omniture

TECNO Kaji Keutamaan Estetik Asia Tenggara dalam Teknologi Pengimejan Mudah Alih, melalui Kolaborasi dengan Asian Communication Research Centre di NTU Singapore

TECNO Mobile Limited
2024-06-05 10:00 43

HONG KONG, 5 Jun 2024 /PRNewswire/ -- TECNO, jenama teknologi yang inovatif, bekerjasama dengan Asian Communication Research Centre (ACRC) di Nanyang Technological University, Singapore (NTU Singapore), untuk memahami dengan lebih baik ton kulit dan keutamaan pengimejan potret telefon pintar dalam kalangan pengguna di Asia Tenggara melalui penyelidikan saintifik.


TECNO komited terhadap keterangkuman dan untuk memastikan agar setiap potret mencerminkan kepelbagaian dan kecantikan individu sebenar di seluruh Asia Tenggara.

Kolaborasi penyelidikan bersama ACRC bertujuan untuk meningkatkan teknologi Universal Tone TECNO dengan menggabungkan kajian berwibawa. Tinjauan bersasar di Indonesia dan Filipina akan dijalankan untuk mewujudkan penanda aras bagi keutamaan budaya dan untuk membangunkan definisi yang tepat bagi representasi warna kulit dalam imejan Asia Tenggara.

Keputusan daripada kajian akan menyumbang ke arah memperhalusi resonans budaya dalam penyelesaian pengimejan potret telefon pintar TECNO, yang benar-benar mencerminkan falsafah jenama TECNO yang meraikan kepelbagaian dalam ton kulit, etnik, budaya dan estetika.

Mengetuai pasukan penyelidik ini ialah Profesor Jack Qiu, Profesor Teknologi Media Shaw Foundation di Wee Kim Wee School of Communication and Information (WKWSCI) NTU. Prof Qiu juga merupakan penasihat Ton Kulit Asia dan Estetika Potret untuk TECNO. Ahli-ahli pasukan lain termasuk Profesor May O. Lwin, Pengerusi, WKWSCI, serta Profesor Madya Elison Lim dan Profesor Madya Lewis Lim daripada Nanyang Business School, NTU.

Profesor Qiu berkata, "Asia Tenggara merupakan pusat kepada campuran pelbagai budaya, setiap satunya dengan estetika dan keutamaan yang tersendiri. Kajian kami bertujuan untuk memahami keperluan estetika dan pengimejan yang pelbagai dalam kalangan pengguna Asia Tenggara."


Menyesuaikan Teknologi Pengimejan Potret Telefon Pintar dengan Estetika Asia Tenggara 

Dalam bidang fotografi potret mudah alih, lantaran ketidakseimbangan ekonomi dan teknikal, bias budaya dan pengawasan dalam kedua-dua fotografi dan teknologi digital sering mencemarkan representasi sebenar ciri-ciri insan yang pelbagai. Menolak untuk mengikuti pasaran global arus perdana secara membuta tuli, TECNO komited untuk benar-benar memenuhi keperluan pengguna sebenar dari wilayah-wilayah berbeza, menyesuaikan teknologi pengimejan potret telefon pintarnya, disokong oleh penyelidikan saintifik, dengan keutamaan pengguna estetik yang unik dalam pasaran baru muncul.

Kolaborasi ini menandakan kolaborasi akademik utama kedua TECNO susulan kejayaan perkongsiannya dengan University of Leeds (UK) dan hasilnya akan digunakan untuk meningkatkan teknologi Universal Tone TECNO. September lalu, TECNO melancarkan Universal Tone dengan matlamat untuk memperjuangkan pengimejan berbilang ton kulit yang inklusif pada skala global. Berkolaborasi dengan institusi-institusi akademik yang terkenal, TECNO menetapkan penanda aras baharu untuk pengimejan berbilang ton kulit dengan pangkalan data ton kulit yang terbesar dan paling tepat dalam industri ini.

Teknologi Universal Tone TECNO kini telahpun diaplikasikan dalam TECNO CAMON 30 Series yang terkini, membolehkan kamera peranti ini menonjolkan ton kulit dan estetika budaya yang pelbagai secara autentik, seterusnya memenuhi aspirasi jenama ini untuk merangkumkan warna-warna sejagat dan kecantikan pengguna daripada budaya-budaya yang berbeza.


Pengurus Besar TECNO Jack Guo menekankan visi kolaboratif: "Dengan mengintegrasikan penemuan penyelidikan daripada Asian Communication Research Centre di NTU ke dalam teknologi Universal Tone kami, kami bukan sahaja memajukan teknologi tetapi turut menyesuaikannya bagi memenuhi keperluan estetik budaya dan pasaran Asia Selatan yang berbeza. Kolaborasi ini merupakan satu langkah besar ke arah memacu standard kecantikan yang pelbagai dan inklusif dalam industri teknologi global."

TECNO tetap meneruskan usahanya terhadap inovasi dengan etos "Stop At Nothing", memastikan kecantikan setiap individu ditonjolkan secara autentik. Perkembangan terkini teknologi Universal Tone di Asia Tenggara merupakan bukti komitmen TECNO untuk menerima setiap keunikan budaya dan memacu teknologi global ke hadapan.

Source: TECNO Mobile Limited
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Education Higher Education Telecommunications New products/services Survey, Polls & Research DEI Page