omniture

Bagaimana Pemimpin HR Terkemuka Memacu Transformasi di Malaysia?

IQPC Worldwide
2014-11-10 10:30 102

SINGAPURA, 10 November 2014  /PRNewswire/ -- Dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 4.68 peratus sejak 5 tahun lalu, Malaysia mengalami perubahan besar-besaran dalam struktur ekonominya. Sementara itu, peranan Sumber Manusia (HR) turut mengalami transformasi revolusioner yang menarik. Para pemimpin HR terus melangkah maju dengan memainkan peranan strategik bagi menyediakan perkhidmatan nilai tambahan dan membantu perniagaan mereka menangani segala cabaran pada peringkat global.

Bagi membantu transformasi ini, Rangkaian Perkongsian Perkhidmatan dan Penyumberan Luar (SSON) dengan bangganya mengumumkan pelancaran Persidangan Transformasi Sumber Manusia & Perkongsian Perkhidmatan Malaysia (www.hrtransformationmalaysia.com).

Persidangan yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Januari di Kuala Lumpur ini akan menghimpunkan lebih 20 pemimpin HR terkenal dalam pelbagai industri bagi berkongsi pandangan untuk membangunkan perusahaan yang tangkas melalui perkongsian perkhidmatan yang dipertingkat, sistem HR yang mantap serta strategi oleh individu berwawasan. Persidangan tersebut adalah satu-satunya wadah bagi mendapatkan khidmat nasihat khusus daripada para pengamal yang diiktiraf industri tentang cara mencapai kecemerlangan pengendalian dan memajukan pusat perkongsian perkhidmatan HR.

"SSON mempunyai lebih 70,000 anggota kanan perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar. Oleh yang demikian, kami mampu memahami dengan mendalam dan turut berkongsi contoh sebenar bagaimana para pemimpin HR SSO di dunia memanfaatkan amalan terbaik pada peringkat global. Kami telah pun mengadakan persidangan perkongsian perkhidmatan di Asia sejak 12 tahun lalu dan di Malaysia sejak 4 tahun lalu," kata Scarlett Hao, penerbit kanan persidangan di SSON.

"Pada tahun 2015, kami akan memperkenalkan persidangan Transformasi Sumber Manusia & Perkongsian Perkhidmatan di Malaysia kerana kami telah menyaksikan pertumbuhan besar-besaran daripada segi skala dan jumlah selain peningkatan yang ketara dalam kualiti serta nilai melalui beberapa pusat perkongsian perkhidmatan HR di Malaysia. Kami juga berharap dapat membantu komuniti SSO bagi membincangkan dan menyelesaikan cabaran utama mereka di persidangan ini!"

Pendaftaran untuk Persidangan Transformasi Sumber Manusia & Perkongsian Perkhidmatan Malaysia kini dibuka di www.hrtransformationmalaysia.com dan http://www.customerexperienceasia.com/. Senarai lengkap penyampai dan butiran penuh program juga disediakan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi enquiry@iqpc.com.sg atau +65-6722-9388.

Acara: Persidangan Transformasi Sumber Manusia & Perkongsian Perkhidmatan Malaysia
Tarikh: 27 hingga 29 Januari 2015
Tempat: Grand Millennium Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Web: www.hrtransformationmalaysia.com

Source: IQPC Worldwide
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Trade show news