NEW YORK, 5 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pada 30 Mei, TIME mendedahkan senarai Syarikat Paling Berpengaruh TIME100 2024, menonjolkan syarikat-syarikat yang memberi impak luar biasa di seluruh dunia. Envision Energy, peneraju global bagi penyelesaian teknologi hijau dan tenaga boleh baharu, diberi penghormatan untuk berada dalam kalangan kumpulan terpilih ini sebagai 'Green Giant' ('Gergasi Hijau'). Penghormatan ini menonjolkan sumbangan besar olehnya untuk memacu peralihan global ke arah tenaga hijau dan menangani cabaran perubahan iklim.
TIME meminta pencalonan daripada pelbagai sektor dan berhubung dengan jaringan penyumbang dan wartawan globalnya, serta pakar luar untuk mengumpulkan senarai ini, dengan tujuan untuk memilih syarikat-syarikat yang membentuk trend masa depan dan memberi impak yang besar kepada dunia. Menurut TIME, Envision Energy terlibat sepenuhnya dalam superlatif hijau menerusi model Taman Perindustrian Sifar Bersih rintisnya yang berperanan sebagai paradigma untuk memacu usaha penyahkarbonan global dan menyumbang kepada penciptaan masa depan yang bersih dan lestari. Pengiktirafan ini bukan sahaja mengesahkan kehebatan teknologi Envision Energy tetapi turut memperakui sumbangannya untuk memajukan pembangunan tenaga hijau global.
Envision Energy berada di barisan hadapan dalam membangunkan kuasa angin pintar, sistem penyimpanan tenaga pintar dan penyelesaian hidrogen hijau inovatif yang dapat memenuhi permintaan global yang mendesak terhadap tenaga mampan. Syarikat ini menonjol kerana strateginya yang berwawasan dalam kemampanan dan teknologi sifar bersih. Usaha dan sumbangannya diiktiraf oleh TIME kerana berpotensi untuk merevolusikan sektor tenaga dan menyumbang dengan ketara kepada usaha penyahkarbonan seluruh dunia. Lihat senarai penuh di sini: time.com/100companies Lihat halaman Envision Energy di sini: https://time.com/6980418/envision-energy/
Antara pencapaian ketara Envision Energy ialah penciptaan Taman Perindustrian Sifar Bersih pertama di dunia dengan sistem tenaga boleh baharu bebas, yang mencipta penyelesaian luar grid skala industri dan menyerlahkan potensi pembangunan penuh tenaga boleh baharu tanpa kekangan ketersambungan grid. Inisiatif rintis ini memantapkan status Envision Energy sebagai peneraju dalam peralihan sifar bersih dan menggamit perhatian antarabangsa atas potensinya untuk direplikasi di wilayah-wilayah lain di seluruh dunia.
Melalui inovasi model taman perindustrian sifar bersih, projek hidrogen dan amonia hijau skala komersial pertama dan terbesar di dunia dengan kapasiti 1.5 juta tan telahpun dibangunkan. Dengan memanfaatkan penemuan teknologi dalam sistem kuasa boleh baharu, projek ini dikuasakan oleh 100% elektrik hijau dan mencapai gandingan penyimpanan angin-solar yang cekap dengan penghasilan hidrogen-amonia-alkohol bagi mengoptimumkan kos dan menggalakkan kelestarian alam sekitar. Ia menandakan pencapaian yang penting dalam pembangunan tenaga hidrogen hijau global serta membuka jalan untuk pengindustrian berskala besar 'minyak baharu' di seluruh dunia.
Di samping itu, Envision Energy mencatatkan rekod 22GW bagi pesanan turbin angin untuk tahun fiskal 2023, menduduki kedudukan teratas di peringkat global. Envision Energy Storage terlibat dalam lebih 200 projek secara global, dengan penghantaran kumulatif sebanyak lebih daripada 10GWj dan lebih 15GW pesanan dalam tangan. Pada tahun 2021, Envision menyertai Science Based Targets initiative (SBTi) dan komited kepada "Cita-cita Perniagaan untuk 1.5°C." Envision Technology mencapai keneutralan karbon operasi menjelang akhir tahun 2022 dan bersedia untuk mencapai keneutralan karbon rantaian nilai menjelang akhir tahun 2028.