omniture

Mentransformasikan mobiliti bersama Toshiba dalam persekitaran lombong yang mencabar dengan memajukan penyelesaian pengelektrikan yang menyumbang kepada keneutralan karbon

Toshiba Asia Pacific Pte. Ltd.
2024-06-04 10:00 54

SINGAPURA, 4 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Tatkala permintaan terhadap mineral melonjak di peringkat global, kebimbangan berhubung penyahkarbonan dalam sektor perlombongan semakin meningkat. Toshiba menangani cabaran ini dengan memperkenalkan hak milik Toshiba teknologi bateri cas semula SCiB™ kepada peralatan perlombongan. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengelektrikan dan penyahkarbonan optimum sambil menjamin keselamatan dan ketahanan dalam persekitaran operasi lombong yang mencabar.

Transforming mobility with Toshiba in the challenging environment of mines
Transforming mobility with Toshiba in the challenging environment of mines

Peralatan perlombongan elektrik adalah amat penting bagi mencapai keneutralan karbon. Namun begitu, ia menimbulkan cabaran yang ketara ekoran sifat operasi perlombongan yang mencabar, yang menuntut bateri yang sangat tahan lasak, tahan lama dan mampu bertahan daripada keadaan yang teruk. Bateri SCiB™ daripada Toshiba menggunakan Litium Titanium Oksida (LTO), litium logam yang tidak menghasilkan mendakan. Ia menonjol lantaran ciri-cirinya yang unik, termasuk Keselamatan Tinggi, Hayat Panjang dan Cas Pantas, menjadikannya penyelesaian yang ideal untuk pengelektrikan perlombongan.

The Characteristics of Toshiba rechargeable battery SCiB™
The Characteristics of Toshiba rechargeable battery SCiB™

Toshiba menunjukkan yang pengelektrikan peralatan perlombongan sebagai peluang pasaran yang cerah pada masa depan, menyedari ciri-ciri unik teknologi SCiB™ dapat memacu perubahan dan peningkatan yang bermakna. Dengan mengurangkan bilangan bateri yang diperlukan dan mengoptimumkan sistem pengecasan, SCiB™ dapat mempertingkatkan produktiviti dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dalam sektor perlombongan.

Bagi mendorong penerimaan SCiB™ dalam bidang perlombongan, Toshiba berkolaborasi dengan pihak berkepentingan dalam seluruh rantaian nilai, menyediakan simulasi tersuai dan cadangan teknikal yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan pelanggan secara individu. Di samping itu, syarikat ini mengambil bahagian dalam pameran industri dan acara perdagangan bagi mendemonstrasikan faedah SCiB™ dan menangani kebimbangan khusus syarikat perlombongan serta pengeluar peralatan.

How the SCiB™ can contribute to the electrification of mining, an example with open pit mine
How the SCiB™ can contribute to the electrification of mining, an example with open pit mine

Hala tuju pengelektrikan perlombongan memfokuskan untuk memperkenalkan lori pembuang berkuasa-SCiB™ menjelang lewat tahun 2020-an dan 2030. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Toshiba bermatlamat untuk berkolaborasi dengan syarikat-syarikat rakan kongsi berhubung ujian demonstrasi bagi menentusahkan kecekapan operasi serta pengurangan emisi gas rumah hijau daripada kenderaan ini. Di samping itu, terdapat potensi yang besar untuk pengelektrikan kenderaan ringan pengangkutan bawah tanah, yang mana ciri-ciri keselamatan intrinsik SCiB, termasuk risiko pencucuhan yang rendah dan emisi sifar, menawarkan manfaat keselamatan serta alam sekitar yang besar.

Memandang ke hadapan, Toshiba bermatlamat untuk memperdalamkan pemahamannya tentang sektor perlombongan dan meneruskan pembangunan teknologi bagi mengatasi cabaran industri secara berkesan. Dengan memanfaatkan keupayaan SCiB™ yang tersendiri, Toshiba beraspirasi untuk membangunkan penyelesaian yang dapat menyumbang kepada penyelesaian isu-isu global melangkaui perlombongan, memperlihatkan keserbagunaan bateri serta nilai sosial kepada masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Toshiba Clip.

Latar Belakang Toshiba Asia Pacific Pte. Ltd.

Toshiba Asia Pacific Pte. Ltd. (TAPL), subsidiari Toshiba Corporation, ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai ibu pejabat serantau Toshiba untuk operasi di Asia Tenggara, India dan Oceania. Selain daripada pejabat besarnya di Singapura, Toshiba Asia Pacific mempunyai pejabat luar negara di Bangladesh dan Vietnam.

TAPL menyokong syarikat-syarikat Toshiba di rantau Asia Pasifik dengan tumpuan kukuh untuk mengembangkan perniagaan kami dalam Sistem Tenaga, Sistem Infrastruktur Sosial, Peranti & Storan serta penyelesaian Digital. Komitmen TAPL sejajar dengan dorongan Toshiba yang tidak berbelah bahagi untuk mengatasi isu-isu sosial global dengan memajukan usaha terhadap keneutralan karbon dan infrastruktur bingkas dengan mencipta penyelesaian bernilai tambah yang bersepadu.

Ketahui lebih lanjut mengenai TAPL dhttps://asia.toshiba.com/

 

 

Source: Toshiba Asia Pacific Pte. Ltd.
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Utilities Environmental Issues New products/services