omniture

AECOM mengubah 'visi menjadi kenyataan' di Asia Pacific Rail 2024

AECOM
2024-05-29 23:58 23

BANGKOK, 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- AECOM, firma perunding infrastruktur yang dipercayai di dunia, dengan bangganya mengambil bahagian sebagai Penaja Emas di Asia Pacific Rail 2024 (persidangan) di Bangkok, Thailand. Acara industri terulung ini, yang diadakan di BITEC, Bangkok mulai 29-30 Mei 2024, merupakan gabungan antara kemajuan dan inovasi terkini dalam industri rel.

Di barisan hadapan kehadiran kami pada tahun ini ialah "From Vision to Reality: A New High-Speed Rail Playbook" AECOM, sebuah laporan yang memanfaatkan kepakaran rel berkelajuan tinggi (HSR) kami selama 30 tahun, menggabungkan keputusan daripada penyelidikan industri yang dijalankan dengan lebih 100 pembuat keputusan kanan yang terlibat dalam projek HSR di seluruh dunia. Buku panduan ini meninjau trend industri dan amalan terbaik untuk penyampaian HSR yang berjaya. Baca buku panduan ini di sini.

Kami juga akan berkongsi pandangan daripada pengalaman serantau dan global kami bagi penyerahan projek rel di persidangan ini. John Barker, Pengarah Transit Global – Projek Utama dan Rel Berkelajuan Tinggi, akan membincangkan amalan terbaik global dalam penyampaian HSR dan mendedahkan pandangan penting daripada tinjauan industri kami. Chris Lee, Pengarah Eksekutif Pengangkutan Kereta Api untuk Malaysia dan Yeap BH, Pengarah Teknikal Awam untuk Singapura, akan berkongsi kepakaran mereka tentang penerimaan digital dalam penyampaian metro serantau kolaboratif manakala Perran Coak, Pengarah Eksekutif Pengangkutan Kereta Api untuk Hong Kong, akan mengetuai perbincangan panel dalam kalangan pakar industri mengenai inisiatif rel mampan

"Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada Asia Pacific Rail 2024 dan untuk terlibat serta menyumbang kepada perbincangan penting untuk memajukan sektor rel di rantau ini, khususnya dalam bidang seperti kemampanan dan inovasi digital. Ini mengesahkan lagi komitmen kami untuk memacu perubahan positif dalam sektor rel melalui kepakaran dan pengalaman kami," kata Ian Chung, ketua eksekutif AECOM rantau Asia.

"Memandangkan Asia merupakan pasaran rel yang paling dinamik di peringkat global, kami mewujudkan standard baharu untuk menyampaikan sistem rel yang mampan, selamat, inklusif, inovatif dan andal di rantau ini. Dari Bangkok ke Kuala Lumpur dan Jakarta ke Singapura, Hong Kong dan Taipei, projek-projek rel utama kami mengurangkan kesesakan lalu lintas, menarik pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi."

Selain daripada sesi persidangan, kami akan memaparkan pengalaman kami dalam membangunkan projek-projek rel transit dan antara bandar bermula daripada konsep hingga operasi dengan paparan reruai kami, terletak di C21. Pameran kami akan menonjolkan pengalaman kami yang merangkumi kesemua jenis sistem alihan massa, termasuk rel berkelajuan tinggi, transit rel ringan dan rel komuter, serta pembangunan berorientasikan transit (TOD) termasuk reka bentuk stesen. Projek-projek rel Asia utama kami yang terkini yang akan ditampilkan termasuk Shatin to Central Link di Hong Kong, Bangkok Purple Line di Thailand, Laluan Transit Laju Massa Lembah Klang di Malaysia dan Thomson East Coast Line Stage 3 di Singapura.

AECOM ialah peneraju dalam sektor infrastruktur pengangkutan di Asia dan seluruh dunia. Sebagai bukti kedudukan utama kami dalam sektor pengangkutan dan rel di peringkat global, AECOM menduduki tempat pertama dalam kedua-dua kategori Pengangkutan dan Alihan Massa & Rel dalam edisi terkini Engineering News-Record dan menjadi nombor satu bagi Pengangkutan selama lebih sedekad. Di Asia, kami mempunyai Metro Hub di Malaysia, beroperasi sebagai pusat kecemerlangan serantau untuk rel bersama-sama pasukan pengangkutan pelbagai disiplin di Hong Kong dan Singapura, menyampaikan perkhidmatan profesional sepanjang kitaran hayat projek.

Ketahui lebih lanjut mengenai kehadiran kami di persidangan di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai keupayaan rel AECOM dan bagaimana kami mencipta legasi mampan, sila kunjungi Delivering a better world through rail.

AECOM participates as a Gold Sponsor at Asia Pacific Rail 2024 in Bangkok, Thailand, driving positive change through our innovative, world-class rail solutions.
AECOM participates as a Gold Sponsor at Asia Pacific Rail 2024 in Bangkok, Thailand, driving positive change through our innovative, world-class rail solutions.

 

AECOM’s latest major Asia rail projects include the Bangkok Purple Line in Thailand, the Shatin to Central Link in Hong Kong, the Klang Valley Mass Rapid Transit Lines in Malaysia, and the Thomson East Coast Line Stage 3 in Singapore (From top to bottom).
AECOM’s latest major Asia rail projects include the Bangkok Purple Line in Thailand, the Shatin to Central Link in Hong Kong, the Klang Valley Mass Rapid Transit Lines in Malaysia, and the Thomson East Coast Line Stage 3 in Singapore (From top to bottom).

Latar Belakang AECOM  

AECOM ialah firma perunding infrastruktur yang dipercayai di dunia, menyampaikan perkhidmatan profesional sepanjang kitaran hayat projek – bermula daripada khidmat nasihat, perancangan, reka bentuk dan kejuruteraan kepada pengurusan program dan pembinaan. Berhubung projek-projek yang merangkumi pengangkutan, bangunan, air, tenaga baharu dan alam sekitar, pelanggan sektor awam dan sektor swasta kami mempercayai kami untuk menyelesaikan cabaran mereka yang paling kompleks. Pasukan kami didorong oleh tujuan bersama untuk menyampaikan dunia yang lebih baik melalui kepakaran teknikal dan digital kami yang tiada tandingan, budaya ekuiti, kepelbagaian dan keterangkuman, serta komitmen kepada keutamaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus. AECOM ialah firma Fortune 500 dan perniagaan Perkhidmatan Profesional kami memperoleh hasil sebanyak USD$14.4 bilion pada tahun fiskal 2023. Lihat bagaimana kami menyampaikan legasi yang mampan untuk generasi-generasi akan datang di aecom.com dan @AECOM.

 

Source: AECOM
Keywords: Construction/Building