- Sokongan Akan Menyediakan Keperluan Asas Kritikal dan Infrastruktur Penting; Action Against Hunger, AmeriCares serta Direct Relief akan Menerima Sebahagian daripada Komitmen Allen Sebanyak $100 Juta
SEATTLE, 7 November 2014 /PRNewswire/ -- Dermawan Paul G. Allen hari ini mengumumkan geran baharu untuk menyediakan bantuan kemanusiaan serta-merta bagi menangani keperluan asas manusia yang terancam oleh letusan penyakit Ebola di Afrika Barat. Bermula hari ini, geran ini akan membolehkan pertubuhan bantuan menyediakan makanan, bekalan dan juga kit pencegahan serta membina semula pusat rawatan tempatan di kawasan yang dibelenggu Ebola.
Pada bulan lepas, En. Allen mengumumkan beliau akan meningkatkan komitmen beliau untuk memerangi Ebola sehingga sekurang-kurangnya $100 juta. Dengan geran terkini ini, lebih separuh dana derma En. Allen bernilai $100 juta telah dikhususkan kepada projek yang mengusahakan langkah pencegahan, pembendungan, rawatan serta menangani kesan Ebola.
Komitmen baharu En. Allen untuk usaha kemanusiaan itu termasuklah:
Sokongan En. Allen akan memastikan perlindungan para profesional perubatan di lapangan melalui pembekalan ubat-ubatan, bekalan pencegahan dan juga peralatan perlindungan persendirian, menyediakan pengangkutan bekalan perubatan daripada pengeluar bekalan penjagaan kesihatan ke Afrika dan turut membantu mewujudkan sistem pemerolehan dan pengagihan bekalan terselaras hujung ke hujung bagi menjamin pengagihan bekalan perubatan yang cekap bagi mengehadkan Ebola daripada merebak. Bekalan akan diagihkan kepada empat organisasi rakan kongsi yang bekerja di 47 pusat kesihatan utama dan rawatan Ebola di Liberia dan Sierra Leone. Bekalan ini juga akan menyokong usaha 800 pekerja kesihatan komuniti di 500 perkampungan di kedua-dua negara dan membenarkan mereka melakukan kerja mereka dengan selamat tanpa perlu khuatir akan dijangkiti penyakit itu.
Sehingga kini, lebih separuh dana derma En. Allen bernilai $100 juta telah diperuntukkan untuk usaha memerangi Ebola. Dana ini telah membolehkan:
Petikan Kata Sokongan:
"Kesan Ebola tidak terhenti setakat orang yang dijangkitinya sahaja," kata En. Allen. "Kesan sampingannya ialah menafikan orang ramai keperluan asas biasa mereka. Geran ini akan membolehkan penduduk Afrika Barat menerima penjagaan dan bekalan penting yang mereka perlukan untuk mengharungi krisis ini secepat mungkin."
"Action Against Hunger sedang bekerjasama rapat dengan agensi kesihatan dan bantuan di Sierra Leone dan Liberia bagi menghentikan penyebaran Ebola," kata Andrea Tamburini, Ketua Pegawai Eksekutif Action Against Hunger. "Sokongan daripada En. Allen memastikan usaha mendidik masyarakat tentang virus berjaya untuk menyelamatkan nyawa, memperbaiki keadaan sumber air di kemudahan kesihatan, melatih pekerja kesihatan masyarakat tentang cara untuk mengesan dan merujuk pesakit yang dikhuatiri telah dijangkiti Ebola serta membina kapasiti untuk bertindak balas akan diteruskan."
"Cara terbaik untuk mengekang epidemik ini adalah dengan menyokong pekerja kesihatan barisan hadapan di Afrika Barat. Dalam hal ini, En. Allen jelas telah memainkan peranan kepimpinan yang wajar dicontohi," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AmeriCares Michael J. Nyenhuis. "Dengan sokongan yayasan itu, AmeriCares bakal membuat perubahan berkekalan daripada segi penyediaan penjagaan kesihatan dan mengembalikan keyakinan para pesakit dan pekerja kesihatan."
"Rakan kongsi Direct Relief yang sudah lama di Liberia dan Sierra Leone sedang bekerja dengan penuh beraninya untuk memerangi Ebola sambil menyelenggarakan perkhidmatan kesihatan penting untuk semuanya dan orang lain," kata Thomas Tighe, Ketua Pegawai Eksekutif Direct Relief. "Sokongan daripada En. Allen ini sangat penting bagi usaha kolaboratif Direct Relief untuk memenuhi keperluan mendesak dan sangat meluas bagi bekalan kritikal yang diperlukan untuk membendung penyakit ini dan merawat pesakit yang dijangkiti virus ini – serta menangani kesan beriak penyakit ini yang membinasakan ke atas sistem kesihatan lebih luas."
Sumbangan En. Allen Setakat Ini:
Sejak bermulanya letusan penyakit ini, En. Allen dan Yayasan Keluarga Paul G. Allen telah menitikberatkan usaha mencari, membiayai dan menyelaraskan penyelesaian strategik yang menangani keperluan yang paling kritikal dan boleh dijalankan dengan serta-merta. En. Allen juga telah mewujudkan TackleEbola.com untuk menyediakan cara yang mudah agar individu dapat menyumbang kepada organisasi tertentu dan membiayai keperluan tindak balas kritikal. Sehingga kini, En. Allen telah memperuntukkan pembiayaan bagi melaksanakan penyelesaian berikut:
Untuk maklumat lanjut, layari www.tackleebola.com dan ikuti @TackleEbola dan @PaulGAllen di Twitter atau Facebook.
Maklumat Perhubungan Akhbar:
Alexa Rudin
Vulcan Inc.
206-342-2230
alexar@vulcan.com
Dana Lengkeek
Burson-Marsteller
415-994-4008
dana.lengkeek@bm.com