omniture

Berkembang maju bersama GBA | Dialog Teluk ke Teluk diadakan untuk memperdalam persefahaman antara China dan AS

GDToday
2024-06-03 22:46

GUANGZHOU, China, 3 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada GDToday: 

 

Dianjurkan oleh Kerajaan Guangdong, Kerajaan Negeri California, Chinese People's for Friendship with Foreign Countries dan California China Climate Institute, Dialog Teluk ke Teluk AS-China yang pertama telahpun diadakan di Berkeley, California pada 29 Mei (waktu tempatan).

Lebih 200 wakil daripada kedua-dua pihak menghadiri Dialog ini, termasuk Gabenor Guangdong Wang Weizhong, Setiausaha Kewangan Hong Kong SAR Paul Chan dan Setiausaha Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Macao SAR Ao leong U.

Gabenor Wang Weizhong menyatakan bahawa Guangdong merebut peluang reformasi dan keterbukaan untuk menjadi wilayah ekonomi yang terkemuka di China, dengan KDNKnya menduduki tempat pertama selama 35 tahun berturut-turut. Guangdong akan terus meluaskan keterbukaan peringkat tinggi dengan membangunkan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, merangsang tiga daya penggerak iaitu reformasi, keterbukaan dan inovasi. Guangdong dan Kawasan Teluk Besar bersedia untuk bekerjasama dengan California dan San Francisco Bay Area bagi mengukuhkan kerjasama praktikal antara kawasan teluk, mencapai kualiti yang lebih tinggi serta tahap faedah bersama yang lebih tinggi dan hasil yang saling menguntungkan.

Yang Wanming, Presiden Chinese People's for Friendship with Foreign Countries, menyatakan bahawa GBA menyumbang sebanyak 1/9 KDNK negara dengan kurang daripada 0.6% kawasan wilayah negara. Beliau percaya bahawa Dialog ini akan meningkatkan kolaborasi antara dua kawasan teluk ini dan merealisasikan kerjasama yang saling menguntungkan.

Zhang Jianmin, Konsul Jeneral China di San Francisco, menyatakan bahawa kedua-dua kawasan teluk merupakan wilayah penting untuk pembangunan ekonomi dan inovatif di negara masing-masing, berperanan sebagai hab untuk menarik minat bakat, teknologi dan modal. Beliau menegaskan bahawa kerjasama antara dua kawasan teluk ini akan menyuntik tenaga positif kepada hubungan antara China dan Amerika.

Gavin Newsome, Gabenor Negeri California, menyatakan rasa terima kasih beliau kepada wakil dari GBA. Beliau percaya bahawa Dialog ini akan menjadi platform untuk kedua-dua wilayah bertukar-tukar idea dan langkah-langkah pragmatik, seterusnya memudahkan kerjasama masa depan.

Dilaporkan bahawa kedua-dua kawasan teluk ini akan mengukuhkan kerjasama dalam membangunkan teknik-teknik untuk tenaga bersih dan rendah karbon, terutamanya sejak Guangdong dan California menandatangani MoU berkaitan rendah karbon pada tahun 2013 dan 2015 serta menandatangani satu lagi MoU berkaitan pembangunan hijau pada Oktober tahun lalu.

"Kawasan Teluk Besar ialah bahagian China dan dunia yang menarik," kata Dee Dee Myers, Penasihat Kanan Gabenor dan Pengarah Pejabat Gabenor Pembangunan Perniagaan dan Ekonomi. "Saya rasa banyak perhatian diberikan kepada tenaga bersih dan pembangunan penyelesaian baharu untuk masalah iklim, yang sangat serupa dengan kawasan di California ini."

Beliau menegaskan bahawa kedua-dua wilayah ini boleh memulakan kerjasama dalam kenderaan emisi sifar, pengurusan guna tanah, angin luar pesisir dan banyak lagi.

Menurut Xu Xiaoxia, Ketua Pengarah Jabatan Ekologi dan Alam Sekitar Wilayah Guangdong, Guangdong dan California telahpun mencapai persetujuan dalam mengawal emisi metana, termasuk mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam kawalan emisi, laluan teknikal serta pewujudan sistem pemantauan yang kukuh.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 bagi pemeteraian hubungan Wilayah Bersaudara (Negeri) antara Guangdong dan California, dengan 12 gandingan bandar bersaudara antara kedua-dua wilayah ini.

"Saya berharap dapat menjalin persahabatan atau hubungan bandar bersaudara antara San Jose dan Shenzhen, kerana kami mempunyai banyak persamaan dari segi ekonomi inovasi," kata Matt Mahan, Datuk Bandar San Jose.

Pada pendapat beliau, menjalin hubungan bandar bersaudara dapat mendorong hubungan universiti, syarikat dan pertubuhan kebudayaan antara kedua-dua wilayah.

Memandangkan kedua-dua Shenzhen dan San Jose merupakan tempat yang mempunyai industri-industri inovasi maju, Datuk Bandar Mahan mencadangkan agar kedua-dua bandar dapat memperdalam kerjasama kecerdasan buatan, dengan menggabungkan kelebihan kedua-dua pihak serta mencapai matlamat kemampanan.

Di acara Dialog ini, kedua-dua wilayah membuat 5 pengumuman penting, termasuk memperdalam kerjasama dalam bidang pembangunan hijau, perubahan iklim, pertukaran sesama rakyat serta dan perdagangan dan pelaburan.

Rodney Fong, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif di Dewan Perniagaan San Francisco menyatakan bahawa kerjasama bermula dengan pertukaran sesama rakyat. Beliau berharap agar acara ini dapat membimbing kedua-dua wilayah untuk mencapai matlamat bersama.

 

Source: GDToday
Keywords: Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis