omniture

Microip Inc. di COMPUTEX 2024 Pamer "Perkhidmatan Teknologi Reka Bentuk AI" dan "Penyelesaian Reka Bentuk IC Lengkap" Termaju

Microip Inc.
2024-06-03 22:23 8

TAIPEI, 3 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Peneraju bagi perkhidmatan reka bentuk IC, Microip Inc. akan mengadakan pameran di COMPUTEX 2024 yang dihormati menerusi "Perkhidmatan Teknologi Reka Bentuk AI" dan "Penyelesaian Reka Bentuk IC Lengkap" yang inovatif. Produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat ini memperlihatkan bagaimana AI menjadi semakin penting dalam sektor teknologi global, terutamanya dalam reka bentuk IC.

Microip Inc.'s Chairman James Yang is showcasing Advanced "AI Design Technology Services" and "Complete IC Design Solutions" at COMPUTEX 2024.
Microip Inc.'s Chairman James Yang is showcasing Advanced "AI Design Technology Services" and "Complete IC Design Solutions" at COMPUTEX 2024.

Pengerusi James Yang menekankan kepentingan inovasi dalam mengekalkan kelebihan yang kompetitif dalam industri semikonduktor. Berupaya menggabungkan perisian penting seperti algoritma AI dan pemetaan data ke dalam reka bentuk cip, berserta teknologi dan pengalaman praktikalnya, menjadikan Microip Inc. sebagai peserta COMPUTEX 2024 yang cemerlang.

Perkhidmatan Reka Bentuk AI syarikat ini, yang akan menjadi tumpuan utama di pameran ini, memanfaatkan AI untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar, termasuk keselamatan dan pengecasan kenderaan elektrik yang cekap. Generasi baharu cip AI, dibenamkan dengan algoritma dan pengiraan data, dapat melaksanakan pengesanan masa nyata dan pengecaman ciri-ciri biologi serta badan hidup. Penyepaduan AI ke dalam reka bentuk cip ini bersedia untuk merevolusikan industri ini.

Penyelesaian Reka Bentuk AI Microip Inc. menawarkan beberapa kelebihan. Ia menyediakan kuasa pengkomputeran berkecekapan tinggi, membolehkan pemprosesan data yang lebih pantas serta memenuhi keperluan algoritma AI yang kompleks. Alatan reka bentuk menawarkan kefleksibelan dan kebolehskalaan, bagi menampung keperluan industri dan senario aplikasi yang berbeza. Di samping itu, ambang pembinaan perkakasan yang rendah membolehkan pelanggan memperkenalkan perkhidmatan AI tanpa penaiktarafan perkakasan berskala besar.

Selain daripada AI, Microip Inc. menggabungkan teknologi NFC ke dalam perkhidmatannya bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Rangkaian apikasi luas teknologi NFC dapat memenuhi keperluan pelbagai industri, termasuk pembayaran pintar mudah alih, perkongsian maklumat, sistem kediaman pintar dan aplikasi IoT.

Semasa berlangsungnya COMPUTEX 2024, Microip Inc. akan mengadakan beberapa ceramah teknikal untuk menyelami secara lebih mendalam tentang aplikasi dan kelebihan perkhidmatan dan produknya. Syarikat ini berharap dapat berinteraksi dengan pelanggan dan rakan kongsi dari seluruh dunia bagi meninjau kemungkinan kerjasama pada masa depan.

Microip Inc. ialah sebuah syarikat berpangkalan di Taiwan yang mengkhusus dalam perkhidmatan reka bentuk IC, perkhidmatan reka bentuk AI dan platform pelesenan IP. Ia komited untuk membantu pelanggan menerusi pembangunan cip tersuai, seterusnya mengurangkan dengan ketara masa dan kos pembangunan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.micro-ip.com

 

 

 

Source: Microip Inc.
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Semiconductors New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things