omniture

NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific Perkenal Barisan Tambahan dengan Jenama Global Terunggul dan Penceramah Disegani Bersedia Transformasikan Industri

Comexposium Asia Pacific
2024-06-03 16:30 83

Barisan Penceramah Tambahan termasuk tokoh-tokoh daripada Domino's, Li & Fung, Mo ë t Hennessy, Nike, Wumart dan ramai lagi

SINGAPURA, 3 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Penganjur acara bertaraf global Comexposium hari ini mengumumkan tambahan barisan para penceramah yang terkenal di dunia dan jenama-jenama yang mengambil bahagian untuk NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific, yang akan diadakan di Singapura pada 11-13 Jun 2024 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.

Bertemakan "Fast Track Your Success" ("Percepatkan Kejayaan Anda"), NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific (APAC) akan membawakan barisan hebat program persidangan, pameran dan lawatan kedai runcit sepanjang acara selama tiga hari dalam bulan Jun.

Senarai tambahan penceramah persidangan yang dihormati termasuk:

  • Christopher Thomas-Moore, Ketua Pegawai Digital, Domino's
  • Jason Kra, Presiden, AS, Li & Fung
  • Laurent Boidevezi, Presiden, Asia Pasifik, Moët Hennessy
  • Greg Merrill, Ketua Global Transformasi Digital, Nike
  • Xu Ying, Presiden, Wumei Technology Group (Wumart)

Christopher Thomas-Moore, Ketua Pegawai Digital di Domino's, akan menyampaikan ucaptama pembukaan berdasarkan kekayaan pengalaman beliau dalam e-dagang, pemasaran digital dan teknologi runcit serta memahami dan meningkatkan pengalaman pelanggan dalam era digital.

Laurent Boidevezi, Presiden Asia Pasifik di Moët Hennessy, bahagian wain dan minuman keras LVMH, akan menyampaikan ucaptama yang mana beliau akan berkongsi visi beliau untuk strategi runcit bahagian ini dan peranan peruncit dalam strategi penglibatan pengguna Moët Hennessy.

Greg Merrill daripada Nike akan mengetuai perbualan santai mengenai masa depan runcit dalam era perdagangan yang mana jangkaan pelanggan mengatasi segala-galanya, berkongsi perspektif dan pandangan beliau mengenai kemunculan "perdagangan di mana-mana", kuasa komuniti dan budaya serta apa yang erti semua ini kepada peruncit global, penginovasi teknologi dan syarikat pemula yang berkhidmat di rantau APAC.

"Kami berasa teruja untuk mengalu-alukan barisan penceramah luar biasa dan tambahan ke NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific. Tahun ini, kami menghimpunkan beberapa minda yang paling berpengaruh dan kreatif dari seluruh dunia untuk berkongsi pandangan dan inovasi mereka. Hadirin kami bersedia untuk memperoleh pengalaman yang benar-benar transformatif yang akan membentuk masa depan runcit di APAC," kata Ryf Quail, Pengarah Urusan, NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific, Comexposium. "Menginovasi model runcit bukan sahaja agar seiring dengan teknologi, yang pastinya dapat mentakrifkan semula masa depan runcit, tetapi lebih penting lagi, ia tentang memahami dan memberi respons kepada keperluan pengguna dengan ketangkasan dan kreativiti, yang merupakan kunci untuk menjamin masa depan yang berkembang maju untuk sektor runcit."

NRF Innovation Lab, sorotan utama dalam acara tiga hari ini, akan mempamerkan teknologi runcit paling berwawasan yang tersedia dalam pasaran hari ini, mencakupi AI, AR/VR, pembelajaran mesin, analitik data dan Web3, daripada tetapi tidak terhad kepada para penginovasi yang mengambil bahagian berikut:

  • ViSenze: Platform AI automatik ViSenze memperkasa peniaga runcit untuk meningkatkan hasil dengan menyampaikan pengalaman luar biasa yang menjadikannya lebih mudah untuk pembeli-belah menemui produk.
  • Undocked: Membawakan platform teknologi iklan berpaten-Adpaka yang menyediakan kepekaan-konteks serta kerelevenan-iklan yang tiada tandingan.
  • Shopreme: Peneraju teknologi global dalam sektor imbas-dan-jalan.
  • MishiPay: MishiPay memperkasa pembeli-belah untuk mengimbas dan membayar barang-barang belian mereka dengan telefon pintar menggunakan pelbagai jenis kaedah pembayaran.
  • Whale: Memperkasa peruncit dan jenama global untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan mempererat hubungan pelanggan dengan memacu pendigitalan.
  • svarmony: Penyedia bagi inovasi realiti lanjutan
  • TROLLEE: Memperkasa peruncitan luar talian dengan penyelesaian digital dan pintar untuk mencipta ekologi baharu peruncitan pintar.
  • Trustana: Membantu peruncit, pengedar dan pemilik jenama mengewangkan data produk mereka dan memacu pengalaman pembelian unggul untuk pelanggan.
  • ZERO10: Produk utamanya AR Mirror menawarkan pengalaman cuba-cuba masa nyata dan memperkasa jenama untuk berinteraksi dengan audiens mereka.

"Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada masa depan runcit di NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific. Sertai kami untuk meneroka idea rintis, berhubung dengan pemimpin tertinggi dan mengalami teknologi yang mentakrifkan semula apa yang mungkin dicapai dalam bidang peruncitan. Dapatkan tempat anda hari ini dan berada di barisan hadapan untuk mentransformasikan runcit di APAC," tambah Quail.

Pas persidangan dan pameran sedia dibeli melalui https://www.gevme.com/NRF-2024-Retails-Big-Show-Asia-Pacific. Hanya tinggal 80 tiket saja lagi, dapatkan tiket anda untuk tidak terlepas peluang.

Latar Belakang NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific 
Acara runcit yang paling penting di Asia Pasifik berlangsung di Singapura mulai 11-13 Jun 2024. Edisi Asia Pasifik ini menghimpunkan pemimpin industri runcit dari seluruh rantau ini untuk berkolaborasi di pentas Pan Asia Pasifik. Dapatkan inspirasi daripada pemimpin runcit terbesar di seluruh Asia Pasifik di Retail's Big Show Asia Pacific dalam salah satu pasaran yang berkembang paling pantas di dunia. Golongan profesional runcit dari seluruh dunia dapat mengalami tiga hari program pendidikan, Ekspo menyeluruh yang membawakan penyelesaian runcit terkini, serta Makmal Inovasi dan Zon Pemula yang menampilkan teknologi rintis dalam sektor runcit Asia Pasifik. https://nrfbigshowapac.nrf.com 

 

Source: Comexposium Asia Pacific
Related Stocks:
Singapore:CXPM
Keywords: Banking/Financial Service