omniture

Nikmati Tontonan Bola Sepak Luar Biasa dengan TV ULED Mini LED U7N Hisense, Televisyen Rasmi UEFA EURO 2024™

Hisense
2024-05-29 23:49 157

QINGDAO, China, 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, sebagai jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka, tersenarai di kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan menjadi rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Syarikat ini, yang terus berinovasi dalam pasaran dan produk berkualiti tertinggi, menunjukkan prestasi luar biasa menerusi televisyen bersaiz besarnya, dengan TV 100" mereka berada di kedudukan No. 1 secara global dari tahun 2023 hingga S1 2024. Tahun ini, Hisense memberikan anda 'padan-suai' untuk pengalaman menonton terunggul menerusi televisyen rasmi UEFA EURO 2024 dan televisyen ULED Mini LED wira kempen Hisense 'BEYOND GLORY' UEFA EURO 2024™, U7N.

Hisense is ranked No. 2 globally for TV shipments and No. 1 in 100" TV's in both 2023 and Q1 2024
Hisense is ranked No. 2 globally for TV shipments and No. 1 in 100" TV's in both 2023 and Q1 2024

Sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, Hisense membawa tontonan bola sepak anda ke tahap baharu dengan TV yang direka khusus untuk pemain dan peminat sukan. Untuk pengalaman sukan yang benar-benar menakjubkan, Mini LED memberikan keanggunan kegelapan sebenar dan kecerahan cemerlang dengan spektrum luas yang memperhebat setiap rona.

Warna Titik Kuantum menghasilkan gambar yang lebih realistik, dengan lebih satu bilion warna menambah kekayaan dan kedalaman. Pemalapan Setempat Tatasusunan Penuh dan Kecerahan Puncak memastikan anda sentiasa mendapat imej terbaik, daripada gelap yang paling gelap hingga putih yang paling terang.

Berikan kelebihan kepada permainan dan aksi sukan anda. Jamin kemenangan luar biasa dengan 144Hz Game Mode PRO. Mod Kependaman Rendah Auto dan kadar segar semula boleh ubah 144Hz mengikuti walaupun aksi yang paling sengit. Tiada lagi jeda input atau herotan bingkai yang menghalang anda.

Hisense ULED TV U7N
Hisense ULED TV U7N

Untuk jenis aksi yang berbeza, U7N membawakan kepada anda teknologi terus daripada pawagam. IMAX Enhanced, Dolby Vision dan Filmmaker Mode bekerjasama untuk menyampaikan gambar 4K yang luar biasa. Nikmati tontonan filem dan rancangan kegemaran anda seperti yang sepatutnya.

TV ULED Mini LED U7N bersedia untuk menyaksikan setiap detik penting aksi UEFA EURO 2024™ bersama anda. Bergantunglah kepada Hisense untuk menyampaikan pengalaman menonton permainan yang sempurna melalui produk TVnya yang inovatif.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan fokus kepada TV Pintar), peralatan rumah dan maklumat pintar IT. Hisense tersenarai di kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Hisense berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih daripada 160 negara.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Television New products/services