omniture

Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China Mencapai Kejayaan di Jerayawara UK

China International Supply Chain Expo
2024-05-29 20:15 46

Jerayawara Promosi UK Menonjolkan Masa Depan Dikongsi Bersama dalam Ekonomi Hijau, Teknologi Digital dan AI. 

LONDON, 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- London menjadi tuan rumah kepada sebuah seminar promosi bagi Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China ke-2 (CISCE), sebagai sebahagian daripada lawatan UK oleh delegasi usahawan Cina yang diketuai oleh Ren Hongbin, Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT). Seminar ini meninjau peluang untuk pembangunan kolaboratif dalam ekonomi hijau, teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI). Penceramah-penceramah utama termasuk Ren Hongbin; Zheng Zeguang, duta besar China ke UK; Sir Sherard Cowper-Coles, Pengerusi China-Britain Business Council; dan Jack Perry, Pengerusi 48 Group Club di UK.

China International Exhibition Center Group, the CISCE organiser, signed exhibitor agreements and letters of intent with several British firms at the event.
China International Exhibition Center Group, the CISCE organiser, signed exhibitor agreements and letters of intent with several British firms at the event.

Ren Hongbin menyatakan, "China dan UK masing-masing memiliki kekuatan unik dalam ekonomi hijau, teknologi digital dan AI. Kerjasama antara syarikat-syarikat China dan British membantu mengekalkan kebingkasan dan kestabilan rantaian bekalan antara kedua-dua negara sekali gus memperluaskan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala. Semasa CISCE yang pertama, syarikat-syarikat British yang terkemuka mempamerkan tawaran mereka, seterusnya mencapai kejayaan yang penting. Kami amat mengalu-alukan lebih banyak perniagaan yang berpangkalan di UK untuk menyertai kami pada tahun ini."

Zheng Zeguang menekankan kepentingan rantaian bekalan global yang stabil dan selamat, tanggungjawab bersama antara kedua-dua negara. Beliau menekankan komitmen China untuk meluaskan lagi keterbukaan peringkat tingginya kepada komuniti antarabangsa, menggalakkan sektor-sektor perniagaan China dan British untuk memajukan kerjasama ekonomi dan perdagangan secara kolaboratif.

Sherard Cowper-Coles menyifatkan ekspo ini sebagai lebih daripada pameran produk; ia berfungsi sebagai platform untuk seluruh sistem rantaian bekalan, mewakili bukan sahaja perniagaan individu tetapi juga kemajuan industri global secara keseluruhan. Beliau menambah bahawa China-Britain Business Council merancang untuk terus mengatur delegasi perniagaan British agar mengambil bahagian dalam CISCE yang akan datang.

Jack Perry mengambil maklum komitmen China dan UK untuk mengekalkan perkongsian perdagangan yang teguh, menekankan peluang dalam bidang-bidang yang dipacu oleh inovasi sains dan teknologi, khususnya AI dan kepentingan untuk memupuk secara bersama peningkatan yang berterusan dalam rantaian bekalan global.

Semasa seminar ini, China International Exhibition Center Group, penganjur CISCE, menandatangani perjanjian pempamer dan surat hasrat bersama beberapa firma British, berserta memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan UK Association for Renewable Energy and Clean Technology. Seminar ini menarik minat lebih 150 wakil daripada persatuan perniagaan dan perdagangan Cina dan antarabangsa.

Source: China International Supply Chain Expo
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation Trade show news Artificial Intelligence Supply Chain/Logistics