omniture

EZVIZ melibatkan petani dalam program penghijauan hutan globalnya pada Hari Alam Sekitar Sedunia ini, mencipta lingkaran eko lebih berbudi antara pemuliharaan tanah dan pembangunan masyarakat

EZVIZ Inc.
2024-06-05 10:00 33

HOOFDDORP, Belanda, 5 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Memulakan perbatasan yang lebih besar untuk mengembangkan Rancangan Hutan Globalnya, EZVIZ mengumumkan tema tahunannya pada Hari Alam Sekitar Sedunia: A Forest for Farmers. Trees for Common Benefit". Tema ini sejalan dengan program tahunan United Nations Environment Programme, "Our land. Our future. We are #GenerationRestoration". Khususnya, EZVIZ akan menanam spesies pokok yang boleh beradaptasi di kawasan setempat dan menguntungkan di banyak wilayah, menyediakan benih kepada petani untuk mengurangkan masalah kemiskinan sekali gus memulihkan tanah dan menyerap emisi karbon.


Berakar umbi dalam misi untuk memacu pembangunan mampan baik untuk planet mahupun manusia, Rancangan Hutan Global EZVIZ melangkaui penanaman pokok semata-mata. Meneruskan perkongsiannya bersama Treedom sejak tahun 2023, salah satu platform penanaman pokok yang terkemuka, EZVIZ akan membantu menanam 730 pokok koko, kopi, avocado dan gajus di Haiti, Ecuador, Republik Dominika, Kenya dan Ghana. NGO tempatan akan bekerjasama erat dengan penerima pokok melalui seluruh proses penanaman, menyediakan alatan dan sumber pendidikan mengenai model pertanian mampan.

"Kami berasa kagum dengan komitmen tidak berbelah bahagi EZVIZ untuk mengambil tindakan yang benar-benar berharga untuk planet yang berkembang maju," ulas Martina Fondi, Ketua Perhutanan di Treedom.

Kedua-dua EZVIZ dan Treedom percaya bahawa mengimbangi pemeliharaan habitat dengan mata pencarian orang ramai merupakan kunci kepada pembangunan mampan. Kedua-dua rakan kongsi ini memilih spesies tumbuhan yang bagus untuk tanah tempatan dan dalam masa yang sama menawarkan faedah ekonomi. Sebagai contoh, di Kenya, pokok koko memberikan sumber pendapatan sekali gus memerangi degradasi tanah.

"Bayangkan masa depan yang mana petani bukan sahaja merupakan penjaga tanah, tetapi pencetus perubahan dalam kemajuan yang mampan," kata Sandra Zheng, pengarah jenama global di EZVIZ. "Dengan meletakkan orang ramai sebagai tumpuan utama usaha kami, kami menyediakan peluang pembinaan kapasiti untuk melengkapkan petani dengan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup mereka."

Menurut penghitung impak Treedom, dengan semua pokok ditanam dari tahun 2023 hingga 2024, Rancangan Hutan Global EZVIZ akan menyerap kira-kira 245.20 tan CO₂ dalam sepuluh tahun pertama kehidupan pokok itu. Hasil daripada produk berlencana EZVIZ Green akan terus membantu membiayai Rancangan Hutan ini. Produk-produk ini termasuk kamera bateri berkuasa solar 4K terkini dan vakum robot yang dibuat sebahagiannya daripada plastik kitar semula. Rakan kongsi dan pengguna juga boleh menerima pokok berjenama daripada Rancangan Hutan ini sebagai hadiah untuk menunjukkan sokongan mereka kepada kelestarian.

Source: EZVIZ Inc.
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility