omniture

Envision Energy Perkenal Penyelesaian Hidrogen Hijau di Sidang Kemuncak & Pameran Hidrogen Dunia di Rotterdam

Envision Energy
2024-05-29 00:15 41

ROTTERDAM, Belanda, 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju global bagi teknologi hijau, menjadi tumpuan utama di Sidang Kemuncak & Pameran Hidrogen Dunia 2024 yang berprestij di Rotterdam. Syarikat ini memperkenalkan penyelesaian hidrogen hijau rintisnya, berinteraksi dengan pihak berkepentingan global dalam perbincangan mengenai masa depan tenaga pintar.

Acara ini menyediakan platform yang tidak ternilai kepada Envision Energy untuk memupuk kolaborasi yang lebih kukuh bersama rakan kongsi di Eropah dan seluruh dunia. Menggunakan teknologi hidrogen hijau yang terkemuka di dunia dan amalan inovatifnya, Envision Energy menumpukan perhatian untuk mencapai sasaran penyahkarbonan bersama. Sebagai acara tahunan yang terbesar dan paling dihormati dalam industri hidrogen, sidang kemuncak ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan hubungan pelanggan, meluaskan jangkauan syarikat serta mengukuhkan impak jenamanya di serata dunia.

"Dalam menghadapi cabaran iklim global, hidrogen menonjol sebagai sinar harapan. Di Envision, kami bukan sekadar membangunkan teknologi; kami berada di barisan hadapan dalam mencipta projek hidrogen-amonia hijau melalui model taman perindustrian sifar-bersih yang inovatif. dan membina asas untuk masa depan yang lestari. Kehadiran kami di Sidang Kemuncak Hidrogen Dunia menegaskan komitmen kami terhadap dunia sifar bersih dan potensi besar hidrogen hijau," kata En. Frank Yu, Naib Presiden Kanan Envision Energy.

Meneruskan komitmennya terhadap kemampanan, Envision Energy membangunkan Projek Hidrogen-Amonia Hijau yang pertama dan terbesar di dunia. Memanfaatkan penemuan teknologi dalam sistem kuasa boleh baharu, projek ini mencapai gandingan cekap bagi storan angin-solar dengan pengeluaran hidrogen-amonia-alkohol bagi mengoptimumkan kos dan menggalakkan kelestarian alam sekitar. Berusaha untuk merevolusikan rantaian nilai molekul hijau melalui model taman perindustrian sifar-bersih rintisnya, teknologi inovatif, berserta sistem kuasa boleh baharu termaju bagi menangani cabaran utama dalam arena hidrogen hijau, terutamanya yang berkaitan dengan kecekapan, keterputus-putusan tenaga serta infrastruktur yang terhad.

Projek ini dicalonkan sebagai salah satu daripada tiga Projek Hidrogen Transformatif di ADIPEC 2023 dan menerima Anugerah Pencetus Perubahan Peralihan Tenaga di COP28 atas sumbangannya yang cemerlang kepada penyahkarbonan. Penyertaan Envision Energy dalam Sidang Kemuncak & Pameran Hidrogen Dunia menonjolkan peranan syarikat dalam meluaskan dan mengekalkan kumpulan pelanggan yang mantap di seluruh Eropah dan secara global, bagi mempelopori inovasi baharu dalam hidrogen hijau serta taman perindustrian sifar bersih yang boleh dijadikan model di seluruh dunia untuk memupuk masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari.

 

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Environmental Issues New products/services Trade show news