omniture

Singapura Bersedia Lebih Awal Manfaatkan Kecerdasan Buatan demi Masa Depan Lebih Baik

Infocomm Media Development Authority of Singapore
2024-05-30 21:12 83

SINGAPURA, 30 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Menteri Negara Kanan Komunikasi dan Penerangan Tan Kiat How melancarkan Rangka Tindakan Perusahaan Digital (DEB) di Asia Tech x Singapore (ATxSG) 2024 pada hari ini. Rangka Tindakan ini akan membolehkan PKS memanfaatkan teknologi, mengoptimumkan cara mereka bekerja dan mengukuhkan kebingkasan digital serta keselamatan siber dalam seluruh ekosistem. Sebanyak 50,000 PKS dijangka mendapat manfaat sepanjang lima tahun yang akan datang melalui empat bidang tumpuan utama:

1. Memperkasa perusahaan untuk menjadi lebih pintar dengan mengguna pakai penyelesaian didayakan-AI

2. Membolehkan perusahaan untuk meningkat lebih pantas melalui penyelesaian berasaskan-awan dan bersepadu

3. Melengkapkan perusahaan untuk menjadi lebih selamat melalui kebingkasan siber yang lebih baik

4. Menyokong perusahaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja bagi memanfaatkan sepenuhnya keupayaan digital

Tujuh rakan kongsi turut serta untuk mengikrarkan komitmen mereka, termasuk Singapore Business Federation, Singapore Computer Society, SGTech, Amazon Web Services, Google, Microsoft dan Salesforce.

Melalui kolaborasi bersama IMDA dan TechSkills Accelerator for ITE and Polytechnics Alliance, SGTech melancarkan Program Perantisan Teknologi bagi meluaskan laluan kerjaya siswazah dengan menyediakan akses kepada perantisan industri yang menawarkan peluang latihan dan pembangunan semasa bekerja. Sepanjang dua setengah tahun yang akan datang, SGTech bermatlamat untuk mempermudah penempatan sekurang-kurangnya 300 perantis yang merupakan ahli profesional baharu atau berada pada peringkat pertengahan kerjaya daripada latar belakang politeknik atau ITE serta memacu penerimaan amalan serupa yang menggalakkan pengambilan pekerja dan ketangkasan kerjaya yang lebih inklusif.

IMDA dan Singapore Academy of Law (SAL) menandatangani MoU yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor perundangan melalui penggunaan GenAI. Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, GPT-Legal, model bahasa besar baharu yang dikontekskan untuk sektor perundangan Singapura, akan dibangunkan secara bersama. Model ini akan diintegrasikan ke dalam platform penyelidikan SAL LawNet, yang boleh diakses oleh 75% peguam Singapura. SAL juga akan menandatangani MoU dengan National University of Singapore dan AI Singapore bagi membangunkan keupayaan AI dan mewujudkan pensijilan untuk mengiktiraf pakar-pakar AI dalam profesion undang-undang.

Di samping itu, Tribe and Digital Industry Singapore mengumumkan satu kolaborasi bersama NVIDIA bagi melancarkan Ignition AI Accelerator untuk syarikat-syarikat pemula AI bagi mencipta dan membawa ke pasaran gelombang kemajuan seterusnya dalam penyelesaian AI. Program ini akan memupuk 15 syarikat pemula yang berpotensi tinggi, melengkapkan mereka dengan sokongan menyeluruh yang meliputi keperluan perniagaan serta teknikal. NVIDIA dan Tribe juga akan berkolaborasi dengan EnterpriseSG bagi menawarkan sokongan pendanaan syarikat pemula AI yang berkelayakan melalui skim Startup SG Tech dan membantu mereka melalui proses Akreditasi IMDA.

Singapura menjadi tuan rumah kepada mesyuarat akhir Badan Penasihat Kecerdasan Buatan (AIAB) Setiausaha Agung PBB mulai 28-29 Mei. Sebagai sebahagian daripada agenda ini, Singapura menjadi pemudahcara sesi penglibatan antara AIAB dan Digital Forum of Small States (Digital FOSS). Felow Digital FOSS bertukar-tukar pandangan bersama anggota-anggota AIAB mengenai topik tadbir urus AI, khususnya berhubung implikasi dan cabaran yang dihadapi oleh negeri-negeri kecil. Melalui usaha sedemikian, Singapura bermatlamat untuk menggalakkan pendekatan yang lebih inklusif ke arah membentuk tadbir urus AI dan digital global.

Hubungi:
atxsg.imda@omnicomprgroup.com

Source: Infocomm Media Development Authority of Singapore
Keywords: Computer/Electronics Artificial Intelligence