industri komunikasi rangkaian, termasuk bekalan kuasa lewah, bingkai terbuka dan bekalan kuasa luaran. Penyelesaian ini menawarkan keandalan yang tinggi, kecekapan tinggi dan keupayaan antigangguan yang mantap bagi menyokong pelbagai aplikasi keserasian dalam sistem rangkaian dan komunikasi. Aplikasi termasuk pelayan AI pinggir, pelayan IT, pelayan storan, pelayan AIoT, pelayan terbenam, suis rangkaian, penghala, suis PoE dan pelbagai jenis pelayan keselamatan tembok api.

Produk sorotan ialah YNEH2000AM-2D00T10, yang diperakui dengan pensijilan 80 PLUS Titanium dan PMBus 1.2. Siri ini termasuk model-model dengan output 2000W dan 2400W, serta menawarkan pilihan untuk AC/DC & DC/DC, serta penyelesaian AFI & AFO.

Penyelesaian USB PD Serba Guna dan Boleh Disesuaikan

Penyelesaian USB PD yang inovatif daripada FSP Group memenuhi pelbagai jenis keperluan aplikasi dengan penarafan kuasa bermula daripada 45W hingga 240W. Kami menawarkan reka bentuk yang fleksibel dan pilihan penyesuaian untuk memenuhi keperluan khusus pelanggan kami. Produk sorotan ialah FSP065-D2UB1, yang boleh digunakan dengan telefon pintar, Chromebook, komputer riba, kamera digital, monitor dan TV. Apabila tidak disambungkan kepada kuasa, ia berfungsi sebagai penukar video Jenis-C kepada HDMI. Apabila diberi kuasa, ia boleh mengecas komputer riba dan memindahkan video ke port HDMI secara serentak, menunjukkan keupayaan berbilang fungsinya.

FSP Group berkolaborasi erat dengan rakan kongsi industri, termasuk pengeluar perkakasan AI pinggir dan komunikasi rangkaian, serta penyepadu sistem, untuk membangunkan penyelesaian bekalan kuasa yang bersepadu lancar dengan platform-platform yang berkaitan. Pameran ini akan menonjolkan kajian kes yang berjaya dan aplikasi dunia sebenar yang menunjukkan bahawa bekalan kuasa FSP memberi impak yang ketara.

Kunjungi FSP Group di Computex 2024

Pusat Pameran Nangang Taipei, Dewan 1 (TaiNEX 1)

Reruai: 4F, L1209a

Atau kunjungi https://www.fsp-group.com

Untuk maklumat produk lebih lanjut, sila kunjungi:

Laman web rasmi FSP Group di: www.fsp-group.com

Laman Web Produk Jenama FSP Group di: www.FSPLifestyle.com

Facebook: www.facebook.com/FSP.global

LinkedIn: www.linkedin.com/company/fsp-technology-inc.

Latar Belakang FSP

Ditubuhkan pada tahun 1993, FSP merupakan antara pengeluar bekalan kuasa utama yang terkenal di dunia. Dengan pasukan teknikal profesional yang terdiri daripada lebih 400 ahli profesional, keupayaan pengeluaran yang kukuh dan barisan pengeluaran yang lengkap, Syarikat menawarkan penyelesaian bagi menampung pengguna dengan keperluan bekalan kuasa yang berbeza. Dengan lebih daripada 600 model yang menerima sijil 80PLUS, FSP menjadi pengeluar di dunia dengan jumlah sijil 80PLUS yang tertinggi. Menerusi penyediaan produk kuasa mesra alam dan berkualiti tinggi terbaik yang berterusan kepada pengguna, pengguna boleh menyumbang kepada perlindungan terhadap alam sekitar Bumi sekali gus menikmati teknologi.

Source: FSP Technology Inc.
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Computer Accessories Retail Telecommunications New products/services Trade show news