KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Jenama penjagaan kulit yang menjadi pilihan dalam kalangan pakar dermatologi, COSRX dengan gembiranya mengumumkan pelancaran Cabaran TikTok #AffiliateWithCOSRX, bermula dari 15 April hingga 31 Julai 2024. Inisiatif sepanjang empat bulan ini bertujuan memberi peluang kepada pencinta penjagaan kulit untuk melakukan apa disukai oleh mereka dengan lebih banyak lagi – iaitu mencuba produk penjagaan kulit, berkongsi pandangan mereka melalui kandungan menarik, menangi hadiah hebat dan dalam masa yang sama memperoleh sedikit wang tunai secara sampingan!
Kempen ini dirancang untuk menghubungkan COSRX dengan komuniti TikTok yang bertenaga yang terdiri daripada pempengaruh yang sedang meningkat naik, memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan kreativiti mereka dan meluaskan kehadiran dalam talian mereka dan dalam masa yang sama menikmati pelbagai ganjaran. Dengan menyertai program gabungan TikTok dan menandakan (tag) kedai TikTok COSRX (@cosrx_my) rasmi dalam bakul kuning mereka, pempengaruh dapat menjana wang daripada kandungan mereka. Iaitu, setiap kali penonton mereka mengklik pautan unik dan membuat pembelian, pempengaruh mendapat komisen.
Cara Menyertai:
Menyertai Cabaran TikTok #AffiliateWithCOSRX adalah sangat mudah:
Faedah:
Hasilkan kandungan dan peroleh komisen sehingga 15%. Selain daripada faedah ini, setiap bulan, COSRX akan memilih satu pemenang terbaik untuk menerima sepasang AirPods.
Tarikh Pengumuman:
Pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat kedua setiap bulan melalui saluran rasmi TikTok COSRX.
Hadiah Utama:
COSRX akan memilih dua peserta yang akan menerima lawatan eksklusif ke Korea Selatan. Ini termasuk penerbangan, penginapan dan peluang unik untuk melawat ibu pejabat COSRX sebagai satu perjalanan untuk dikenang. Agar layak untuk mendapat peluang ini, peserta harus menyerahkan sekurang-kurangnya 30 kandungan, yang menandakan produk COSRX dalam bakul kuning dan menyertakan tanda pagar utama #AffiliateWithCOSRX #COSRX #COSRXMY dan #COSRXMalaysia.
Jadi, mulakan langkah. Sertai cabaran #AffiliateWithCOSRX untuk memenangi peluang sekali seumur hidup!
LATAR BELAKANG COSRX
Menerusi penyelesaian penjagaan kulitnya yang hebat lagi berpatutan, COSRX serta-merta menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran dunia. Menggunakan jumlah minimum ekstrak semula jadi yang amat berkesan dalam dos pekat, produk COSRX memberi hasil yang boleh dilihat dengan merawat kulit hanya dengan asas-asas yang diperlukan dan tidak melibatkan sebarang unsur yang tidak diperlukan. Dapatkan penyelesaian penjagaan kulit paling laris terjual daripada penjual di seluruh negara termasuk Malaysia TikTok Shop, Shopee dan Watsons Malaysia.