omniture

Pemenang Peringkat Akhir Global Pertandingan ICT Huawei 2023-2024 Diumumkan

Huawei
2024-05-28 21:57 25

SHENZHEN, China, 28 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Pada 26 Mei, majlis penutup dan penganugerahan Peringkat Akhir Global Pertandingan ICT Huawei 2023–2024 telahpun diadakan di Shenzhen. Pertandingan pada tahun ini menarik minat lebih daripada 170,000 pelajar daripada lebih 2,000 universiti dan kolej merentas lebih 80 negara dan wilayah, menjadikannya pertandingan luar talian yang terbesar sejak pelancarannya. Lebih daripada 160 pasukan, menambah sehingga sejumlah 470 peserta dari 49 negara dan wilayah yang berbeza, berjaya menempuh pertandingan peringkat kebangsaan dan serantau untuk mara ke peringkat akhir global pada tahun ini, diadakan di Shenzhen pada 23-26 Mei.

Selepas melalui persaingan yang sengit, 19 pasukan dari sembilan negara (Algeria, China, Nigeria, Pakistan, Poland, Filipina, Tanzania, Türkiye dan Uganda) memenangi Hadiah Utama Pertandingan Praktis dan Inovasi. Anugerah Populariti Media Sosial Terbaik dimenangi oleh pasukan dari Pakistan. Anugerah Pembangunan Hijau dimenangi oleh dua pasukan dari China dan Maghribi. Anugerah Wanita dalam Teknologi diberikan kepada empat pasukan dari Kenya, Malaysia, Maghribi dan Uganda. Sementara itu, Anugerah Rangkuman Digital TECH4ALL dimenangi oleh dua pasukan dari China dan Filipina.

Closing and awards ceremony
Closing and awards ceremony

Zhou Hong, Presiden Institut Penyelidikan Strategik Huawei, berkata: "Bagi memastikan semua orang benar-benar dapat menikmati faedah pendigitalan sementara teknologi sedemikian mencapai kemajuan yang radikal, Huawei percaya amat penting untuk memberi jaminan bahawa teknologi digital boleh diakses oleh semua."

Stefania Giannini, Penolong Ketua Pengarah Pendidikan UNESCO, berkata dalam mesej video, "UNESCO berusaha untuk mendukung hak asasi dan agensi setiap pelajar dan guru apabila menggunakan teknologi digital dan AI serta mendorong masa depan digital yang inklusif, saksama, terbuka dan selamat untuk semua. Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan kongsi kami seperti Huawei atas sokongan mereka setelah sekian lama."

Ritchie Peng, Presiden Jabatan Pembangunan Strategi dan Perniagaan ICT Huawei, menyatakan: "ICT merupakan asas kepada dunia pintar. Melalui Pertandingan ICT Huawei, kami bermatlamat untuk menyediakan platform global kepada pelajar untuk bersaing dan bertukar-tukar idea."

Pada hari yang sama, Huawei turut mengadakan Sidang Kemuncak Transformasi Pendidikan Pemecut ICT. Di sidang kemuncak ini, Huawei menganugerahkan kepada 24 pengajar dengan gelaran "Pengajar Paling Bernilai Global Huawei ICT Academy." Anugerah ini, diberikan buat kali pertama pada tahun ini, bertujuan untuk menunjukkan rasa terima kasih atas sumbangan penting yang diberikan oleh pengajar kepada pembangunan bakat dan menandakan mereka sebagai suri teladan yang menunjukkan betapa minda yang paling cerdas dapat berkembang menjadi lebih bernas. Suri teladan ini akan membantu memacu pembangunan mampan dalam ekosistem bakat ICT.

Pertandingan ICT Huawei ialah pertandingan tahunan yang diadakan oleh Huawei untuk pelajar universiti dan kolej global. Melalui pertandingan ini, Huawei bermatlamat untuk menyediakan platform antarabangsa kepada pelajar bagi tujuan persaingan yang sihat dan pertukaran idea. Sejak pelancarannya pada tahun 2015, pertandingan ini membantu pelajar meningkatkan pengetahuan ICT dan kemahiran praktikal mereka dan dalam masa yang sama turut meningkatkan keupayaan mereka untuk berinovasi dengan menggunakan teknologi dan platform baharu. Matlamat utama adalah untuk memajukan pembangunan teknologi dan memudahkan rangkuman digital di seluruh dunia.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Awards Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things