omniture

/C O R R E C T I O N -- Phygital International/

Phygital International
2024-06-04 15:57 77

Dalam siaran berita, UAE BAKAL MENJADI TUAN RUMAH KEPADA SUKAN MASA DEPAN 2025, yang dikeluarkan June 3, 2024 oleh Phygital International melalui PR Newswire, nama acara "Games of the Future" hendaklah dalam bahasa Inggeris. Siaran yang lengkap dan diperbetulkan adalah seperti berikut:

UAE BAKAL MENJADI TUAN RUMAH KEPADA GAMES OF THE FUTURE 2025

Phygital International mengumumkan pemilihan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai tuan rumah kepada Games of the Future 2025

ISTANBUL, 4 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Berikutan proses pembidaan yang sangat kompetitif, dengan penyertaan minat daripada sembilan pembida berpotensi, UAE telah diisytiharkan sebagai tuan rumah dan destinasi rasmi Games of the Future 2025 semasa Sidang Kemuncak Fizital Sedunia yang pertama di Istanbul, Turki.

United Arab Emirates confirmed as host of the Games of the Future 2025. Pictured: Miray Özdoğan; Nis Hatt, CEO of Phygital International and World Phygital Community; Rene Fasal, Head of the World Phygital Community; and Consul General H.E Saeed Abdulwahid Khamis R Saqer AlMheiri of the United Arab Emirates, at the World Phygital Summit 2024, Istanbul, Turkey.

Emiriah Arab Bersatu membuktikan mereka sebagai destinasi pilihan semasa proses pembidaan untuk menjadi tuan rumah Games of the Future 2025 dengan jelas menunjukkan kredibiliti negara ini sebagai hab global dengan infrastruktur bertaraf dunia dan pengalaman luas dalam menganjurkan serta menyampaikan acara antarabangsa terkemuka. Pengalaman luas ini, digabungkan dengan komitmen kuat sepanjang semua peringkat proses pembidaan dari kepimpinan tertinggi negara, membawa kepada keputusan sebulat suara oleh penyelaras pembidaan pakar Phygital International untuk menganugerahkan penghormatan sebagai tuan rumah Games of the Future 2025 kepada UAE.

Games of the Future 2025 merupakan acara kemuncak dalam sukan fizital. Sukan ini adalah kejohanan antarabangsa yang menghimpunkan wira sukan dinamik generasi akan datang dari seluruh dunia: ribuan atlet seimbang yang menunjukkan kemahiran unggul dalam kedua-dua pertandingan fizikal dan digital. Lebih daripada 300 pasukan antarabangsa dijangka akan mengambil bahagian dalam acara pelbagai sukan yang akan menampilkan beberapa cabaran dalam pelbagai disiplin termasuk bola sepak fizital, hoki fizital, papan selaju fizital dan banyak lagi.

Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International, mengulas: "Kami berbesar hati untuk mengumumkan UAE sebagai tuan rumah Games of the Future 2025. Populariti global sukan fizital semakin meningkat dari hari ke hari, dan kami mengharapkan kejohanan penuh penonton lagi pada tahun depan. Kami sangat gembira untuk meneruskan semangat fizital kepada UAE yang telah menunjukkan penawaran terbaik yang cemerlang, dan komitmen jangka panjang yang jelas untuk membangunkan penduduk yang sihat dan aktif, membuat saya yakin bahawa acara ini akan menjadi kejayaan besar. Mari sambut Games of the Future 2025!"

Yang Mulia Ghanim Al Hajeri, Pengarah, Pihak Berkuasa Am Sukan, UAE: "Membawa Games of the Future 2025 ke Emiriah Arab Bersatu merupakan saat yang mengujakan dalam menentukan semula sukan antarabangsa untuk dunia moden. Kami bangga menjadi tuan rumah kejohanan inovatif dan unik ini yang menggabungkan teknologi terkini, permainan video popular dan sukan tradisional. Kami yakin bahawa menjadi tuan rumah Games of the Future 2025 tidak hanya akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemimpin dalam dunia sukan, tetapi juga memberi insentif kepada komuniti digital negara kami untuk gaya hidup aktif dan membantu kami mencapai matlamat sukan kebangsaan kami iaitu 75% populasi aktif menjelang tahun 2031."

Games of the Future tidak menetapkan sebarang sekatan kepada peserta sukan ini dan mengalu-alukan semua orang, tanpa mengira usia, jantina dan kewarganegaraan. Phygital International mengharapkan Games of the Future 2025 di UAE akan menyambut ribuan atlet dunia dan perwakilan e-sukan dari sebanyak 100 negara, sebagai sebahagian daripada pasukan kebangsaan dan antarabangsa. Sukan ini begitu popular sehingga proses pembidaan negara tuan rumah bagi Games of the Future 2026 dan 2027 sudah berlangsung dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Catatan kepada Editor

Phygital International ialah penganjur sukan fizital (phygital) di peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Organisasi ini merupakan penjaga Games of the Future, pengendali kejohanan, dan mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.

Komuniti Fizital Sedunia menyediakan platform untuk pasukan memasuki Games of the Future dengan mengawal selia dan mempromosikan sukan fizital di seluruh dunia melalui rangkaian ahli.

Games of the Future ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan fizital.

generated by system

generated by system

generated by system

United Arab Emirates confirmed as host of the Games of the Future 2025. Pictured: Miray Özdoğan; Nis Hatt, CEO of Phygital International and World Phygital Community; Rene Fasal, Head of the World Phygital Community; and Consul General H.E Saeed Abdulwahid Khamis R Saqer AlMheiri of the United Arab Emirates, at the World Phygital Summit 2024, Istanbul, Turkey.
United Arab Emirates confirmed as host of the Games of the Future 2025. Pictured: Miray Özdoğan; Nis Hatt, CEO of Phygital International and World Phygital Community; Rene Fasal, Head of the World Phygital Community; and Consul General H.E Saeed Abdulwahid Khamis R Saqer AlMheiri of the United Arab Emirates, at the World Phygital Summit 2024, Istanbul, Turkey.

United Arab Emirates confirmed as host of the Games of the Future 2025. Pictured: Nis Hatt, CEO of Phygital International and World Phygital Community; Rene Fasal, Head of the World Phygital Community; and Consul General H.E Saeed Abdulwahid Khamis R Saqer AlMheiri of the United Arab Emirates, at the World Phygital Summit 2024, Istanbul, Turkey.

United Arab Emirates confirmed as host of the Games of the Future 2025. Pictured: Nis Hatt, CEO of Phygital International and World Phygital Community; and Consul General H.E Saeed Abdulwahid Khamis R Saqer AlMheiri of the United Arab Emirates, at the World Phygital Summit 2024, Istanbul, Turkey.

Source: Phygital International
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Future Events