omniture

Bermain dengan Nombor Satu: Haier Beraksi di Paris sebagai Rakan Kongsi Rasmi Roland-Garros

Haier Group
2024-05-31 20:54 32

Kuasa, kecerdasan dan keanggunan Haier di gelanggang pada salah satu acara antarabangsa paling penting dalam dunia tenis

PARIS, 31 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Haier, jenama nombor satu dalam sektor perkakas rumah*, sedang berbaris bersama-sama jaguh tenis terhebat sebagai Rakan Kongsi Rasmi di kejohanan Roland-Garros, yang turut dikenali sebagai Terbuka Perancis, yang berlangsung mulai 26 Mei hingga 9 Jun di Paris.

Play with the Number Ones: Haier Stars in Paris as Official Partner of Roland-Garros
Play with the Number Ones: Haier Stars in Paris as Official Partner of Roland-Garros

Keanggunan, kejituan dan persembahan yang luar biasa merupakan kualiti yang dicari-cari oleh peminat tenis, yang berjumlah lebih 1 bilion di seluruh dunia. Ciri-ciri ini menjadikan peranan Haier sebagai Rakan Kongsi Rasmi sesuai secara semula jadi, memandangkan jenama ini sentiasa menjadi pencipta pengalaman dan ekosistem luar biasa yang disesuaikan dengan setiap keinginan.

Bagi tahun 2024 dan 2025, Haier akan menjadi rakan kongsi kejohanan tenis antarabangsa yang paling berprestij, menyokong juara sukan ini yang berkongsi nilai-nilai jenama ini: dedikasi penuh untuk mencapai tahap kecemerlangan tertinggi dan perhatian yang teliti terhadap setiap perincian. Untuk menjadi yang terbaik di dunia, anda perlu jitu, perhatian kepada perincian dan gaya yang sungguh baik, ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-dua atlet terhebat dan penyelesaian terhubung Haier.

Roland-Garros akan menjadi kesempatan untuk mempersembahkan duta antarabangsa Haier yang baharu dalam bidang aktiviti tenis: Ana Ivanovic, bekas pemain tenis No. 1 dunia. Duta yang akan menjadi wajah jenama untuk seluruh pertandingan, menyumbang kepada kebolehingatan, kerelevanan dan penglibatan khalayak. Ana Ivanovic telah memenangi lima belas kejohanan perseorangan WTA dalam kerjayanya, termasuk Roland-Garros pada tahun 2008, apabila beliau meraih nombor satu dalam senarai kedudukan WTA.

"Dengan memilih seorang atlet tenis sebagai duta kami, kami akan dapat menumbuhkan rasa keaslian dan mengukuhkan hubungan bersama peminat tenis," kata Gianpiero Morbello, Ketua Strategi Jenama dan IoT Haier Europe. "Untuk menjadi nombor satu, anda harus percaya dengan bakat anda, menumpukan perhatian dan komitmen, serta sentiasa mencari peluang kecemerlangan. Roland-Garros ialah persekitaran yang menarik untuk mempersembahkan Ana dan nilai-nilai yang dikongsi bersama Haier dan, seterusnya bersama dunia tenis. Inilah sebabnya mengapa kehadiran kami di padang dan di bandar Paris akan sesuatu yang amat besar, dengan kempen 360° mempamerkan inovasi, reka bentuk dan kesempurnaan perincian yang dicari-cari oleh jenama ini".

Haier akan menikmati keterlihatan istimewa di tepi gelanggang dan juga akan mendapat pentas di Fan Village dengan penyelesaian berteknologi tinggi dan gaya uniknya dipamerkan demi pengalaman yang dicipta khas untuk acara ini. Di sini pengunjung akan dapat menyerap suasana tetamu istimewa, penyokong dan komuniti antarabangsa yang berhimpun untuk kejohanan ini. Pengunjung akan mendapat peluang unik untuk berinteraksi dengan penyelesaian Haier dan berseronok dengan aktiviti bertema sukan khas.

Promosi 360° akan menjadikan Haier sebagai protagonis dalam talian menerusi kempen digital dan aktiviti rangkaian sosial khusus, begitu juga peranan utama di Paris dengan iklan sensasi yang akan melengkapkan pemandangan menakjubkan dari Pont du Beaugrenelle dan penguasaan di stesen metro.

Perkongsian dengan dunia tenis ini benar-benar sejajar dengan strategi Haier untuk semakin berhubung dengan yang luar biasa dan khalayak sasarannya: pengguna yang menggemari reka bentuk elegan, penyesuaian dan prestasi terbaik.

Selain daripada Kejohanan Roland-Garros, Haier akan bekerjasama dengan acara-acara peringkat teratas bagi tahun 2024 dan 2025, termasuk Mutua Madrid Open, Nitto ATP Finals dan Rolex Paris Masters. Kejohanan Terbuka Hamburg ATP 500 dan dua kejohanan ATP 250, Playa Laguna Croatia Open Umag dan Terbuka Eropah (Antwerp), melengkapkan portfolio acara Haier dalam sukan tenis.

Latar Belakang Haier Group

Ditubuhkan pada tahun 1984, Haier Group ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian kehidupan dan transformasi digital yang lebih baik. Berdasarkan kepada tujuan "Lebih Banyak Penciptaan, Lebih Banyak Kemungkinan", kami sentiasa menumpukan kepada pengguna, berpegang kepada teknologi asal dan membina landskap dengan dua tonggak, Kehidupan Pintar dan Internet Perindustrian. Kami telahpun membina 10 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta 143 pusat pembuatan di seluruh dunia. Kami merupakan satu-satunya jenama ekosistem IoT di dunia yang dimasukkan ke dalam senarai Jenama Global Paling Berharga 100 Teratas Kantar BrandZ selama lima tahun berturut-turut dan kami memegang kedudukan No.1 bagi Jenama Perkakas Utama Global Euromonitor selama 15 tahun berturut-turut.

Source: Haier Group
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements