omniture

ATxSG2024: Sunwave Tonjol Inovasi Tanpa Wayar dan Satelit

Sunwave Communications
2024-06-03 19:37 44

SINGAPURA, 3 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya ATxSG 2024 mulai 29 hingga 31 Mei, Sunwave menjadi tumpuan di di Pusat Pameran Singapura, mempamerkan inovasi rangkaian tanpa wayar, liputan, keselamatan dan komunikasi satelit dalam kalangan lebih 200 peserta pameran.


Di pameran ini, Sunwave membawakan Sistem Keselamatan AI dan Platform Maritim Pintar yang dilancarkan oleh Marinesat, subsidiari Sunwave, yang memfokuskan kepada komunikasi satelit. Dengan memanfaatkan satelit jalur lebar dan AI, Sistem Pengurusan Kapal Pintar menyampaikan data operasi masa nyata dan meningkatkan keselamatan kapal. Setakat tahun 2023, Marinesat menyediakan komunikasi satelit kepada lebih 5000 kapal di seluruh dunia, lantas menjadikannya salah satu penyedia komunikasi satelit maritim yang terbesar di Asia.

Produk DAS generasi ke-3 mempunyai kadar gentian dinaik taraf kepada 25 Gbps, dengan lebar jalur saluran tunggal bertambah daripada 100 MHz kepada 300 MHz dan menyokong lebar jalur maksimum sehingga 2400 MHz untuk seluruh sistem DAS.

Baru-baru ini, Sunwave menerima pujian kerana melaksanakan projek komunikasi laluan bawah tanah di Singapura. Dengan berjuta-juta penumpang bergantung kepada MRT Singapura setiap hari, ketersambungan rangkaian yang stabil adalah sangat penting. Penyelesaian berbilang rangkaian tersuai Sunwave menyepadukan 2G, 3G dan 4G, memastikan liputan yang komprehensif serta meningkatkan pengalaman perjalanan penumpang.

Sunwave mempamerkan penyelesaian 4G/5G termaju dengan platform ORAN dan vRAN terbuka menerusi kadar pengguna puncak 2.8 Gbps dalam mod CA serta mengaktifkan sehingga 400 pengguna setiap sel, lalu memenuhi keperluan senario berprestasi tinggi yang pelbagai. Penyelesaian 5G persendirian memperkasa lebih 100 projek di peringkat global.

Pasaran komunikasi tanpa wayar di Asia Tenggara menyaksikan pertumbuhan yang nyata tatkala industri-industri mempercepatkan transformasi digital, lalu mewujudkan keperluan yang mendesak terhadap infrastruktur yang kukuh. Sunwave, penyedia penyelesaian tanpa wayar global yang terkemuka, memenuhi permintaan ini menerusi pembinaan dan perkhidmatan rangkaian tersuai untuk pelbagai industri. Sunwave mengintegrasikan penyelesaian dengan aplikasi dunia sebenar, menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai sektor seperti telekomunikasi, bangunan, tempat sukan, pengangkutan, pendidikan, tenaga dan pertanian.

Pameran ini bukan sahaja mempamerkan teknologi tetapi turut menandakan pengembangan pasaran luar negara Sunwave yang diperkukuh. Dengan mengutamakan perkhidmatan komunikasi, kami mempercepatkan jangkauan pasaran global kami dan meningkatkan kapasiti pengeluaran luar negara kami.

 

Source: Sunwave Communications
Keywords: Computer/Electronics