omniture

Jurugambar Kenneth Willardt meraikan The Beauty Book dengan pameran realiti luasan subjek beliau yang ikonik seperti Lara Stone, Christian Slater, Paz de La Huerta, Georgia May Jagger dan ramai lagi.

Kenneth Willardt
2014-11-08 08:06 88

NEW YORK, 8 November 2014 /PRNewswire/ -- Bagi memperingati pelancaran buku seni pertama jurugambar Kenneth Willardt, The Beauty Book (teNeues, Musim Luruh 2014), pengkarya kelahiran Denmark itu bakal mempamerkan hasil karya beliau di 558 Gallery di Chelsea, New York.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141107/157223
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141107/157222
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141107/157224
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141107/157225
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141107/157226

The Beauty Book yang memaparkan 304 halaman yang tertera lebih 85 subjek Willardt yang paling disanjung – ialah buku fesyen interaktif pertama penerbit teNeues. App tontonan sampingan telefon pintar menganimasikan secara digital foto yang dipaparkan dalam buku itu, manakala pameran The Beauty Book pula akan menghidupkan semua karya ini sebagai hasil seni realiti luasan dalam galeri itu.

Walaupun hasil karya Willardt mempunyai kepelbagaian daripada segi tona dan subjek, semua orang daripada "Gigi to Gaga" (Gigi Hadid kepada Lady Gaga) telah diabadikan dalam gubahan berstruktur halus beliau serta nada keintiman yang menguatkan konsep kontemporari kita tentang kecantikan. Subjek seperti Jennifer Lopez, Hugh Laurie, Jane Fonda, Georgia May Jagger, Kelly Osbourne, Freida Pinto, Ryan Reynolds, Claudia Schiffer, Chloe Sevigny, Christian Slater, Lara Stone, Bar Refaeli, Alessandra Ambrosio, Laetitia Casta, Adriana Lima, Mads Mikkelsen dan ramai lagi dipaparkan dalam buku itu.

100 peratus daripada royalti yang didapati Kenneth Willardt daripada jualan The Beauty Book akan didermakan kepada Rescuers Without Borders (Sauveteurs Sans Frontieres/SSF), organisasi perubatan yang dikhususkan untuk menyelamatkan nyawa seluruh dunia tanpa mengira kerakyatan atau agama.

The Beauty Book akan dipamerkan di 558 Gallery mulai 8 November ke 7 Disember 2014, dengan malam perasmian dan acara pelancaran buku pada hari Jumaat, 7 November 2014. The Beauty Book kini boleh didapati untuk jualan daripada teNeues.com, dan daripada 558gallery.com dengan muka hadapan edisi terhad yang boleh digunakan sebagai kaki pamer.

App The Beauty Book boleh dimuat turun daripada iTunes Store dan daripada Google Play.

LATAR BELAKANG KENNETH WILLARDT
Sepanjang kerjaya beliau, jurugambar Kenneth Willardt telah mengabadikan pelbagai imej mengagumkan yang merupakan contoh unggul konsep kontemporari kita untuk kecantikan. Hasil karya editorial beliau telah diterbitkan dalam beberapa majalah seluruh dunia seperti Vogue (edisi China, Jepun, Brazil, Sepanyol serta Jerman), Vanity Fair Itali, Allure, Glamour (edisi UK dan AS), SELF, A Magazine, Berliner, GQ, dan Vs. Magazine. Para pelanggan pengiklanan beliau termasuklah: L'Oreal, Maybelline, Clinique, Christian Dior, Shiseido, Max Factor, Revlon, Neutrogena, Clairol, Garnier, Pantene, Aussie, Sunglass Hut, Kira Plastinina, Target dan juga Victoria's Secret.

 

Source: Kenneth Willardt
Keywords: Art Books Entertainment Publishing/Information Service New products/services