omniture

70mai Dianugerahkan "Jenama Dengan Kamera Papan Pemuka Terbanyak Dalam Kad Skor Keselamatan Kamera Papan Pemuka 5 Teratas" - Perkenal Dash Cam A510 Dwi-Saluran di Malaysia AutoShow 2024

70mai
2024-05-29 08:30 14

DAERAH PETALING, Malaysia, 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Pada 22 Mei 2024, 70mai menganjurkan majlis pelancaran untuk Dash Cam A510 baharu di Malaysia, di mana MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan CyberSecurity Malaysia bersama-sama menyampaikan 70mai dengan anugerah "Jenama Dengan Kamera Papan Pemuka Terbanyak Dalam Kad Skor Keselamatan Kamera Papan Pemuka 5 Teratas"di bawah program 'DASHBOARD CAMERA SAFETY SCORECARD (CAMSCORE) PROGRAM' , bagi mengiktiraf prestasi kamera papan pemuka jenama ini yang cemerlang bagi tahun 2023 and 2024. Anugerah ini menyusuli pengiktirafan Kamera Papan Pemuka CamScoreTertinggi: mengiktiraf 70mai Dash Cam A810 sebagai kamera papan pemuka kereta terbaik mencapai skor luar biasa iaitu 4.69 pada sistem penarafan MIROS CamScore. Pengiktirafan ini menunjukkan komitmen 70mai kepada keselamatan jalan raya, menekankan pencapaian berterusannya serta menonjolkan kejayaan dalam industri kamera papan pemuka.

70mai Malaysia received the award from MIROS
70mai Malaysia received the award from MIROS

A500s, model kamera papan pemuka 70mai paling laris terjual, mendapat pujian tinggi atas kualiti imejnya yang berdefinisi tinggi, ciri-ciri termaju yang komprehensif serta reka bentuk yang bergaya. Kini, 70mai memperkenalkan versinya yang dinaik taraf, A510, yang menawarkan kualiti imej yang lebih baik, menyokong sambungan 4G, menyediakan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat dan memiliki operasi yang lebih pintar, menjadikannya produk yang paling serba boleh dalam segmen pasarannya.

70mai Dash Cam A510: The Legacy of Excellence, Thriving Further
70mai Dash Cam A510: The Legacy of Excellence, Thriving Further

Menangkap Perincian Lebih Jelas Siang & Malam

Diperkasakan oleh sensor Sony STARVIS 2 IMX675 termaju, A510 menyampaikan imej 1944P yang menakjubkan, menunjukkan kecemerlangan dalam penangkapan perincian dan kebolehbacaan. Berkembang daripada STARVIS, STARVIS 2 menawarkan julat dinamik yang lebih luas dengan peningkatan 10% dalam HDR dan peningkatan 90% yang luar biasa dalam keupayaan pengimejan cahaya malap, menghapuskan kabur serta airan warna. Digabungkan dengan HDR, ia mengekalkan perincian gelap dengan berkesan, menjadikan tangkapan maklumat waktu malam jauh lebih jelas. Di samping itu, algoritma peningkatan imej proprietari 70mai, yang membawakan MaiColor Vivid+ Solution™️ dan 70mai Night Owl Vision™️, digandingkan dengan 60FPS, memastikan prestasi dinamik yang luar biasa lancar. Ini memungkinkannya untuk menangkap bukti yang jelas biarpun dalam keadaan jalan raya Malaysia yang bercahaya malap.

(*Apabila merakam pada 60FPS, mengupayakan mod HDR akan menyelaraskan resolusi secara automatik kepada 1080P.)

Rakaman Dwi-Saluran Dinaik Taraf Komprehensif

A510 juga menyokong rakaman dwi-saluran dengan kamera hadapan dan belakang yang dinaik taraf, memberikan perlindungan yang menyeluruh. Dalam menghadapi jalan raya Malaysia yang sesak dan rumit, di mana motosikal menunggang rapat secara beriringan, ia membantu anda mengekalkan pandangan yang menyeluruh, memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat. Kamera hadapan menampilkan HDR, yang mengendalikan cahaya yang kuat, lampu belakang atau situasi dengan perubahan ketara dalam pencahayaan dengan lebih baik. Rakaman time-lapse dilanjutkan ke kamera belakang, memastikan main balik yang komprehensif untuk rekording pengecaman peristiwa yang pantas. Mod PIP yang baru ditambah membolehkan anda melihat dua saluran secara serentak pada satu skrin, memberikan gambaran keseluruhan yang komprehensif semasa pemanduan anda.

Sambungan 4G untuk Kawalan Jauh Tanpa Bimbang

Sambungan 4G+ memastikan komunikasi tanpa gangguan dengan kenderaan anda dari mana-mana lokasi. Jika perlanggaran berlaku semasa meletakkan kenderaan, anda akan menerima amaran segera pada telefon anda. Di kawasan yang sibuk, sekiranya anda terlupa tempat anda meletakkan kereta anda, anda hanya buka aplikasi untuk mencari lokasi kereta anda dengan mudah, menjejak laluan masa nyata dan memantau persekitaran, bagi memastikan anda dimaklumkan tentang lokasi dan keselamatan kereta anda.

(*4G Hardwire Kit UP04 diperlukan, dijual berasingan)

Pengalaman Operasi Lebih Pintar, Memenuhi Keperluan Keselamatan Pengguna

Apabila disambungkan ke aplikasi 70mai, ia akan mengimbas secara automatik kamera papan pemuka melalui Bluetooth, membolehkan sambungan yang lancar dengan hanya satu klik, menjadikan proses cepat dan mudah. Ciri rakaman kecemasan A510 kini termasuk rakaman pra-accident 5 saat dan terus merakam selama 25 saat. Video kecemasan disimpan secara eksklusif dalam folder 'peristiwa' dan tidak digantioleh rakaman biasa, bagi memberikan pembinaan semula kemalangan yang lengkap. A510 juga meneruskan legasi perlindungan teguh daripada pendahulunya, menampilkan ADAS pintar, GPS terbina-dalam dan pengawasan tempat letak kereta 24 jam.

A510 menunjukkan contoh dedikasi 70mai untuk memajukan teknologi kamera papan pemuka dengan kualiti imejnya yang unggul, sambungan 4G dan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat. Direka bentuk baik untuk para pemandu mahupun peminat teknologi, A510 menawarkan ciri-ciri pintar, merangkumi semua untuk keselamatan dan pemantauan kenderaan. Tatkala 70mai menerima anugerah seperti "Jenama Dengan Kamera Papan Pemuka Terbanyak Dalam Kad Skor Keselamatan Kamera Papan Pemuka 5 Teratas" oleh Camsore, ia tetap komited untuk menyampaikan produk yang inovatif. Dengan visi untuk memberikan pengalaman yang selamat, selesa dan terhubung baik di jalan raya, 70mai mengkhusus untuk menerajui inovasi pintar dengan matlamat untuk memastikan setiap perjalanan lebih mudah.

Source: 70mai
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Transportation Awards