omniture

Stavian Chemical Menduduki Tempat Ke-17 dalam 100 Teratas ICIS, Menandakan Pertumbuhan Kukuh Di Tengah-tengah Cabaran Pasaran Global

Stavian Chemical
2024-05-29 00:05 34

HANOI, Vietnam, 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Stavian Chemical, pengedar kimia global terkemuka yang beribu pejabat di Vietnam, dengan bangganya mengumumkan prestasi luar biasanya dalam senarai Pengedar Kimia 100 Teratas ICIS bagi tahun 2024 yang berprestij. Memperlihatkan pertumbuhan mantap dan kebingkasan syarikat dalam menghadapi cabaran pasaran global, Stavian Chemical telah mendaki ke kedudukan ke-17 sebagaimana yang diiktiraf oleh Independent Commodity Intelligence Services (ICIS), peningkatan ketara daripada kedudukan ke-24 pada tahun lalu.

Berbangga dengan pencapaian syarikat, Dinh Duc Thang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Stavian Chemical, menyatakan, "Kami berbesar hati kerana diiktiraf sekali lagi dalam senarai kedudukan Pengedar Kimia 100 Teratas ICIS bagi tahun 2024. Pengiktirafan ini merupakan bukti dedikasi dan kerja keras syarikat kami. Kami berazam menerusi komitmen kami untuk menyampaikan nilai yang luar biasa kepada pelanggan kami sekali gus memajukan kemampanan dan inovasi."

Memacu pertumbuhan dan kemampanan melalui inovasi

Portfolio perkhidmatan dan produknya yang luas dan terpelbagai menjadi teras kejayaan berterusan Stavian Chemical. Selain daripada tawaran kimia tradisionalnya, syarikat ini memperluaskan rangkuman kepada penyelesaian mesra alam. Stavian Chemical menawarkan pelbagai jenis produk hijau, termasuk kitar semula dan bio-resin, LNG, bungkusan terbiodegradasikan dan berasaskan tumbuhan, penyebatian polimer dan inisiatif ekonomi kitaran bagi mendorong kemampanan. Strategi ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Stavian Chemical terhadap kemampanan dan inovasi tetapi juga meletakkan syarikat sebagai pemangkin kepada perubahan positif dalam industri kimia.

Sejajar dengan ramalan Straits Research, pasaran pengedaran kimia global diunjurkan mencapai $449.36 bilion menjelang tahun 2031, berkembang pada CAGR 6.3%. Pertumbuhan ini, didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap bahan kimia khusus, inovasi teknologi dan penekanan ke atas kemampanan, meletakkan Stavian Chemical secara ideal untuk memanfaatkan trend ini melalui komitmennya kepada inovasi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pengembangan strategik merentas pasaran global

Kehadiran kukuh Stavian Chemical di rantau Asia-Pasifik tetap menjadi asas kejayaannya. Di sebalik prestasi globalnya yang wajar dipuji, Stavian Chemical turut mewujudkan pembangunan yang signifikan dalam pasaran seperti Afrika, Timur Tengah, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Amerika Latin. Dedikasi syarikat ini untuk menyampaikan nilai yang luar biasa dan menggalakkan amalan mampan adalah tidak berbelah bahagi. Ini menunjukkan komitmen Stavian Chemical untuk berkembang secara strategik dan memenuhi keperluan dinamik pelanggan di peringkat serantau dan global.

Tatkala Stavian Chemical meneruskan trajektori pertumbuhan dan inovasinya, dedikasinya terhadap kecemerlangan, kemampanan dan kepuasan pelanggan kekal teguh dan bersedia untuk mencapai kejayaan.

Latar Belakang Stavian Chemical 

Ditubuhkan pada tahun 2009 dan beribu pejabat di Hanoi, Vietnam, Stavian Chemical - ahli syarikat perindustrian multinasional Stavian Group - merupakan pengedar kimia bertaraf global dan pengeluar bungkusan plastik terbiodegradasikan yang terkemuka. Stavian Chemical menyediakan penyelesaian 'Kedai Sehenti' yang luar biasa dalam B2B dan keterhubungan global yang lancar menerusi pejabat-pejabatnya di seluruh dunia. Dengan beberapa anugerah yang telah dimenangi, Stavian Chemical akan terus membuka jalan dalam industri ini bagi menyediakan perkhidmatan yang holistik dan hujung-ke-hujung kepada pelanggan serantau dan global.

Untuk maklumat lanjut mengenai Stavian Chemical, sila kunjungi: https://stavianchem.com/

 

Source: Stavian Chemical
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Chemical Environmental Products & Services Green Technology Awards Conservation/Recycling Corporate Expansion General Manufacturing