Rantaian bekalan ODM proprietari bertaraf dunia Hiconics membentuk laluan untuk penghantaran produk berkualiti tinggi.
MUNICH, 5 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Hiconics Eco-energy Technology ("Hiconics"; SHE300048), jenama tenaga hijau di bawah naungan Midea, bersiap sedia untuk mempamerkan sistem storan tenaga kediaman (RESS) semua-dalam-satu, penyongsang fotovolta dan peralatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Reruai C2 670 di Intersolar Europe 2024, pameran yang terkemuka di dunia untuk industri solar yang diadakan mulai 19-21 Jun 2024, di Munich.
Mencapai perbezaan daripada kalangan penyedia penyelesaian storan tenaga hijau yang lain, Hiconics mencipta rantaian nilai ODM peringkat tertinggi, yang berasal daripada pengalaman Midea selama lebih 50 tahun dalam bidang kegunaan isi rumah, rantaian bekalan tahap bilion dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan global yang kukuh, termasuk 33 pusat R&D dan lebih 40 pusat pembuatan.
Melalui pelaburan dalam R&D, rantaian bekalan, pembuatan pintar, kawalan kualiti dan bidang-bidang lain, Hiconics mengawal setiap butiran produk dengan ketat untuk menyampaikan kepuasan dari segi estetika, kefleksibelan dan kesederhanaan dalam storan kediaman dan menyokong produk tenaga hijau isi rumah dengan prestasi yang andal. Semua produk Hiconics disesuaikan khusus untuk pasaran Eropah dan dapat memperkasa pertumbuhan jenama pelanggannya, memberikan kemudahan operasi kepada pemasang serta ketenangan minda kepada pengguna akhir.
Keupayaan R&D Hiconics yang kukuh memastikan agar keupayaan reka bentuk produk yang fleksibel daripada rantaian nilai ODMnya boleh mencapai liputan kategori yang luas dan penyesuaian yang mungkin dicapai bagi penghantaran produk tenaga hijau yang berkualiti tinggi kepada pelanggan.
Dengan memanfaatkan asas kukuh dan kepakaran Midea dalam industri perkakas rumah, Hiconics menunjukkan kecemerlangan dalam menyampaikan penyelesaian storan kediaman tenaga hijau yang bukan sahaja memiliki ciri kepraktisan yang cemerlang tetapi turut menerajui trend baharu dalam pengelektrikan perkakas rumah. Penyelesaian ini menyepadukan peranti tenaga yang mampan ke dalam persekitaran rumah dan estetika industri secara organik, memenuhi keperluan reka bentuk yang bersih dan menarik. Pendekatan reka bentuk modular meringankan beban pemasang dengan ketara, lalu menyelaraskan proses pengangkutan dan pemasangan. Falsafah reka bentuk Midea yang dipacu secara estetik dalam perkakas rumah memastikan pemilik rumah menikmati pengalaman pengguna yang canggih mahupun menyenangkan dari segi estetika, dicirikan oleh rasa kemesraan dan kecantikan. Tambahan pula, pewujudan langkah-langkah keselamatan yang komprehensif pada pelbagai tahap sistem dan tahap pek bateri meningkatkan keselamatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hiconics, sila kunjungi https://www.hiconics-global.com/company-profile/.
Latar Belakang Hiconics
Hiconics, ditubuhkan pada tahun 2003, disenaraikan secara terbuka pada Bursa Saham Shenzhen di bawah singkatan "Hiconics" dan kod saham "300048" pada 20 Januari 2010. Pada tahun 2020, ia dimasukkan secara rasmi ke dalam Midea Group. Pada tahun 2023, tiga bidang perniagaan utama muncul, rangkaian luas produk tenaga hijau kediaman, penyongsang voltan tinggi dan rendah serta penyelesaian fotovolta Midea.