omniture

Hikvision keluarkan laporan ESG keenam, tonjolkan komitmen kepada 'Tech for Good'

Hikvision Digital Technology
2024-05-31 16:48 72

HANGZHOU, China, 31 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hikvision menerbitkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2023, mendedahkan amalan dan prestasi ESGnya bagi tahun keenam berturut-turut. Laporan ini menawarkan gambaran yang komprehensif terhadap fokus Hikvision kepada kemampanan serta keutamaan dan tindakan ESGnya, mengesahkan sekali lagi komitmen syarikat untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat dengan teknologi yang inovatif dan mampan.

Hikvision releases its sixth ESG report, highlighting the commitment to ‘Tech for Good’
Hikvision releases its sixth ESG report, highlighting the commitment to ‘Tech for Good’

"Mengamalkan etos 'Tech for Good', mematuhi 'pragmatisme' dan meneroka transformasi 'Hijau', Hikvision memanfaatkan produk kami bagi menyampaikan nilai pembangunan mampan," kata Huang Fanghong, Ketua Pegawai Pematuhan dan Naib Presiden Kanan syarikat. "Kami benar-benar percaya bahawa bersama-sama momentum transformasi digital dan kemajuan teknologi, kami akan mencapai pertumbuhan yang stabil dan mampan."

Dengan kepercayaan bahawa teknologi memainkan peranan yang penting dalam mendorong kesejahteraan keseluruhan, Hikvision merumuskan rangka kerja pengurusan ESG dengan "Tech for Good" ("Teknologi demi Kebaikan") sebagai terasnya. Dengan mengutamakan misi ini, tahun 2023 digambarkan oleh komitmen berterusan syarikat terhadap inovasi berpacukan kemampanan untuk memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan. Dengan memanfaatkan teknologi termaju, Hikvision berusaha untuk melindungi peninggalan sejarah, mencegah pencemaran air dan udara, serta meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam pembuatan. Tambahan pula, syarikat ini menyumbang untuk menyediakan lebih banyak sumber pendidikan kepada kanak-kanak di kawasan terpencil, memastikan penuaian epal yang banyak dan melindungi hidupan liar, memenuhi peranannya untuk meneruskan aspirasi demi membina dunia yang lebih baik.

Selain daripada menyumbang kembali kepada masyarakat dengan teknologi yang inovatif, Hikvision memberi penekanan tinggi kepada integriti dan pematuhan, pembangunan rendah karbon serta hubungan yang harmoni bersama pekerja, rakan kongsi dan masyarakat, mengintegrasikan prinsip-prinsip ini ke dalam rangka kerja pengurusan ESG.

Hikvision 2023 ESG report highlights
Hikvision 2023 ESG report highlights

Sorotan prestasi ESG dalam tempoh pelaporan termasuk:

  • Syarikat mengeluarkan Dasar Hak Asasi Manusia Global Hikvision, menerapkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia dalam tadbir urus dan operasi syarikat.
  • Hikvision merumuskan dan memperkenalkan Prosedur Pengurusan untuk Emisi Gas Rumah Hijau, bertujuan untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau (GHG) dan menggalakkan operasi rendah karbon.
  • Hikvision mengintegrasikan selanjutnya prinsip-prinsip mesra alam ke dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, reka bentuk, pembungkusan dan penggunaan. Dengan memperoleh pengesahan jejak karbon bagi produk-produk wakilan, syarikat menilai emisi GHG dalam seluruh kitaran hayat produk bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan.
  • Di samping mendorong penjimatan tenaga, Hikvision turut memajukan perolehan kuasa hijau secara proaktif. Pada tahun 2023, sekitar 12,533.7 MWj kuasa dijana oleh sistem fotovolta yang digunakan di pangkalan pembuatan syarikat.
  • Hikvision terus memacu pembangunan mampan melalui inovasi, memenangi 1,884 paten ciptaan pada tahun 2023. Pelaburan R&D syarikat mencecah RMB 11.39 bilion, meningkat 16.08% berbanding tahun sebelumnya.
  • Dengan mematuhi perolehan yang bertanggungjawab, Hikvision terus meningkatkan pengurusan pembekal. 100% daripada pembekal baharu syarikat telah disaring menggunakan kriteria alam sekitar dan sosial.
  • Hikvision menyediakan satu siri latihan kepada pekerjanya bagi menyokong pembangunan peribadi dan profesional mereka, dengan jumlah masa latihan mencecah 1,534,482 jam.
  • Pekerja Hikvision terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan, mengkhususkan lebih 20,000 jam perkhidmatan secara kolektif.

Anda boleh melihat dan memuat turun laporan penuh ESG di sini.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Corporate Social Responsibility Environmental Issues