omniture

Jenama Teknologi Pertanian Terkemuka HUIDA TECH Bawakan Penyelesaian Pintar ke Agritechnica Asia 2024, Perkukuh Pembangunan dan Transformasi Industri

HUIDA TECH
2024-05-30 20:17 174

BANGKOK, 30 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Heilongjiang Huida Technology Co., Ltd. ("HUIDA TECH" ringkasnya), pengeluar yang terkemuka China bagi dron pertanian, sistem pandu auto traktor dan sistem pengairan pintar, membawakan produk dan penyelesaian pertanian utamanya termasuk dron pertanian, sistem navigasi dan pengairan pintar ke Agritechnica Asia 2024 yang berlangsung mulai 22 hingga 24 Mei di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Bangkok.

Pameran perdagangan utama untuk jentera dan peralatan pertanian di Asia ini dianjurkan secara bersama oleh The German Agricultural Society (DLG) dan VNU Exhibition Asia Pacific.

Huida Technology participate in the 2024 Hannover Agricultural Machinery Exhibition in Thailand
Huida Technology participate in the 2024 Hannover Agricultural Machinery Exhibition in Thailand

Dengan tumpuan untuk menyediakan penyelesaian pertanian yang sangat cekap, HUIDA TECH komited kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan peralatan canggih yang meliputi seluruh proses pertanian dan penuaian, yang diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai rangkaian pengeluaran pertanian di Thailand.

"HUIDA TECH telah lama berkecimpung dalam sektor pertanian, memahami secara mendalam keperluan praktikal untuk peralatan pintar. Kami terus menaik taraf keupayaan R&D serta pembuatan kami dan mewujudkan rangkaian jualan dan perkhidmatan global. Dengan memanfaatkan kelebihan R&D dan rantaian bekalan kami yang kukuh, kami memfokuskan kepada inovasi dan teknologi pintar bagi mengubah pertanian tradisional, memastikan kejituan, automasi dan operasi pintar," kata Faye Liang, ketua HUIDA TECH Rantau Asia-Pasifik.

Huida Technology’s agricultural drones, autopilot steering system, and  intelligent irrigation product displays
Huida Technology’s agricultural drones, autopilot steering system, and intelligent irrigation product displays

Penyelesaian dron pintar untuk meningkatkan kecekapan, ketepatan dan keselamatan dalam pertanian

Dron pertanian 540S yang terkini daripada HUIDA TECH benar-benar meningkatkan fungsi dan prestasi dengan HD540Pro semasa sebagai asas, terutamanya mengoptimumkan penyemburan, penyemaian, kawalan avionik dan elektrik bagi memenuhi keperluan pelbagai senario aplikasi. Sebagai perlindungan untuk ladang, 540S akan mencapai operasi pertanian yang lebih selamat, lebih tepat dan lebih cekap termasuk menyemai dan menyembur.

HUIDA TECH khususnya mencapai R&D bebas bagi kesemua komponen teras, membolehkan pengurusan proses pembangunan produk yang komprehensif.

Menavigasi hasil tanaman lebih besar dengan jitu

HUIDA TECH membangunkan sistem pandu auto jentera pertanian navigasi HD408 yang merealisasikan penentududukan berkejituan tinggi, navigasi inersia, kawalan automatik untuk operasi termasuk penyemaian, penghasilan alur, sungkupan, pembatasan dan banyak lagi.

HD408 bukan sahaja beroperasi tanpa henti sepanjang masa, tetapi juga meningkatkan penggunaan tanah dengan berkesan, ketepatan operasi, kecekapan sekali gus meningkatkan hasil tanaman serta faedah ekonomi.

Penyelesaian pengairan pintar untuk menjimatkan sumber dan kos

Dengan mengintegrasikan peralatan pemantauan dan kawalan pintar dengan perisian, sistem pengairan pintar HUIDA TECH dapat mengawal dengan tepat seluruh proses pengairan bermula dari bilik pam ke ladang – dengan pemantauan status masa nyata terhadap pertumbuhan tanaman, perosak dan penyakit serta persekitaran tanah yang digandingkan dengan pemodelan agronomik, tanaman dan tanah bagi memberikan pemahaman saintifik kepada penanam untuk membuat keputusan serta mengoptimumkan pengurusan penanaman. Sistem ini dijangka dapat menjimatkan 30 peratus air, 15 peratus baja dan buruh sebanyak 80 peratus bagi meningkatkan hasil tanaman sekali gus mengurangkan kos kendalian.

Thailand ialah negara pertanian yang paling penting di Asia Tenggara, ia merupakan pengeluar getah asli No.1 di dunia, pengeksport beras terkemuka dan negara utama yang menghasilkan dan mengeksport tanaman kontan termasuk ubi kayu, tebu dan jagung.

"Pasaran ini membawakan kedua-dua cabaran dan peluang, untuk HUIDA TECH, kami akan memfokuskan bukan sahaja untuk menggalakkan pembangunan produk pintar, tetapi juga memajukan penyetempatan produk, perkhidmatan dan penyelesaian kami dalam pasaran Asia Tenggara," kata Liang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.huidaagtech.com.

Source: HUIDA TECH
Keywords: Agriculture Computer/Electronics