omniture

LambdaTest Melancarkan Pengurus Ujian yang Disatukan Bertujuan Mengubah Pengurusan Ujian dan Meningkatkan Kecekapan

LambdaTest
2024-09-06 16:16 51

Keluaran terkini LambdaTest memperkemas penyusunan kes ujian, penjejakan masa nyata dan pengurusan projek dengan Pengurus Ujian yang dikuasakan AI, menetapkan standard baharu untuk produktiviti dan kerjasama dalam pengujian.

NOIDA, India dan SAN FRANCISCO, 5 September 2024 /PRNewswire/ -- LambdaTest, platform ujian yang disatukan berasaskan awan terkemuka, memperkenalkan tawaran terkini, Pengurus Ujian yang Disatukan, penyelesaian yang direka bentuk bertujuan mentakrifkan semula pengurusan, pencetusan dan pelaporan ujian. Alat serba lengkap ini memusatkan setiap aspek kitaran hayat pengujian, memberikan pengalaman yang diperkemas dan sangat cekap. Dengan Pengurus Ujian, pasukan pengujian kini boleh menyusun tugas dengan lancar, menjana senario dan memantau keputusan masa nyata dengan kemudahan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Alat ini dilengkapi dengan antara muka mesra pengguna yang membolehkan penciptaan kes ujian yang terperinci dan tersuai, memastikan liputan secara menyeluruh merentasi semua senario pengujian. Bertindak sebagai repositori berpusat, platform ini membolehkan pengguna menguruskan dan menyusun kes ujian dengan berkesan. Rancangan dan binaan ujian mudah diakses dan boleh dikemas kini dengan lancar, meningkatkan kecekapan pengurusan ujian secara keseluruhan.

Mencipta projek ialah langkah pertama yang penting dalam Pengurus Ujian, menyediakan pendekatan berstruktur untuk menyusun dan menguruskan usaha pengujian. Setiap projek bertindak sebagai bekas untuk kes ujian, membolehkan pengguna mengkategorikan dan memperkemas aktiviti ujian masing-masing dengan berkesan.

Papan Pemuka Cerapan menawarkan gambaran keseluruhan yang terperinci tentang ciri utama Pengurus Ujian. Ini termasuk data mengenai jumlah kes ujian, kiraan kes ujian manual dan automatik, serta peratusan liputan automasi. Pengguna boleh menapis data berdasarkan julat tarikh tertentu untuk menjejaki trend dan prestasi. Selanjutnya, ringkasan binaan mengetengahkan status kes ujian—sama ada lulus, gagal, langkau, atau tidak dimulakan—sementara ringkasan kes ujian memberikan cerapan tentang jenis pengujian yang dipilih.

Penciptaan Kes Ujian Manual dipermudah dengan Pengurus Ujian, membolehkan pengguna membangun dan menguruskan kes ujian dengan cekap dari platform tunggal. Bagi Kes Ujian Automatik, platform ini menyepadukan AI untuk menjana senario BDD secara automatik daripada jalanan ujian automatik, seterusnya mengoptimumkan pengurusan ujian.

Penciptaan Rancangan Ujian menjadi pantas dan intuitif, dengan pengguna berupaya mentakrif dan menstrukturkan rancangan ujian untuk mencapai objektif tertentu. Pendekatan berstruktur ini memastikan matlamat utama diuji dan disahkan secara sistematik.

Alat ini juga menawarkan ciri penciptaan Binaan- penting untuk melaksanakan dan menilai rancangan ujian. Pengurus Ujian memudahkan perkara ini dengan membenarkan pengguna mencipta binaan, menugaskan kes ujian dan melampirkan bukti, menyediakan pendekatan yang menyeluruh dan didokumenkan untuk pengesahan.

Pengurus Ujian juga menampilkan Penyepaduan lancar dengan JIRA, menghubungkan kes ujian dengan isu JIRA untuk meningkatkan pengurusan dan kerjasama projek. Penyepaduan ini memastikan kemas kini masa nyata dan penjajaran antara aktiviti pengujian dan tugasan projek.

Mayank Bhola, Pengasas Bersama dan Ketua Produk di LambdaTest menyatakan, "Pengurus Ujian baharu kami mewakili kemajuan penting dalam pengurusan ujian. Dengan menggabungkan ciri canggih bersama keupayaan AI, kami menetapkan standard baharu untuk kecekapan dan keberkesanan dalam pengujian. Kami teruja untuk melihat sejauh mana alat ini akan mengubah aliran kerja pengujian dan memacu hasil yang lebih baik untuk pengguna kami."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejauh mana Pengurus Ujian LambdaTest boleh merevolusikan proses pengujian anda, sila kunjungi: https://www.lambdatest.com/test-manager

Maklumat Tentang LambdaTest
LambdaTest ialah platform jaminan kualiti perisian pintar dan saluran omni yang membolehkan perniagaan mempercepat masa ke pasaran melalui pengarangan, perancangan dan pelaksanaan ujian berasaskan awan yang dikuasakan AI. Lebih 10,000+ pelanggan perusahaan dan lebih 2+ juta pengguna merentasi 130+ negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan pengujian masing-masing.

  • Pengujian Pelayar & Aplikasi Awan membolehkan pengguna menjalankan ujian manual dan automatik aplikasi web dan mudah alih merentasi 5000+ pelayar, peranti sebenar dan persekitaran sistem pengendalian yang berbeza.
  • HyperExecute membantu pelanggan menjalankan dan merancang grid ujian dalam awan untuk apa-apa rangka kerja dan bahasa pengaturcaraan pada kelajuan yang amat pantas bagi mengurangkan masa ujian berkualiti, membantu pembangun membina perisian dengan lebih cepat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi, https://lambdatest.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg

Source: LambdaTest
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things