omniture

Hon Hai Technology Group (Foxconn) Bakal Bina Pusat Pengkomputeran Termaju Di Taiwan Berasaskan Platform NVIDIA Blackwell

Hon Hai Technology Group (Foxconn)
2024-06-04 23:54 15

Memperdalam kolaborasi, memacu ekosistem pintar 

TAIPEI, 4 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Hon Hai Technology Group ("Foxconn") (TWSE:2317) hari ini mengumumkan bahawa ia merancang untuk membina sebuah pusat pengkomputeran termaju di Kaohsiung, Taiwan, dengan platform NVIDIA Blackwell sebagai terasnya, tatkala Ketua Pegawai Eksekutif kedua-dua peneraju teknologi ini mengesahkan sekali lagi perkongsian kukuh mereka di COMPUTEX 2024.

Kerjasama terkini antara Foxconn dan NVIDIA menandakan komitmen yang semakin mendalam oleh penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik terbesar di dunia dan peneraju pasaran dalam pembuatan pelayan AI, bersama-sama rakan kongsi bertaraf dunianya, untuk memacu ekosistem pintar yang meliputi AI, kenderaan elektrik, kilang pintar, robotik, bandar pintar dan bidang-bidang lain.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Jensen Huang serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Foxconn Young Liu bertemu antara satu sama lain di tingkat pameran COMPUTEX, mendapatkan lawatan komprehensif berhubung kerjasama mereka di reruai yang disediakan oleh Ingrasys, subsidiari Foxconn yang telah berada di epipusat pembuatan GB200 NVL72, MGX, HGX NVIDIA dan produk-produk inovatif yang lain.

Susulan lawatan berkenaan, Huang menyatakan bahawa NVIDIA dan Foxconn bekerjasama erat dalam pelbagai pembangunan produk dan bukti kerjasama tersebut jelas, terutamanya menerusi barisan produk Blackwell; Foxconn memiliki keupayaan penyepaduan vertikal yang cemerlang dan merupakan rakan kongsi penting untuk GB200.

Pada masa itu juga, Pengerusi Liu mengumumkan bahawa Foxconn akan berganding bahu bersama NVIDIA untuk membina pusat pengkomputeran termaju di Kaohsiung dengan platform NVIDIA Blackwell sebagai terasnya. Pusat pengkomputeran termaju, diperkukuh oleh pelayan GB200 cip super, mengandungi sejumlah 64 rak dan 4,608 GPU, dijadualkan siap menjelang tahun 2026. Teknologi AI yang berkuasa daripada NVIDIA akan memacu tiga platform pintar Foxconn: Pembuatan Pintar. EV Pintar. Bandar Pintar. Kedua-dua syarikat akan terus memperdalam kerjasama dalam AI, kenderaan elektrik, kilang pintar, robot, bandar pintar dan bidang-bidang lain serta memperlihatkan daya saing kukuh yang dibawakan oleh AI melalui skala pembuatan besar Foxconn.

Huang berkata, "Era pengkomputeran yang baharu telahpun bermula, didorong oleh permintaan global yang semakin melonjak terhadap pusat data AI generatif. Foxconn berada di barisan hadapan sebagai pembekal utama pengkomputeran NVIDIA dan pelopor dalam aplikasi AI generatif dalam pembuatan dan robotik. Dengan memanfaatkan platform robotik NVIDIA Omniverse dan Isaac, Foxconn memanfaatkan teknologi AI dan kembar digital termaju bagi membina pusat pengkomputeran termaju mereka di Kaohsiung."

Kedua-dua syarikat ini akan memanfaatkan NVIDIA Omniverse dan mencipta kembar digital bagi memperkenalkan platform untuk pembuatan pintar, kenderaan elektrik pintar dan bandar pintar. Bagi platform pembuatan pintar, teknologi pengecaman imej, digabungkan dengan robot mudah alih autonomi (AMR) Kumpulan ini, akan membawa kepada perubahan demi penggunaan kapasiti yang optimum. Perancangan barisan pengeluaran akan mencakupi pembuatan pelayan AI dan kilang pemasangan EV sedia ada.

Bagi mencapai matlamat berkenaan, kemudahan pembuatan automotif Qiaotou baharu daripada Foxtron, subsidiari Foxconn, bakal menjadi salah satu kilang AI penanda aras Kumpulan ini. Ketika ini sedang menjalani kerja-kerja pembinaan, tapak ini akan menggunakan kembar digital yang disambungkan kepada teknologi awan dan mencapai kolaborasi antara barisan pengeluaran maya dan fizikal. Pemantauan masa nyata digital akan menjamin kecemerlangan pembuatan bas elektrik pemenang anugerah, yang kini menyaksikan pesanan melebihi kadar kapasiti output.

Menuju ke hadapan, usaha kolaboratif kedua-dua syarikat ini pada platform EV ADAS akan diaplikasikan kepada model-model EV masa depan yang direka bentuk oleh Foxconn. Pada masa ini, Foxconn sedang merundingkan projek-projek dengan pembuat kereta Eropah dan Amerika tradisional. Tambahan pula, berdasarkan kepada generasi cip baharu NVIDIA, Foxconn dan NVIDIA bersama-sama merancang penyelesaian perjalanan pintar "pemanduan-kabin-dalam-satu", bagi mewujudkan ruang kediaman ketiga.

Latar belakang Foxconn di sini.

 

Source: Hon Hai Technology Group (Foxconn)
Related Stocks:
OTC:HNHPF Taiwan:2317
Keywords: Auto Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Mining/Metals Transportation Utilities Contracts Licensing/marketing agreements Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing